pernah seorg patient berkata : " kenapa pilih nurse ?? kalau saya , saya takkan pilih seorg isteri berkerja sebagai nurse .. kerja shift , ada shift malam , cuti limited .. kadang2 raya pun kene kerja .. "
saya hanya menjawab dengan senyuman .. dalam hati berkata jodoh semuanya ditangan Allah .. Jika Allah kata "Kun Fayakun" maka jadilah mengikut kehendak Allah .. lagipun ramai jer kawan2 saya yang kahwin .. malah boleh dikatakan course saya ni dikira ramai berkahwin .. bukan berkahwin lps belajar tapi sebelum habis belajar lagi mereka menggalas tugas yang besar sebagai seorng isteri , ibu , suami , dan ayah ..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
pernah juga seorg kawan mengadu yang nurse atau lebih tepat lagi sister wad ni garang time dia menjaga maknya yang dimasukkan ke hospital : " awak kenapa sister ni garang ?? takut saya "
jawapan saya : biasa la awk .. mungkin tekanan kerja .. kerja kitaorg ni nampak simple tapi kalau yang x laluinya mmg tak tahu .. dengan complain dari patient lagi .. bersabar la awak .. saya sendiri pun pernah lalui semua ni .. kene marah dengan sister , patient apatah lagi ..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
kerja nurse ni cuci BO org .. kotor la ...
whatever la ... dah anak sendiri tak nak cuci .. takkan la biarkan mcm tu jer .. anak sendiri jijik nak buat .. apa salahnya kami buat .. kami ni ada perasaan kasihan kat org .. nak buat org selesa .. bukan fikir jijik .. kami buat dengan ikhlas ... kalau ada family yang turut sama kami ucapkan terima kasih .. mungkin pesakit lebih selesa jika family yang buatkan ...
perbualan - perbualan yang ditulis ini hanya sebahagian sahaja .. semua pandangan masyarakat yanag menilai kerjaya seorg nurse .. kebanyakkannya pandangan negative .. tp saya masih lagi meneruskan pengajian dlm bidang ni .. kalau nak tukar course sangat2 la boleh .. kenapa ya ??
Walau apa pun pandangan masyarakat terhadap bidang yang saya dan sahabat2 secourse saya pilih , janganlah menilai sesuatu secara luaran sahaja .. bukankah rufaidah tokoh jururawat di zaman Rasulullah yang sanggup berkorban demi agama merawat perjuang-pejuang islam yang cedera dalam menegakkan agama Allah ..
Sesungguhnya takdir Allah adalah yang terbaik .. Biarpun kadang kala kita sering merungut dan mengeluh untuk ddk ditempat kini , namun carilah kemanisan dalam setiap aspek kehidupan dengan berbekalkan bunga iman dan taqwa .. Siapa pun kita , dimana kita berada selagi kita masih berpegang pada tali Allah teruskan lah menyemai benih , menanam cinta dan teruskalan berjuang di jalan Allah .. Kerjaya seorang nurse mendidik diri untuk menjadi seorang yang pengasih , penyayang , penyabar ....
p/s : ramai dikalangan kami yang bergelar student nurse bertudung labuh , bergelar naqibah .. kerja nurse tidak menghalang mereka untuk berdakwah .. malah kerja berdakwah ni menjadi lebih luas ..(^_^)
No comments:
Post a Comment