Saturday, March 31, 2012

✿ sanah helwah buat my aunty ✿

dedicated to nurul asmak bt mohamed 

sanah helwah buat su .. semoga dikurniakan iman yang sempurna , akhlak yang terpuji , pekerti yang mulia , umur yang bermanfaat , rezeki yang halal , ilmu yang berguna , jodoh yang membahagiakan , hidup dirahmati di dunia dan akhirat ... 

teringat zaman kecik2 dulu , su selalu membebel bila umh nenek bersepah lebih2 lagi time raya .. maklum la anak2 sedara su time tu ramai hero dari heroin .. mmg x dgr kata sangat la .. sekarang su pun dah tempoh alam rumah tangga dan dikurniakan 2 puteri yang menghiburkan hati nanna dan damia .. tugas su sekarang diambil alih oleh bibik .. su pun x marah2 lagi bila rumah bersepah sbb dah ada anak .. bdk2 sedang membesar mcm tu la .. suka meyepahkan barang2 .. tp satu jer lps main su ajar anak dia kemaskan balik barang2 yang diaorg main .. patut la rumah su kemas jer .. mcm x der ank kecik ... hubungan saya dgn su agak rapat .. maklum la jarak usia kami hanya beza 7 tahun jer dan kami membesar bersama2 .. 

p/s : tahun ni kak mimi dah bg cicit kat nenek , tahun dpn su bagi cousin baru pulak ae.. ;p 

Friday, March 30, 2012

✿ just don't never give up ✿

Life is not easy
as you can see
for a path is not always straight
a challenge to succeed
a challenge with time

Be strong
Don't cry
mountains will always be mountains
and rivers will always be flowing
a challenge to succeed
for fears can never change the past

just don't give up
mistakes are something to learn
and not to be ashamed of ..

p/s : YA ALLAH , permudahkan jalan kami utk mendapat peluang pekerjaan bila grad nanti ..

saya x mau ddk jauh2 dgn orang tersayang .. plez .. jangan sempitkan pemikiran anda .. apa guna kami belajar nursing tp tak dapat keje ??

Wednesday, March 28, 2012

✿ renungan ✿

Lucu ya , duit rm 50 kelihatan begitu besar bila hendak didermakan kepada masjid . Tapi beggitu kecil apabila dibawa untuk membeli belah di supermarket .

45 min dirasakan terlalu lama untuk berzikir. Tapi berapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan futsal, bola sepak & sebagainya

Pelik ya ,susah sangat untuk kita merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa / bersolat . Tapi mudahnya mencari bahan untuk bersembang dengan kawan-kawan...

Hairan ya , ramai yang berebut mencari tempat paling depan untuk menonton bola @ konsert . Tapi berebut mencari saf paling belakang waktu sembahyang Jumaat supaya cepat keluar..

Susahnya orang mengajar menyebar dakwah . Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan fitnah ..

p/s - pesan untuk diri sendiri ..

Tuesday, March 27, 2012

bidarari dunia

YA ALLAH ,
YA TUHANKU ,
Jadikan lah kami bidadari bumi ,
setidak-tidaknya bidadari untuk anak-anak kami ,
bidadari untuk suami kami,
bidadari untuk keluarga kami ,
bidadari untuk masyarakat sekeliling kami ..

Rasa macam rugi pulak x join konvensyen bidadari dunia .. semangat my aunt msg .. buat su , nanti share ur experience with me ae .. nak tau gak apa yang dibicarakan dlm program itu .. maklum la ahli panel dia semua mantap2 ..

p/s : buat awk nanti awk free saya citerkan apa yang berlaku .. (^_^)

Sunday, March 25, 2012

✿ sebuah perjalanan impian ✿

Jalan ini ,
penuh onak dan duri ,
herdikan dan cacian ,
segalanya ,
berlegar-legar di fikiran ,
membisik-bisik di telinga,
berlinangan air mata ini mengenangnya ..

Namun ,
hati terus memujuk ,
" ini adalah dugaan " ,
" sabarlah "
lidah pula setia dengan lafaznya ...
" astaqfirullahalazim"
" lailahaillallah "
" allahuakbar "

Perjalanan ini amat memenatkan ,
menyakitkan dan mengecewakan ,
tapi di sebalik segala kepayahan ini ,
saya yakin dan pasti tersembunyi
seribu kemanisan yang akan meluputkan ,
segala kepayahan yang telah ku alami dan rasai ..

p/s : YA ALLAH , YA TUHANKU .. bagikan kekuatan buat familyku  .. Saya yang mendengar pun tidak mampu berbuat apa2 .. hanya mampu berdoa kepada ALLAH
~ fobia rasanya ~

✿ Perigi Mencari Timba ✿

"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?," saya bertanya.
Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.
"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.
"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mencuit dengan nada bercanda.
"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."
"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.
"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."
"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.
"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.
Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.
Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.
Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.
"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" Tanya saya.
"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."
"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.
Mainstream Masyarakat
Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.
Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.
"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" saya.
"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.
Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.
Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.
Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.
Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.
Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!
Cara Menghubung
"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.
"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.
Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.
Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.
Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya.Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.
"Biasanya, orang tengah itu siapa?"
"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."
"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."
"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."
"Hurmm..."
"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.
"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."
"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.
Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.
Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?," saya bertanya.

Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!

credit to : i luv islam
p/s : teringat pesan izat , naim , k.naimah , muni , ah " sebelum buat apa2 keputusan lakukan istikharah dahulu .. yakin dengan keputusannya .. mintak pandangan mak ayah .. so sy dgr ckp diaorg sbb diaorg dah banyak pengalaman berbanding dengan sy" =) 

Saturday, March 24, 2012

✿ trip to blind centre ✿

sem lepas kami berpeluang ke spastic centre untuk subject community nursing 2 , sem ni kami berpeluang berjalan2 sambil menimba ilmu di blind centre utk subject medical surgical nursing 7 <-- banyak benar bdk nursing berjalan-jalan .. walaupun eskkan kami perlu duduki exam mid term utk subject berkenan tp kami still lagi boleh bersuka ria .. tak stress sgt la pada mulanya .. kami bertolak ke KL dalam jam 7 pg diiringi oleh SR Meriati and Sr Judy <-- dua2 lectrer kami sporting ... Alhamdulillah kami selamat tiba di sana lebih kurang jam 11 pagi .. kedatangan kami disambut oleh pekerjanya .. saya lupa dah nama kakak yang bagi briefing .. akak yang bagi briefing kami tergolong dalam golongan OKU .. dia x nampak rupa tapi still boleh nampak warna .. sy kagum dengan kecekalan hidupnya .. bukan senang utk kita menerima kekurangan diri kita.. akak ini bukan buta time lahir tapi semasa usia lebih kurang 7 tahun .. apa perasaan kita bila tiba2 pandangan kita menjadi kabur ?? tentu kita takut utk berjalan , menghadapi hidup seharian .. begitu lah perasaan yang dihadapi oleh akak ini .. tapi berkat dorongan dan sokongan yang diberikan dari keluarga akak ini berjaya dalam hidup .. rupa2nya ramai golongan blind ini berjaya menjawat jawatan dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta . malah ada yang berjaya menjadi usahawan lembu , cendawan dan sebagainya . meraka di beri kemudahan dari segi belajaran dan diasah bakat yang terpedam .. apa yang penting mereka perlu tabah dalam hidup dan berkeyakinan tinggi ... golongan ini juga celik IT .. kami diberi peluang untuk melihat mereka menggunakan computer utk membuat kerja .. kagum dengan semangat mereka berkerja .. agak2 org normal mcm kita ini mempunyai semangat mcm mereka ke ?? lawatan kami ke sini agak terhad kerana kami tidak dibenarkan utk melihat proses pembelajaran mereka .. around dalam 1.30 kami bertolak pulang ke uia ..

blind centre

p/s : sila bawa mkanan bila time visit (^_^)

✿ istiqamah ✿

credit gambar : ^_^

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus , berpengang pada akidah islam , dan melaksanakan syariat dengan teguh , tidak berubah dan berpaling walau dalam apa keadaan sekali pun .. bagi saya istiqamah lebih sukar daripada berubah .. 

Firman ALLAH , dalam surah Yusuf ayat 87 yang bererti : 

" Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan ALLAH . Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan ALLAH itu melainkan kaum yang kafir " 

p/s : saya bersyukur di kurniakan sahabat yang banyak mengubah hidup saya supaya menjadi muslimah yang berjaya bukan hanya di dunia malah di akhirat .. sama-sama tolong menolong antara satu sama lain .. saya juga bersyukur sbb berpeluang masuk ke uia yang suasana persekitaraan yang lebih islamik compared dengan university lain ...

Friday, March 23, 2012

✿ step by step ✿

step by step menunaikan solat istikharah ..

sebelum istikharah

- istikharah hanya pada perkara dunia yang harus sahaja .. bukan untuk perkara yang wajib, sunat, makruh atau haram .

- bertaubat dan memohon keampunan dari ALLAH atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan.

- Neutral iaitu tidak mempunyai apa-apa kecendurungan terhadap pilihan yang ada .

- Di sunatkan juga bermusyawarah dengan orang yang boleh dipercayai atau pakar dalam sesuatu bidang sebelum istikharah

- memastikan diri tidak terlibat dengan sumber harta yang haram.

- memilih waktu yang mustajab doa.

- berwuduk dengan sempurna .

semasa istikharah

- menunaikan solat 2 rakaat

- bacaan surah : rakaat pertama : surah al-Khafirun , rakaat kedua : surah al-Ikhlas

- selepas salam baca doa istikharah berikut : doa istikharah

selepas istikharah

- meneruskan solat dan doa istikharah hingga 3 kali .

- memerhati alamat yang mungkin ada seperti mimpi atau kecenderungan hati.

- jika telah memperoleh jawapan bersyukurlah kepada ALLAH .

- Jika keputusan yang diambil kurang baik , maka ia mungkin disebabkan kepada kurang peka terhadap jawapan yang ditunjukkan oleh ALLAH , tersilap membuat pilihan , telah mempunyai kecenderungan hati sebelum istikharah atau pelbagai kemungkinan lain . Oleh sebab itu , janganlah menyalahkan ALLAH , sebaliknya terimalah ia sebagai satu ujian yang menguji kemantapan iman terhadap qada dan qadar .

Monday, March 19, 2012

✿ bittaufiq wannajah fil imtihan ✿

kepada semua kawan2 saya ucapkan :

Bittaufiq wannajah fil imtihan yang akan bermula esk pagi ..

Usaha sebaik mungkin untuk mendapatkan yang terbaik .. InsyaALLAH , ALLAH tidak akan mempersiakan hambanya yang telah berusaha . Jangan lupa untuk selalu berdoa kepada ALLAH dan dapatkan keberkatan ibu bapa dan lecture2 yang telah mengajar kita . Semoga kita semua berjaya bukan sahaja kehidupan didunia malah kehidupan di akhirat kelak .. InsyaALLAH ..

selasa - 8.30-9.15 am  : msn 7
rabu - 9-10 am : a&e , 3-4 : biostatistic
khamis - 9- 10 am : mental health nursing , 3-4 : epidemiology

jumaat : akan berada di rumah =)

p/s : buat awk doakan untuk saya ae =)

Sunday, March 18, 2012

✿ pengajaran ✿

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda Saidina Fatimah r.a . Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pokok tamar , Fatimah terpijak pohon semalu , kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan .

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada sedikit marah . Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita . Fatimah terkejut . Rasulullah menyambung kata-katanya lagi . Para wanita hendaklah mengambil pengajaran dari pohon semalu ini dari 4 aspek :

1) Pohon semalu akan kucup apabila disentuh . Ini boleh diibaratkan bahawa wanita itu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya) 

2) Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu , wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim .

3) Semalu juga mempunyai akar tunjang yang yang sangat kuat dan mencengkam bumi . Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH .

4) Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang . Oleh itu para wanita sekalian pulanglah ke rumahmu apabila waktu semakin senja 

p/s : apa yang berlaku hari ini merupakan ketentuan ALLAH .. 

(^_^)

Thursday, March 15, 2012

✿ diet RASULULLAH ✿

Note :  Buat kawan-kawan semua .. jangan la tinggal makan malam ae ... kalau diet sekali pun makan la sedikit .. x makan nasi pun xper janji makan .. banyak keburukan kalau kita tinggal makan malam <-- pesan utk diri sendiri jugak .. bkn sbb diet tp mls nak turun p cafe =) .. breakfast pun penting jugak sbb ia memberi tenaga kepada kita .. parents selalu marah kalau anak dia x makan sebelum p sekolah ... sampai sekarang kalau parents col mesti akan berpesan perkara yang sama ...

p/s : buat awk , try la elakkan mkn lps isya .. cuba mkn malam sebelum pukul 8 .. walaupun ia agak sukar nak buat tapi x salah kalau awk mencuba ..(^_^)

Wednesday, March 14, 2012

✿ sahabat ✿

sahabat ...
kekuatan bukanlah segalanya ...
kerana ia hanya sementara dan akan binasa..
tetapi mencintai dan menerima diri apa seadanya ...
adalah wujud dari hamba yang bersyukur kepada TUHANnya ...

mengejar kehormatan dan kekuatan bukanlah tujuan ...
tetapi mengejar cinta kasih selalu memberi ketenangan ...
maka jangan kita larang sahabatmu jika dia menagis ..
ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaanya ..

sahabat katakan padanya ...
bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah ..
sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya ...
dan jika mengerti , dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya ..

jangan pernah mengajar sahabat kita bagaimana menjadi cantik ...
tetapi ajarkan dia untuk mencintai dan menerima dirinya apa seadanya ...
dan jangan kita ajarkan dia bagaimana untuk menyenangkan lelaki/perempuan ...
tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptanya ..

jika kita inginkan sahabat kita rajin beribadat kepada ALLAH ..
maka jadilah tauladan untuknya , dan gemakan keberadaan ALLAH dalam hati kita ..
seseorang itu takkan dapat kita paksa berdoa dan bermunajat kepada ALLAH ..
Ketika dia tidak dapat menagkap makna ibadah yang terukir dalam kehidupan kita ..

Jika kita ingin sahabat hidup penuh kasih ...
Tunjukkan cinta kasih kita kepadanya ..
kata-kata sahaja tidak akan mampu membuatnya mengasihi ..
jika dia tak pernah merasakan cinta dan perhatian dari kita ...

~ saya beruntung kerana mempunyai sahabat yang mampu menjadikan saya sebagai seorang muslimah yang lebih baik berbanding sebelum ini .. terima kasih buat kalian semua .. ~~

~ sayang korang kerana ALLAH ~

kredit : sahabat

Tuesday, March 13, 2012

✿ kami sama ✿

orang selalu kata yang muka kami sama .. so ni kali kedua kami bergambar bersama .. maklum la pakai warna yang sama hari ini.. ada jer kwn2 yang nak masuk bergambar sekali tp di tegah oleh kawan2 yang lain .. nak kitaorg berdua jer .. hihi.. sampai mcm tu sekali ae.. time tu bunyi la " sama muka " ... dlm gmbr ni bkn student ae tp lecturer saya .. nama dia nurasikin tp adat uia semua panggil sister .. x kira la student atau lecturer.. bukan kami tak menghormati lecturer sbb panggil sister tp dah adat .. agak susah nak ubah .. maklum la dah 3 tahun guna perkataan sr .. sr asikin ni masih muda .. so boleh la nak dibuat kawan .. tp still single .. mungkin tak available jer =) <-- ni sy teka la .. sr asikin baru jer balik dr buat master in mental health nursing sem lepas .. ni sem ke2 dia ajar kitaorg .. sem ni dia ajar subject mental n OT .. lecturer saya majoriti sporting dgn student .. untung jugak la bergelar student nursing (^_^)

p/s : rasanya ramai lecturer kitaorg muka sama dgn kawan2 sy =)