Wednesday, February 22, 2012

✿ usrah ✿

kali ini saya dan izat mendapat mandat dr k.intan utk present pasal jihad dan mehnah .. so izat ambik jihad , saya ambik tajuk mehnah.. usrah kali ini di pengerusikan oleh wan muniyati aka muni <-- rmte saya juga .. majlis bermula jam 8pm kat surau .. majlis dimulakan dgn al-fatihah dan bacaan surah at- taubah ayat 107-111 yang berkaitan dengan tajuk yang kami akan present.. bkn present secara serius pun .. just secara santai .. masing2 blh tambah apa yang kurang ..

izat bercerita pasal jihad ... jihad ni berasal dari kata kerja 'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan sepunh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya dijalan ALLAH (fisabilillah) . Jihad ni terbahagi kepada dua iaitu asghar (kecil ) dan akbar (besar). Jihad yang paling besar bukan jihad berperang di medan perang tapi jihad melawan hawa nafsu .. Sabda Rasulullah saw ketika baginda baru saja kembali dari perang Badr dan diriwatkan oleh banyak hadis :

" Kita kembali dari jihad yang terkecil menuju jihad yang besar iaitu jihad melawan hawa nafsu "

Mmg susah nak melawan hawa nafsu ni .. izat memberi contoh yang berkaitan dengan kehidupan kami sebagai seorg pelajar :

1) azan subuh berkumandang .. kita tersedar .. adakah kita akan terus bangun dan menunaikan solat atau berkata " sambung tidur la dulu 5 min lps baru bgn solat "

2 ) jihad utk hadirkan diri dlm majlis2 agama .. <-- kalau time2 kul 8 mesti ada jer bnda nak buat tp kami bersyukur kerana dapat hadir dlm usrah kali ini .. <-- bnyk faedah kami dpt sepanjang msk usrah ni .. ada kawan yang sama2 membimbing kita =)

~ byk lagi contoh izat bagi tp lupa dah .. maklum la short term memory ~

mehnah bermaksud ujian .. mehnah dalam perjuangan adalah sunnatullah bagi menguji dan memperkukuhkan serta membina kekuatan .. Hadis Rasulullah saw bermaksud

" orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah , mukmin yang dengki padanya , munafik yang benci padanya , kafir yang memeranginya , syaitan yang menyesatkannya, dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya "

Allah swt menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa mehnah dan kesulitan dlm kehidupan itu adalah merupakan ujian bagi menguji tahap keimanan seseorang itu .. sebagai contoh .. ujian hati .. rasanya semua org akan melalui termasuk diri ini .. ujian utk berkahwin dan berpasangan .. saya x nafikan semua ini tambah2 sy ddk dlm lingkungan rakan2 yang kebanyakkan sudah berumah tangga <-- imej uia .. kahwin time study .. sy pun mempunyai keinginan yang sama cuma masa yang belum tiba .. Allah mengatakan yang dia tidakkan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu utk menghadapinya .. teringat kisah k.intan yang boleh kita jadikan ikhtibar

" ada seorg hamba ALLAH yang akan melangsungkan perkahwinan .. kad-kad jemputan telah diedarkan kepada sahabat , family , hantaran yang telah siap , pelamin telah siap di hias .. tunggu saat seorang lelaki melakukan akad sahaja .. sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung , si lelaki memutuskan utk tidak berkahwin dgn perempuan ini atas sebab2 tertentu .. apa reaksi kita bila kita berada di tempat perempuan itu .. kalau saya , confirm2 la rasa nak marah , geram , menangis dan seumpamanya .. tapi perempuan ini menjawab " mungkin ada hikamahnya .. saya ingin berhusnun zan dengan dia tetapi jika sekali lagi dia datang meminta saya tidak akan menerimanya .. " <-- sungguh kuat hati perempuan ini .. semoga saya tabah seperti dia .. mungkin lelaki itu bkn jodoh dia dan akan ada lelaki yang lebih baik dan layak untuk perempuan itu .. "

Cuba kita singkap sirah perjuangan para Nabi , sahabat & ulama' bleh dikatakan kesemua mereka terpksa berdepan dengan datang bersilih ganti .. ada yang difitnah , di ugut , di seksa tp mereka ttp sabar dalam menghadapi ujian .. Sebagai contoh

mari kita sama-sama hayati peristiwa cubaan utk membunuh Rasulullah oleh kaum musyrikin mekkah . walaupun sasaran utama mereka adalah Rasulullah tetapi jika kita halusi , mehnah sebernanya adalah ditujukan kepada 2 tokoh yang terlibat sama iaitu Ali dan Abu Bakar . Ali yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi tetapi demi kecintaannya terhadap Rasulullah & islam tdk sedikit pun gentar dan membantah apabila disuruh menggantikan Baginda Rasulullah berbaring ditempat tidurnya . dan begitu juga dgn Abu Bakar yang sanggup menemani Rasulullah di gua thur dan sesetengah riwayat menyatakan Abu Bakar sampai mengalirkan air mata menahan kesakitan apabila di gigit binatang berbisa demi melindungi Nabi

p/s - semoga awk sentiasa tabah ( ^____^ )




No comments:

Post a Comment