Thursday, April 28, 2011

suri rumah tangga





Dulu , aku selalu berfikir nak jd suri rumah tngga lps kawin .. maklum la dah penat study .. rasa nak berehat la pulak .. nak berkerja ?? ada dlm fkiran tp .. entah laa.. penat , kene maki hamun semua dah rasa .. posting punya pasal .. tp aku x menyesal pun ambik nursing ni sbb byk bnda yg aku lalui yg blh aku jdkan pengajaran n pengalamn hidup yg lebih mematangkan diri ini *matang ke ??? * Sekarang ni aku sdang melalui saat2 bergembira dirumah .. maklum la cuti x byk .. kene gunakan dgn sepenuhnya .....

Dduk rumah seharian pun bosan jugak .. mak ayah p mengajar .. adik ?? mestilah p sekolah .. nak x nak aku kene ddk sorng2 jer kat umh .. bgun pagi2 *pagi jgk la coz ayh aku kejut kul 5.45 pg * terus aku kjut adik aku srh dia p mandi dulu .. nak g sekolah kan lps 2 br aku guna bilik air .. kul 6.30pg , ayh , mak , adik2 aku dah turun umh .. kadang2 mak aku bw kereta dia .. kadang2 ayh aku p hantar .. family aku mmg jenis yang awl turun umh .. ayh aku mls nak ddk dlm jem .. better turun awl .. * sbb tu aku jenis yg mcm 2 jgk .. xsuka lmbt2 * Selalu sblm ttup umh mak aku dah pesan mcm2 .. masak nasi la , goreng lauk laa.. kene la buat ..


tugas2 seorg suri rumah tangga :-


Tugas suri rumah bukan setakat melayan suami dan melahirkan zuriat, tetapi amanah yang dipikul amat berat kerana ia membabitkan usaha melahirkan generasi pewaris negara.
Kerja di rumah tiada pengkhususan seperti dibuat oleh mereka yang bekerja secara formal di pejabat. Malah ada suri rumah bekerja mengatakan, masa rehat sebenar ialah ketika berada di pejabat.

Apa tidaknya, celik je mata tanda bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk tidur.

Malah sebelum tidur, seseorang suri rumah sudah merancang apa yang hendak dibuat keesokannya. Perkara pertama yang difikirkan ialah menyediakan sarapan untuk anak dan suami supaya ceria sebelum memulakan tugas masing-masing, kemudian mengemas rumah, membasuh pakaian, ke pasar membeli keperluan untuk sajian tengah hari.

Waktu senggang bergantung kepada keadaan anak. Kalau anak masih kecil memang tak menang tangan menyediakan keperluan mereka. Itu belum lagi berdepan masalah kesihatan keluarga. Anak yang sakit biasanya lebih memerlukan pemerhatian ibu berbanding bapa.

Kongsi rasa kali ini cuba menyelami kerjaya suri rumah. Peranan suri rumah sebagai penggerak ekonomi keluarga penting. Jika suami ibarat `Perdana Menteri’ yang mengatur pentadbiran rumah tangga, peranan si isteri pula samalah seperti `Menteri Kewangan’ merangkap ‘Menteri Pembangunan Keluarga’. Jika pandai merancang perbelanjaan harian serta urusan rumah tangga lain seperti ada kepakaran menjahit pakaian, boleh membantu memantapkan ekonomi keluarga.

Memang tidak salah wanita berpendidikan tinggi bekerja di luar sana, tetapi mereka kena pandai memainkan peranan sebagai suri dan wanita berkerjaya. Dalam melaksanakan dua peranan inilah kadang-kadang ada pihak yang terabai.

Golongan yang berpendidikan tinggi memang aset penting kepada negara. Ada sesetengah menganggap rugi golongan yang berpendidikan tinggi tidak bekerja.

Tetapi jika dilihat banyak kes penderaan kanak-kanak yang ditinggal di rumah pengasuh, gejala sosial membabitkan anak muda, Akak rasa peranan wanita perlu dilebihkan kepada rumah tangga. Tak guna kita memiliki kemewahan hidup dengan wang ringgit berkepuk, tetapi anak kehilangan kasih ibu sendiri. Anak yang sepatutnya disuap ibu, sebaliknya dilayan pembantu rumah atau diletakkan di pusat jagaan.

Tidak hairanlah apabila dewasa, si anak tidak berasa bersalah membiarkan ibu bapa hidup sendirian kerana menganggap tuntutan tugas lebih penting daripada melayan kerenah orang tua.

Jika dulu anak diletakkan di pusat jagaan, kini giliran ibu bapa pula menagih kasih di rumah orang tua.

Untuk mengelak pusingan roda kehidupan itu menular kita, mengapa tidak kita kembalikan fungsi rumahku syurgaku dengan membetulkan peranan setiap anggota dalam keluarga.

Bapa wajar bertanggungjawab memberikan rezeki kepada keluarga bukan menyerahkan tugas mencari rezeki kepada isteri.

Jika kelebihan ada pada isteri untuk bekerja di luar rumah, tak salah juga bagi suami mengambil alih kerja mengurus rumah tangga.

Bagaimanapun sudah fitrah, seorang suami ada ego yang menganggap kerja di rumah remeh. Jika mereka tidak mahu imej tercalar kerana mengambil alih tugas suri rumah, mereka patut menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.


No comments:

Post a Comment