soalan :
Assalamualaikum ustazah , saya berkerja sebagai seorang jururawat. Tetapi ustazah , apabila saya diberitahu pekerjaan saya , ramai tidak dapat menerima kerana alasan mereka uniform jururawat yang tidak menutupi syariat dan kerja jururawat yang tidak tentu masa. Soalan saya , adakah pekerjaan jururawat tidak sesuai untuk muslimat yang aktif dalam usrah atau halaqah kerana uniform dan juga kerja tidak tentu masa yang membataskan perjuangan . Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa saya , saya tidak berniat untuk riak tetapi kalau diluar waktu kerja saya memakai jubah dan tudung labuh . Mohon pencerahannya
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Waalaikumssalam wbt. Salam sayang buat jururawat ummha yang dihormati . Perkerjaan jururawat sungguh mulia . Perkerjaan jururawat sungguh diperlukan . Berkerja sebagai jururawat suatu ibadat umum yang boleh menuai banyak pahala.
Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat . Dr Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat .
Tanpa jururawat siapa yang akan jaga jutaan muslimah di hospital lebih- lebih lagi di wad OnG
Tanpa jururawat siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal ? Kerja-kerja teknikal biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan
Tanpa jururawat berkesedaran Islam seperti ukhti , siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah ?
Tanpa jururawat yang berjiwa seperti ukhti, siapa yang memimpin usrah dah halaqah untuk para jururawat disana lebih- lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman islam ? Islam milik semua .
Semoga ALLAH memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat .
Semoga lebih banyak institusi-istitusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat menabur jasa .
Berkaitan pakaian suami ana ( DR Farhan Hadi ) pernah mengatakan , dia menemui ramai jururawat yang melonggarkan pakaiannya , melabuhkan sedikit tudungnya dan tiada siapa yang berani mengambil tindakan apa-apa terhadap mereka .
Semoga lebih ramai jururawat hari ini yang berjiwa berani seperti ini dan jururawat akan datang menemui peluang berpakaian yang lebih baik .
Ukhtiku sayangfillah , rasa mulialah dengan tugas muliamu ! Kami semua amat berhajatkan baktimu. Sudah tentu kami lebih bertuah jika anak kami yang lahir disambut oleh seorang doktor atau jururawat yang jiwanya sangat cintakan kepada Islam =)
sumber : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
monologku : teringat kata-kata seorg sahabat " sambil-sambil awak merawat pesakit rawatla pesakit dengan ajaran islam .. bila kata pesakit mengeluh kesakitan ajarkan la dia supaya sentiasa mengingati ALLAH dan redha atas semua yang berlaku "
p/s - classmate saya ramai yang bertudung labuh , terlibat dengan usrah sebgai naqibah tetapi tetap memilih kerjaya sebagai jururawat = )
- kawan2 yang banyak memberi sumber inspirasi utk saya berubah ke arah yang lebih baik -
- kami adalah roomate and classmate -
- Muslim nurses . InsyaALLAH -
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemaksud sy,akak blajar nursing ni kat mana?sy suka tgk semua tudung labuh je
Delete