Kata kakakku, "Ujian penuntut ilmu: Kewangan, malas, syahwat (rindu dan cinta), sahabat dan persekitaran."
Saya akui, sebagai penuntut ilmu atau mahasiswa, lima perkara  tersebut  merupakan masalah utama bagi setiap pelajar! Saya yakin anda  mengakuinya  juga.
Namun, bagi penuntut di Mesir, kewangan  bukanlah masalah utama kerana  wang zakat melimpah-ruah di sini. Negara  kaya seperti Kuwait dan Brunei  selalu memberikan sumbangan kepada  mereka yang sedang berjihad ini.
Tetapi, empat masalah yang lain terus membelengu para penuntut.
Masalah  ke-2, MALAS! Musim sejuk adalah musim yang paling agak malas di  sini.  Kerana mahasiswa agak selesa di sebalik selimut tanpa mandi   berhari-hari.
Masalah ke-3, SYAHWAT! Ini yang ingin saya  kupaskan. Insya Allah, semoga  apa yang saya ingin sampaikan dapat  difahami oleh anda sekalian.
[B]Putik-putik Cinta di Facebook[/B]
Saya sebagai seorang pemuda, sering menerima pop-up chat dari orang  yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada perempuan.
Adakah itu  normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau  bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti  penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?"
Apa pendapat anda?
Saya  akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalu  Facebook  walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya tekad  untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai  orang yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya.
Terutama  bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu  hidup saya  terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam ikhtilat  diluar  syarie.
[B]Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook[/B]
Saya  hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan   menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta  di  Facebook".
Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah  putus cinta  mengwar-warkan  perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta  yang  berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada single.
Lalu  wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk  mendengar masalah  wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya  berdasarkan minda yang  mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini  padahnya bila meluahkan  perasaan melalui Facebook.
Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang  handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang".  Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri  dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri.
Sedarkah kalian bahawa WAJAH PROFILE FACEBOOK BOLEH DIMANIPULASI!
[B]Nilai Harga Diri[/B]
Adakah  begitu rendah  martabat cinta kita terhadap orang yang harus dinikahi  sehinggakan  kita boleh bercinta sekadar melihat wajah seseorang di  Facebook atau  bermula dengan pop-up chat di Facebook?
Namun  bila kita berjumpa,  terkejut melihat wajahnya yang ternyata bukan  pilihan hati kita. Terus  cinta yang berputik di Facebook hilang begitu  sahaja. Adakah itu cinta?
Banyak artikel yang menerangkan  mengenai ikhtilat diluar syarie. Anda seorang yang berakal, maka nilai  setinggi mana nilai diri anda.
Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di  dalam blognya, "Cinta tidak buta".
Martabat  cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia  buta.  Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana  agamanya,  adakah bila agama  orang tersebut hilang selepas anda mencintainya,  adakah anda akan terus  mencintainya?
Namun, jika anda tidak  menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang  kerana agamanya,  maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang  sepertimana  bertambah dan berkurangnya agamanya.
Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:
"Apabila  datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya  (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka  nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut  nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang  merata".
\[HR Tarmizi & Ibn Majjah]
[B]Penutup[/B]
Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya  cintai bahawa bukan cinta  jika asasnya Facebook dan nilai diri anda  wahai cintaku.
Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih baik  dari sebelum ini. Jika anda sudah  terlajak bercinta di Facebook, maka  cepat-cepat betulkan cinta anda.
Jangan  cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda dan  saya  lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT dan  cinta  keranya-Nya. Insya Allah!
Salam Ingatan dari saya
Kaherah, Mesir
11.24 am 02 November 2010
No comments:
Post a Comment