Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda Saidina Fatimah r.a . Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pokok tamar , Fatimah terpijak pohon semalu , kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan .
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada sedikit marah . Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita . Fatimah terkejut . Rasulullah menyambung kata-katanya lagi . Para wanita hendaklah mengambil pengajaran dari pohon semalu ini dari 4 aspek :
1) Pohon semalu akan kucup apabila disentuh . Ini boleh diibaratkan bahawa wanita itu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya)
2) Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu , wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim .
3) Semalu juga mempunyai akar tunjang yang yang sangat kuat dan mencengkam bumi . Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH .
4) Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang . Oleh itu para wanita sekalian pulanglah ke rumahmu apabila waktu semakin senja
p/s : apa yang berlaku hari ini merupakan ketentuan ALLAH ..
(^_^)
No comments:
Post a Comment