Saturday, February 08, 2014

✿ 10082013 ✿

Alhamdulillah pada tarikh ini saya selamat di ijab qabul dengan pasangan pilihan hati mohammad anas .. Subhanallah .. Awak tercipta untuk saya untuk meraikan cinta dengan ikatan yang sah ..

walaupun busy dengan reseach dan posting majlis kami berjalan dengan lancar dengan izin ALLAH .. saya balik rumah pun 2 minggu sebelum majlis ..  terima kasih yang tak ternilai buat keluarga yang banyak membantu saya menguruskan perkahwinan saya ni .. banyak wang yang mengalir dr umi abah yang menjadi penaja perkahwinan ni .. semoga ALLAH memberkati kalian.. maklum la anak mereka ni tidak berkerja lagi time tu ( time ini pun masih tak berkerja ). Gubahan hantaran pun dibuat oleh mak sedara yang kreatif .. 

Walaupun peristiwa ini dah hampir 6bulan berlalu ingatan saya masih segar saat kita untuk diijab qabul pada pagi 10082013 di masjid taman uda murni .. macam2 peristiwa yang berlaku sebelum kita kahwin ... mungkin silap saya time tu sampai buat awk mengalir air mata sebelum kita berkahwin .. sanggup jumpa ayah saya sehari sebelum kita kahwin untuk setttlekan masalah kita .. ikhlas saya katakan saya kagum dengan tahap kesabaran yang ad di dalam diri awk wahai en suami .. dan ikhlas saya katakan yang saya tak berdebar langsung time awk akad nikah .. siap boleh balas-balas msg dengan kawan lagi time tu .. 


Anyway, saya nak berkongsi sedikit gambar kahwin saya



bersama keluarga yang banyak membantu 




thank mc na dan ah yang sudi hadir pada majlis kami .. kedua2 mereka pun dah selamat bergelar PUAN 




kawan-kawan sekolah men 


✿ last posting ✿

Alhamdulillah .. settle sudah posting yang terakhir setelah penat lelah melalui liku2 bergelar pelajar kejururawatan selama 4 tahun. tempat terakhir kami ditempatkan adalah di rumah seri kenangan cheras sesuai dgn elektif kami gerontology .. kali ini postingmates kami tak ramai.. hanya 7 orang je yang ambil elective gerontology .. awah, mc na, anum , zana, atiqah dan adi menjadi postingmate saya kali ini .. so untuk posting di tempat ini memerlukan kami untuk tinggal di uia gombak .. kami di tempatkan di sana selama 2 minggu .. RSK cheras merupakan tempat orang2 tua berlindung.. tempat ini sangat2 cantik dan cukup lengkap dengan kemudahan .. ada klinik , tempat berkebun, surau . dorm diaorng pun kemas ..


- di klinik- 

First day kami , kami pakai uniform .. macam biasa la mula2 kami diberi orientasi tentang RSK ini .. apa itu RSK, carta organisasi dan aktiviti2 yang biasa penghuni buat .. maklum la time yang kami pergi ni time bulan puasa .. nak buat aktiviti berat2 mmg tak boleh la .. hari2 lain kami diberi kebebasan untuk berpakaian bebas dengan syarat menutup aurat dan berseluar. 


- kene berbincang aktiviti2 yang ingin dilakukan sepanjang kami berposting disana - 


Antara aktiviti yang kami adakan sepanjang berada di sini 

1- kami belajar membuat kraftangan .. bekas untuk mengisi biskuit2 raya .. maklum la time ini tengah puasa.. dah nak raya dah .. hasil2 buatan ini akan dijual kepada orang ramai .. aktiviti2 ini melibatkan kami dan penghuni RSK yang berminat .. 




2 - tarian poco2 .. tarian ini diajar oleh guru dari UPM setiap hari pagi khamis kalau tak silap .. 




3-  sharing moments .. Hati ini tersentuh tak kala mendengar cerita penghuni di sini .. Tak terbayang rasanya dihati ini jika kita di tempatkan disini suatu hari nanti .. Jauh di sudut hati , saya berdoa agar kita2 semua dijaga dengan baik oleh anak bila kita tua dan sakit nanti .. Menitis air mata penghuni bila menceritakan sebab mereka berada di sini .





4.  membuat kad raya.. Alhamdulillah sambutan yang menggalakan dari penghuni .. kami membantu mereka mereka untuk membuat kad raya ..ada yang berniat untuk memberi kepada anak, saudara dan juga sesama rakan .. 




Apa-apa pun kami sangat enjoy berposting disini ..Apa yang kami belajar adalah erti syukur kerana dikurniakan keluarga yang dapat menjaga dan mendidik kita supaya menjadi insan yang baik .. hargailah ibu bapa kita yang telah penat lelah membesarkan tanpa kenal erti penat.  kisah2 hidup mereka dapat kami ambil ikhtibar untuk dijadikan pengajaran dalam menghadapi masa2 yang akan datang.. 




- kami bersama lecturer sr munirah - 

Saturday, August 31, 2013

✿ Beruntungnya menjadi seorang suami ✿

- tgk isteri dengan penuh kasih sayang dapat pahala
- senyum kat isteri dapat pahala
- bercakap lemah lembut dgn isteri dapat pahala
- belai rambut isteri dapat pahala
- cium isteri dapat pahala
- peluk  isteri dapat pahala
- bergurau dgn isteri dapat pahala
- bermanja dgn isteri dapat pahala
- puji  isteri dapat pahala

* copy from ustaz nasir *

indahnya ikatan sebuah perkahwinan .. 

p/s: Alhamdulillah 



Friday, March 08, 2013

✿ Hikmah 5 sebelum 5 ✿







Pertamanya, sangat kagum dengan tawaduknya jiwa Che Amran dan isteri dalam mendidik anak. Setiap kali menghantar anaknya ke sekolah, mereka bersalaman, dan mencium kepala anak sambil mendoakan '"Ya Allah, faqihkan kami dalam agama MU dan ajarkan kami memahaminya. Ya Allah kayakan hati kami dengan ilmu, hiasi kami dengan lemah lembut, dan muliakan kami dengan taqwa dan cantikkan kami dengan kesihatan". Serta beberapa amalan-amalan lain. Hasilnya, anak-anak mereka cepat matang, mengurus diri sendiri bila keduanya tidak di rumah.

Kedua, kagum dengan Puan Isyah Radhiah (penulis) yang mengurus 8 orang anak tanpa pembantu, dengan suaminya yang sibuk mengadakan konsert di seluruh negara. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat phD di UKM. Sayang buku ini tak menyediakan profil lengkap penulis.

"Jangan harapkan sangat anak ini; dia tidak hidup lama. Kalau mengikut kata doktor veteran, elok dibawa melancong ke mana-mana, hiburkan hatinya. Biar dia menikmati kebahagiaan sisa hidupnya" - Harapnya rakan-rakan yang bakal bergelar doktor tak begini. Tak ada hati namanya.

Che Amran dan isteri telah menolak pembedahan membuang tumor di otak anaknya, menggantikan dengan perubatan alternatif. Ramai doktor tidak setuju dengan keadaan anaknya yang kritikal, malah saya sendiri. Tapi alhamdulillah, selepas beberapa bulan jalani rawatan, sebelah matanya yang saraf terganggu akibat tumor, pulih. 


p/s: thank pemberi buku .. sinopsis & pandangan dr pemberi buku  

Friday, February 22, 2013

✿ jadual yang super duper rilex ✿

Alhamdullillah , akhirnya sem ini menjadi sem last utk tamatkan pengajian selama 4 tahun .. 4 tahun di kuantan , 2 tahun di PJ .. jumlah 6 tahun .. wow.. tak sangka begitu lama masa yang diambil utk mendapatkan segulung ijazah .. sem ini sem yang paling rilex disebabkan hanya fokus kepada research and elective subject .. so jadual kitaorg tak der la padat mcm junior2 kitaorg tu .. kls dr pg sampai ptg .. kls kitaorg ?? 2 minggu sekali .. tu pun utk elective subject .. Tp, kitaorg kerap je tunjuk muka kat tempat belajar disebabkan oleh kene kerap jumpa supervisor kitaorg .. biasalah , kene present proposal kitaorg , nak kene submit kat IIUM lagi , kementerian lagi .. so x der la istilah kata berehat semata2 ..


~ jadual week 4~ 

Untuk minggu depan , kls saya just hari isnin n selasa jer .. tp saya kene settlekan hal utk research saya .. semoga dipermudahkan urusan