Florence Nightingale - 1820-1910 M (Tokoh Jururawat British )
Dunia barat berjaya mendapatkan tarikh ini sebagai tarikh penting bagi pengamal kerjaya kejururawatan bersemperna dengan tarikh lahir Florence Nightingale.
Florence Nightingale telah diwarwarkan sebagai tokoh jururawat duni yang tersohor dan dikenali dimana-mana. Beliau dilahirkan di lahirkan di Itali pada 12 Mei 1820 sebelum bertugas di England.
Anak warga British kelas atas ini lebih dikenali sebagai " The Lady With the Lamp" kerana berkerja gigih termasuk sebelah malam bagi merawat askar-askar British yang luka ketika perang. Belaiu juga telah mengasaskan Pendidikan Kejururawatan secara professional di St Thomas Hospital , London pada 1860 . Beliau meninggal dunia pada tahun 1910.
Adakah anda pernah mendengar nama Rufaidah binti Sa'ad ?
Nama Rufaidah Binti Sa'ad mungkin tidak semasyhur seumpama tokoh- tokoh Muslim yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina dan Abu Qassim Az Zahrawi tetapi Rufaidah sebernanya memberikan sumbangan yang cukup besar di dalam dunia perubatan Islam.
Rufaidah Binti Sa'ad adalah merupakan jururawat pertama di dunia Islam dan dunia perubatan sebenarnya . Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbanganya yang merawat para tentera British , seharusnya kita sebagai muslim menyanjungi dan menjadikan Rufaidah sebgai ikon seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun lebih awal sebelum Florence Nightingale.
Nama penuh beliau ialah Rufaidah binti Sa'ad al Aslami merupakan suku Khazraj di Madinah . Beliau telah dilahirkan di Yathrib, Madinah sebelum tahun hijrah dan merupakan di antara penduduk Madinah yang petama memeluk Islam.
Apakah keistimewaan Rufaidah ?
Beliau merupakan seorang jururawat cemerlang yang telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan eorang doktor di Madinah pada ketika itu . Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya.
Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa.
Diantaranya :
1. Seorang yang sangat baik , dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi
2. Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang baik .
3. Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengan jururawat lain yang berkerja bersama-samanya.
4. Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja , malah turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.
5. Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja . Sifat "peduli ummah" yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. Beliau bertindak sebagai seorang aktivis sosial yang gemar ambil peduli dan menyelesaikan masalah masyrakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial dikalangan masyarakat.
6. Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin hidup wanita istimewa ini.
Apakah pengiktirafan Rasulullah kepadanya ?
Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu barisan pejuang di Rasulullah SAW. Ketika Kota Madinah menjadi sebuah Negara Islam yang mengalami banyak proses perkembangan kemajuan , Rufaidah telah mengabdikan dirinya untuk merawat orang ramai yang sakit . Sebuah khemah perubatan telah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana aman.
Manakala ketika perang badar , Uhud , Khandaq dan Khaibar , Rufaidah sentiasa bersedia dibarisan belakang sebagai aktivis perubatan dan merawat tentera islam yang tercedera.
Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh beliau. Semasa perang Khandaq , Panglima Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya pahlawan yang berani itu dirawat oleh Rufaidah .
Dengan kepakaran yang dimili , Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di tangan Sa'ad Bin Mu'adz.
Rufaidah juga melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan . Apabila Rasulullah SAW sedang bersedia menuju ke lokasi perang Khaibar , Rufaidah dan rakan-rakan pergi bertemu Rasulullah untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin ke medan perang .
Rasulullah SAW telah memperkenankan permintaan mereka . Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi , kumpulan perubatan yang diketui Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah SAW mengurniakan harta rampasan kepada mereka .
Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di barisan hadapan di medan perang .
Apakah pandangan anda terhadap kehebatan Rufaidah Binti Sa'ad ini ?
Benarlah bahawa Rufaidah adalah seorang " Ikon Peduli Ummah " yang wajar diteladani kerana beliau adalah tokoh yang telah memenuhi objektif . Sabda Rasulullah yang bermaksud :
" Sebaik -baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain "
(Hadith riwayat Bukhari )
p/s : Jururawat menjadi pilihanku keranaMu dan Rasulullah . Moga diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai student nurse ..