-kasihMU, amanahku-
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama berlayar ke muara
Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijabkabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya
Yang terindah di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama
Suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya
Yang terindah di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
~In-Team~
First dengar lagu ni best sgt2 .. tertanya- tanya gak apa tqjuk lagu ni .. ni lagu yang k.naimah pilih utk di masukkan dlm video kejutan utk Pn Awah , Mom to be dan faris a.k.a kunji yang baru kawin .. baru ke ?? rasanya dah hmpir sebulan kot ... Perkahwinan diaorg ni sy xdpt pergi ats sebab2 yg tak dapat dielakkan .. sori kalian semua .. 6ti ada rezeki sy p la tgk ank2 kalian berdua ..
Plan kitaorg nak sambut majlis utk diaorg diatur dgn rapi .. xnk la diaorg sedar .. bdk2 kelas kitaorg semua spoting bagi kerjasama bg menjayakan majlis ni .. dah lama rasanya nak sambut majlis diaorg xp kekangan masa menyebabkan majlis ni bertangguh .. Alhmdulillah pada tarikh 29 dec 2010 jam 10.30 pagi majlis di adakan .. majlis ni diserikan dgn bro Khairul n wife kunji , kak wani ...
tepat jam 10.30 kedua2 pasangan yg diraikan masuk ke kelas .. first imperession diaorg terkejut coz atiqah n badang turun membawa kek dr ats .. *kalau sy ditempat diaorg pun cnfrm tergamam * ..
Lepas itu , kata2 aluan dr k.intan selaku pengerusi yg x bertauliah memberi kata2 aluan .. video dimainkan ... video ni ada ucapan2 utk awah n kunji .. kelakar gak la bila tgk .. sempoi !!!! ... Video ni di buat oleh afiqah a.k.a pquix kat bilik aku mlm sblmnya .. bersungguh2 dia membuat video ni bersama k.naimah .. bangga aku ada shbt seperti kalian yg nak tgk kawn2 hepi .. sampai2 tettido kat bilik ku .. aku pun x tau fiq tdo kul brapa mlm 2 coz aku juz teman dia smpai 2 pg .. dah x thn ngantuk terus tdo kat lantai beralaskn comforter ..
Lepas viseo ucapan dimainkan ... inilah masa yg aku , fiq , k.naimah, ah tggu-tggukan iaitu ucapan seorg suami utk isterinya yang berada jauh disisi @ perkahwinan jarak jauh .. sngguh menusuk hati mendengar kata2 suami awah a.k.a abg amer ..
"org yang paling baik diatas dunia ini adalah org yang paling baik kpd isterinya .. dan NABI berkata aku adalah org yg paling baik terhadap isteriku .. ingat isteri adalah satu anugerah "
selepas kata2 ni aku hampir2 menitiskan air mata .. mungkin bkn aku jer , rakn2 kelas kau yg lain juga mungkin seperti aku ... sapa yg x terasa dgn kata2 mcm ni .. hati ppuan mudah tersentuh dgn kata2 .. btl ae ?? Lepas tu , kami mendengar ucapan org yg di raikan ..
apa pun walaupun majlis ni ringkas , tapi bagi aku majlis ni best kerana mendapat skongan yg padu dr kawan2.. aku gembira mempunyai kawan2 seperti kalian yang cuba menggembirakan hati kawan2 yang lain .. aku tahu hidup berjauahan dgn keluarga , sahabat yag menjadi peneman disaat suka dan duka .. berkongsi kegembiraan n kesedihan .. dan aku sama sekali tidak rasa rugi menjadi salah seorg ahli keluarga batch 6th nursing
No comments:
Post a Comment