Dimanakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ? Jawabnya seperti berikut :-
kesalahan 1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja
kesalahan 2 : Bertudung tetapi ber 'T-shirt' berlengan pendek
kesalahan 3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya
kesalahan 4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'
kesalahan 5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya
kesalahan 6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak disekitar rumah, pasaraya dan sebagainya
kesalahan 7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung
kesalahan 8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja . Ia adalah tidak tepat sama sekali . Asasnya dari firman ALLAH SWT ertinya :
" Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya , JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR. " (an-Nur: 31 )
copy from : FB kami peminat ustaz azhar idrus
p/s: Rasa sgt beruntung dikelilingi sahabat2 yang mampu membimbing sy ke arah yang lebih baik .. tidak rugi masuk uia =)
No comments:
Post a Comment