Sunday, August 14, 2011

sambungan

sem 2 tahun 2 ni banyak aktiviti berjalan-jalan2 .. antaranya :-

1. baktisiswa yang mmg diwajibkan utk bdk nursing uia ni .. kalau x join x leh grad.. kali ni kitaorg berkerjasama dgn bdk KAED dr gombak .. best jugak dpt kenal dgn diaorg .. banyak masalah utk menjayakan program ni .. dgn kene cr tempat program lagi .. tp aku tabik la kat kwn2 aku yg bersungguh-sungguh dlm menjayakan program ni .. ni aku lampirkan gambar2 program ni ..




ni saat nak g dewan .. kene jalan kaki ..


ke dewan ..


ni antara bdk2 laki yg bakal menjadi staff nurse .. mcm x percaya sgt aku .. 3 dr mereka adalah wardmate aku dr mula2 posting hingga la sekarang .. nsb la bila nama diapit oleh bdk laki.. tp ok la sbb blh jd bodyguard kitaorg ;p


ana n fadilah .. dua2 org terengganu


barang2 baktisiswa..



kenangan tahun 2

kali ni aku dah mls nak menulis .. nak upload gambar jer sbb rindu dgn kawan2 dah .. dah 2 bulan x jumpa .. =)

sem 1



gambar ni diambil kat lab la .. kadang2 lab dijadikan tempat mengambil gambar setelah puas membuat procedure ;p


gambar ni pun sama ..


5 sekawan yang baik hati .. muni, k.naimah ,ah , solehah .. solehah je x available sbb dah kawin bln 6 thn ni .. yang lain akan mengikut jejak langkah dia bila tiba masanya =)



time balik merayau-rayau kat KP .. mengidam nak mkn mc flurry


kedai kasut vern's menjadi mangsa tempat utk mengambil gambar .. bkn nak beli pun kasut pun tp nak hilangkan rasa bosan menunggu bus balik mahallah .. maklum la kelas kat jln hospital

Saturday, August 13, 2011

Nikah awal Vs Maksiat

Setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, para remaja di "bomb" dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu. Biasalah bila dah baligh, umur pun sudah meningkat, tanpa godaan pun keinginan tersebut akan timbul juga secara automatik. Apatah lagi sekiranya terdapat banyak godaan daripada suasana sekeliling. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berlipat kali ganda malah, kadang kala ia turut berlaku pada belia yang baru menginjak ke usia remaja lagi.

Berita baru-baru ni mendedahkan kes remaja berumur 14 tahun secara senyap-senyap menjadikan hubungan seks sebagai hobi, dan ibu bapa remaja terbabit tidak tahu menahu langsung akan hal tersebut. Perkara ini mungkin mengejutkan masyarakat yang membacanya tetapi sebenarnya perkara sebegini sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ini kerana semuanya tidak mustahil apabila terdapat godaan dan rangsangan yang terlalu banyak di media massa dan elektronik. Maka inilah akibatnya apabila segala-galanya tidak dibendung dan segala perkara yang haram dihalalkan. Penyebab utama yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral para remaja Islam.

Bayangkan jika sekarang ini sudah bermacam-macam perkara buruk terjadi terhadap generasi muda ini bagaimana pula nasib generasi muda pada masa akan datang? Berkemungkinan besar moral anak-anak muda akan lebih hancur, masyarakat menjadi punah ranah, dan negara akan jatuh kerana penuh dengan belia yang sudah rosak akhlaknya

Maka apakah diantara jalan yang terbaik utk selesaikan masalah ini? Adakah jalan utk selamatkan spiritual remaja-remaja ini?

Setelah dirujuk pelbagai risalah dan buku-buku Islamik, yang membahaskan isu-isu semasa, dan cara-cara terbaik utk menyelamatkan masyarakat dan anak-anak muda, kebanyakkannya mencadangkan nikah awal sebagai satu cara untuk menghindarkan remaja daripada berterusan melakukan maksiat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya menggalakkan anak-anak muda supaya kahwin awal disamping menyediakan jalan untuk mereka agar dapat bernikah dengan sah tanpa syarat-syarat yang membebankan.

Islam amat menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal. Kerana Islam melihat jiwa remaja pasti akan terancam lebih2 lagi dengan pelbagai godaan yg datang. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)

Memang benar Islam mengajar kita untuk berpuasa dan menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi harus diingat, bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, lebih-lebih lagi nafsu remaja. Oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka agar menghindarkan diri mereka daripada nafsu.

Namun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan, seterusnya memiliki kerjaya yang stabil dan sebagainya. Sudah tentu ibu bapa berfikir bahawa sekiranya mereka membenarkan anak-anak mereka bernikah awal sudah tentu jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan tidak terkira banyaknya. Untuk perkahwinan sahaja mungkin akan mencecah tiga puluh ribu ringgit itu belum termasuk kewangan untuk menyara kehidupan mereka selepas berkahwin. Maka disebabkan hal-hal ini ramai yang beranggapan bahawa kahwin awal itu seolah-olah membebankan dan menyusahkan.

Namun, sebagai ibu bapa relakah anda melihat anak-anak remaja anda menghampiri maksiat dan seterusnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak diingini? Nauzubillah.. Bukankah lebih baik sekiranya anda mempermudahkan anak-anak anda untuk bernikah seandainya mereka dan pasangan mereka sudah terlalu sayang akan satu sama lain? Mungkin perbuatan tidak semudah kata-kata tetapi kita perlu teliti semua aspek dan kesan-kesan yang bakal anak-anak anda hadapi seandainya dibiarkan berterusan bercinta tanpa sebarang ikatan.

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa cara untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:

1."Sokongan kewangan" daripada ibu bapa yang berkemampuan.

Ibu bapa yg berkemampuan digalakkan supaya memberi sokongan kewangan kepada para remaja-remaja ini agar mereka dapat berkahwin awal dan bantu mereka menyelesaikan apa-apa yang patut. Islam menggalakkan kita untuk menolong manusia lain yang berada dalam kesusahan sebagai contohnya membantu orang-orang miskin dan orang sakit, oleh itu, sudah tentu sekiranya kita membantu anak sendiri membina masjid iaitu mendirikan rumah tangga ganjarannya pasti lebih besar bukan?

2. Sokongan Masyarakat.

Masyarakat sewajarnya mewujudkan sebuah organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak remaja ini berkahwin awal. Mengikut sejarah, pernah sekali, seorang lelaki ditangkap dan dibawa menghadap Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali menjalankan hukuman yg sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara.

3. Nikah Gantung.

Iaitu si teruna dan dara tersebut bernikah untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Majlis perkahwinan tersebut ditangguh selepas satu ketika dimana pasangan tersebut telah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kebiasaannya mereka akan tinggal berasingan untuk memfokuskan diri terhadap pelajaran dan sebagainya. Tetapi mereka ini dihalalkan untuk berjumpa dan berpegangan tangan, berdating dan sebagainya ini kerana hubungan antara mereka telahpun halal jika mengikut syarak. Oleh itu andainya mereka bercinta sakan umpama sepasang kekasih yang selalu kita lihat berpeleseran di shopping-shopping complex sekalipun mereka tidak akan mendapat dosa kerana mereka tidak melakukan maksiat. Malah, seandainya mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama dan melakukan hubungan suami isteri juga tidak salah malah di galakkan didalam Islam.

4. Bernikah seperti biasa tetapi..

Cara yang terakhir adalah pasangan remaja ini bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan seperti biasa namun, bijak merancang kekeluargaan agar tidak menimang cahaya mata sehingga mempunyai pekerjaan yang tetap dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Ya,begitulah antara kaedah-kaedah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan perkahwinan antara remaja agar dapat mengelak fitnah dan maksiat. Namun, perlu diingatkan ibu bapa perlulah bersikap terbuka sekiranya anak mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin walaupun dikala usia masih muda. Selaku ibu bapa anda juga perlu menasihatkan anak bahawa mereka perlu serius dan komited sekiranya benar-benar ingin berkahwin. Ini kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Onak duri kehidupan itu pasti akan lebih terasa selepas berada di dalam alam perkahwinan. Sabar, tabah dan keimanan yang tinggi perlu di terapkan dalam jiwa agar perkahwinan yang dibina itu tidak berakhir dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas berkahwin, pasangan perlulah membimbing antara satu sama lain agar dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T.

Apabila kita memahami perspektif Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka insya-Allah kita akan bersikap lebih terbuka untuk membenarkan remaja-remaja ini berkahwin awal. Andainya ada antara mereka yang belum sempurna pendidikan agamanya, adalah baik seandainya ibu bapa mendidik mereka dengan ilmu agama samada sebelum dan selepas berkahwin. Usahlah anda menghalang para remaja yang ingin mendirikan rumah tangga seandainya mereka masih belajar di Universiti atau Kolej. Yakinlah, dengan bantuan Allah sudah tentu mereka masih boleh menamatkan pengajian masing-masing walaupun bernikah ketika masih belajar.

Bukanlah, niat saya hendak memaksa para ibu bapa mengahwinkan anak-anak anda diwaktu usia muda. Namun, ini adalah antara jalan terbaik yang diajarkan oleh Islam itu sendiri. Terpulang pada anda untuk menentukan yang mana yang lebih baik untuk anak-anak anda kerana sudah tentu anda lebih mengenali mereka. Cuma, seandainya anda mendapati anak remaja anda sudah terlalu sayang dan cintakan kekasihnya bukankah lebih baik untuk menghalalkan hubungan tersebut?



Sama-sama kita merebut kejayaan !

sumber : -

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3083-nikah-awal-vs-maksiat.html


Tp bukan semua orang dapat kawin muda .. mcm aku nak kawin tp mak aku ckp tggu 3rd year dulu br ckp hal ni .. biasa la parents nak yang terbaik utk ank dia .. apa pun aku berdoa agar dilembutkan hati mak aku tu .. si dia tgh berusaha .. chayok2 awk .. sy tau awk blh punya =)

puasa

Tahun ni aku dpt berbuka n bersahur dgn family selama 1 bulan .. lama tu .. seingat aku thun ni la aku dpt puasa bersama family .. bkn senang .. ada jgk kelebihan cuti lama ni .. biasa bersahur n berbuka dgn kawan2 jer .. walaupun dgn kwn2 , aku hepi jer sebab kwn2 aku jns yang x skema .. kecoh jer ... entri aku kali aku nak tulis pasal perbezaan puasa aku kat umh dgn mahallah ...

RUMAH

MAHALLAH

biasa kat umh , mak aku yang masak ..

beli jer kat cafe .. kadang2 je masak kalau rajin ;p


sahur , ayh aku yang kejutkan .. bila bgn pg2 , mknan dah terhidang kat ats meja .. tggu mkn jer ...=)

bgun sendri .. sedia mkanan sendri .. tetap kene bersahur walaupun malas .. biasa mkn roti dgn telur msk separuh jer ..


tak pernah berbuka kat luar ..

Ada ketika berbuka kat padang MPK bersama2 dgn clazmate .. best jgk tgk gelagat kwn2 time nak beli makanan..


Setakat ni x pernah lagi g bazar ramadhan .. ramai sgt org .. x suka g tempat2 ramai org ni .. serabut .. lagi pun kalau g , x tau nak beli apa sbb rasa mcm nak beli semua .. ;p


Selalu jgk la p sbb dah puas mkan mkanan kat cafe .. lauk sama ..

Selalu krm kat abah nak mkan apa .. abh yang tukang p beli .. nak harap aku mmg x pergi la jwbnya .. kesian la kat husband aku lps ni .. nsb baik la dia pndai masak .. kata dia order je apa aku nak mkn ...


biasa p sendri sbb nak x tau nak mkn apa .. lgpun nak hlngkan rasa bosan ddk mahallah ..


Apa2 pun , berbuka n bersahur di rumah atau mahallah masing2 ada kelebihan sendri .. semuanya aku suka ..

Thursday, August 04, 2011

keliru


" berminat dgn nursing "

" senang ke nak dapat kerja bila ambik dgree nursing ?? "

" kenapa x ambik medic je ?? "

" senang ke belajar nursing ni ?? "

ni lah antara soalan2 yang selalu ditnya oleh orang kalau pasal nursing ... meh aku jawab tp ni jawapan aku la .. org lain aku x tau ..

nak kata minat nursing , aku minat la jgk .. cos ni pun mak aku yang pilih n dapat .. rezeki aku kat sini la ... Mula2 aku x minat sgt pun bidang ni.. x pernah terlintas pun kat fikiran aku nak ambik bidang ni .. ye la sapa yang suka cuci BO org , mandikan org .. tp bila lama2 minat aku makin bertambah .. byk aku dapat dlm bidang ni .. sekarang ni pun aku dah x kekok kalau setakat nak cuci BO cousin aku yang kecik ... lgpun senang la skit kalau family aku jath sakit aku blh jaga .. Tp org selalu memandang rendah bidang nursing ni .. x tau la kenapa .. ssh sgt nak terima dgree nursing ni ..

peluang kerja ????

x banyak sgt pun .. hospital goverment pun x ramai lagi ambik dgree nursing ni .. kalau ada pun berapa kerat jer .. yang ramai diploma KKM .. kalau kerja dgn gverment diaorg kene lalui mcm HO.. kejap kat medical wad , kejap kat surgical wad.. ok la 2 .. byk pengalaman diaorg dapat .. tp Alhamdllah setakat ni senior2 aku semua dapat kerja .. rezeki diaorg .. ada yang jadi staff nurse , ada yang jd lecturer .. walaupun diaorg lectrer diaorng still kene attachment dengan hspital sbb nak ambik penglaman .. mak aku harap aku kerja dgn hspital uia .. alahai .. x nak la aku ddk kuantan .. nak balik ddk kb la pulak .. tp apa yang aku pegang rezeki ni ada dimana2 .. yang penting kita tawakkal selepas berusaha .. lambt lagi aku nak kerja .. 2 thun lg tempoh utk aku hbskan pengajian ni .. buat masa sekarang aku nak fkir pasal stdy dulu .. kerja2 tu nanti la .. kalau x dpt kerja , aku buka bisness la dgn "dia" .. buka restaurant ke .. blh jgk tampung kehidupan kami lps ni .. =)

kenapa x ambik medic ??

jwpn aku senang jer .. rezeki aku kat sini .. lgpun aku x suka stress 2 ni .. ada oncol lagi .. biar la aku kerja shift mcm si dia ..

senang ke x belajar nursing ???

ada ke cos yang senang belajar ?? x yah stdy dah blh lulus exam ??? aku rasa semua ssh tp atas kita utk rajin atau x .. x senang pun ambik nursing .. byk kot subject 1 sem .. dgn university requirement subject lagi .. OSPE lg .. =)


gambar time lepas OSPE .. semua ceria sbb x der remedial




Monday, August 01, 2011

bibik =)


tugas aku ke KL cukup mudah .. tolong2 apa yang patut .. tp yang mainnya hantar cousin aku ni ke sekolah .. bapa sadara aku aka ayh joe x sempat nak hntar diaorng ni .. tp kadang2 dia hntr jgk ank2 dia ni .. ambik dr sekolah aku yang ambik .. tugas aku bermula jam 8pg .. sediakan atikah punya breakfast .. breakfast ni penting kawan2 .. pembekal tenaga kita utk belajar .. breakfast dia paling senang .. mkn koko crunch dgn susu segar .. tuang jer dlm mangkuk .. ayh joe dah beli stok susu segar ni kat umh sebelum dia p kursus kat labuan selama seminggu .. lama 2 tinggal ank isteri kat umah .. dah la isteri br bersalin .. kalau aku la , cnfrm sedih punya .. suami aku 6ti mcm mana la kalau aku kene p kursus jauh2 gak ;p ... dalam pukul 8.30 aku hntr bdk comel ni kat tadika dia , genius aulad .. dekat jer dgn rmh ayh joe ni .. tp aku still bw kereta umi dia .. nsb baik kete auto .. n aku x pernah parking kete besar2 ni .. kete myvi .. biasa bw viva n kelisa jer .. nak bw xder mslah sbb aku dah byk kali bw kereta ayh aku , citra tp x pernah msk parking sbb aku x pndai .. ni nak xnak mmg aku kene parking kete ni sbb aku kene trun hntr dia naik ke ats .. lepas hntr atikah , aku terus pulang ke rmh .. breakfast bersama atok nenek aku .. biasa kitaorng mkn nasi la ... org kelantan pg2 cr nasi .. mcm kat umh aku la .. tp aku jenis yang x kisah sbb dah biasa ddk asrama mana nak cr nasi pg2 .. x sempat la .. tp aku mmg akn breakfast dulu sebelum msk kls .. x kish la , nestum ke , oat ke , roti , atau biskuit janji perut aku terisi .. lepas tu aku tolong la apa yang patut sambil2 nak tggu cousin aku balik kul 11.30 pulak .. hari2 itulah rutin hidupku di KL .. x keluar pun jalan2 ... x sempat .. walaupun si dia ada msg ajak keluar tp maaf la awk mmg x sempat .. kita jumpa lain kali .. raya ni masih ada =)




Tugas rutin aku yang kedua adalah hntar arfah ke sekolah .. arfah sekolah petang .. sekolah dia pun dekat jer dgn rmh .. jalan kaki 5 min dah sampai ... dalam kul 11.50 aku sampai umh lepas ambik atikah ... time2 aku sampai umi D dah strt suap nasi kat ank dia ni .. sayang betul umi kat arfah ae .. makan pun bersuap ... aku hntr dia dlm kul 12.45 n ambik dlm kul 6.15 dah sampai kat sekolah dia walaupun dia hbs skolah dlm kul 6.25 ptg .. so time2 ptg aku biasa rehatkan diri jer la . x buat keje sgt pun .. juz layan cousin aku ni main2 ...