Tuesday, February 22, 2011

:: perjalanan hidupku hari ini ::

22 feb 2011 , hari selasa .. claz sepattnya full hari dr pg sampai malm.. xp Alhmdllah, tiba2 tiga kls cancel .. so blh la aku n k.naimah aka k.nemo settle pasal poster n pamplet utk prgam baksis... semlm dah tmpah barng2 kat lab .. maklumla pgram hari jumaat ni dah .. so aku mintak permission izat utk pjam kete dia coz aku x mampu nak bw kete lg.. parents aku x bagi lagi .. so first tempat kitaorng , kitaorg g bank muamalat yg dpn megamall tu sbb enah nak ambik duit.. enah ni bendahari pgram ni.. ksian dia pening kpala nak fikir pasal duit... aku dah pesan kat enah kalu x ramai org aku dgn k.nemo akan tggu dlm kete ..


"tik.. tikk.." bunyi msg masuk * kalau aku bnyi enset lagu full , xdop la bunyi tik2 ni *

" aku kene isi borang dulu "


ok .. aku dgn k.naimah so decided utk p cari PKD .. PKD stand for pejabat kesihatan daerah .. kami berdua ni x tau kat mana tempat tu.. tawakkal jer laa.. pusing punya pusing .. byk kali gak la pusing tmpat yg sama xp still x jumpa... tiba2 enah msg " aku dah siap" ... so aku ambik kptsan utk ambik enah kat bank tadi.. lps ambik enah aku hantar dia balik JHC coz bro khairul nak jumpa dgn dia .. aku juz trnkan enah kat tepi KP.. sori enah .. aku terpaksa trnkan ko kat situ sbb nak cpt .. bus balik IMC kul 1.. sdngkan masa tu dah kul 12.15 tgh hari .. so kami punpusing sekali lagi jln gambut utk cari PKD .. last2 kami p kaunter beli tiket utk bertanya.. k.nemo la yg turun coz x dop stiker .. 6ti x pasl2 kene saman ..


" PKD tu kat sebelah sekolah teruntum" clue yg kami dpt..

" jom kita cr sekolah tu "

mengembara la kami sekali lg ke jln gambut .. last2 jumpa sekolah tersebut ..

" k.nemo sy dah jumpa PKD .. tu ada lambang bln sabit merah " aku terlebih excited maklum la dah penat time tu .. cmpur dgn lapar lg coz pg juz minum air milo sbgai alas perut ..


kami mencari tempat parking kete .. alhmdllah urusan kami d permudahkan..senang jer nak dpat parking ..


" sekarang mudah , tp utk dptkan semua tu x tau lg .. perlu layan kerenah diaorg plak "

" xper .. kita try yg terbaik .. dpt ke x terpulang .. yg pasti kita dah berusaha "


tiba di PKD ..........................................................................................................................


" sy pelajar kejururawatan tahun 2 nak dtg mintak pamplet dan poster dr pihak tuan "

" maaf org yg berkenaan tak ada .. mungkin kul 2 lbh br ada "


so , kitaorng terpksa dtg pulak kul 2 .. xp mana nak dpt kete ?? kete izat , dia nak guna .. aku plak x blh bw manual .. tu la mirah srh belajar xnk .. apa pun kami ambil keputusan balik JHC dulu coz dah nak dekat kul 1.. tiba kat JHC bus dah ada .. pesan kat kwn2 supaya ckp kat pak cik bus srh tnggu kitaorng ..


jam sdh menunjukkan kul 1.30 ptg .. aku br tiba kat mahallah .. angkut2 semua poster n pamplet dr OR ke surau .. nak bw kat bilik x larat dah .. dah la berat .. kesian kat k.naimah .. lps siap semua aku n k.nemo trus ke cafe .. bila tiba di cafe , aku rasa dah mcm x rasa nak mkn dah .. rasa letih menguasai diri ini ..


YA ALLAH kuatkan semngat aku .. org lain pun penat mirah .. byk jugak kerja nak buat .. nak submit assgment lg , CSPA lg ... jgn bg alasan semua tu .. tolong la fkir org lain jgk .. semua org penat .. aku memberi kata2 utk diriku ..


“ Mirah , awah bg pinjam keter dia.. kita kuar kul 2.15 deh “

“ sekali lg urusanku dipermudahkan ... so amirah , kamu jgn nak bg alasan penat “


Kul 2.15 ptg .....................................................

Aku dan k.nemo sekali lg ke PKD ....

Di PKD .............................................................

”Oh , adk xd ... org tu x der lg .. tp xper tinggalkn surat n contact no kat saya”

Time nak balik keluar seorg ppuan .. aku rasa bos kot .. dia Tanya kitaorng dr mana, nak apa .. so kitaorg pun jwb la semua soalan dia dgn baik sekali ..

“ adik nak poster n pamphlet pasal apa ?? nak berapa keeping “

Aku terpinga2 … x tau nak jwb .. baik betul auntie ni ……

Tiba2 ……………………………………………………………………………………………

Org yg urus pamphlet n poster tiba .. auntie tu bgtau

“ 6ti bg kat adk ni poster dan pamphlet pasal dengue n disease yg selalu happen kat org tua seperti hypertension, DM dan sebagainya ..

Sekali lagi urusan kami dipermudahkan .. Aku betul2 bersyukur kepadaMU ..

“ 6ti adik dtg ambik esk dlm kul 9pg “

Segala jasa pihak tuan , kami ucapkan ribuan terima kasih ..

Saturday, February 19, 2011

TIMETABLE, WEEK 11 (INCLUDING REPLACEMENT CLASS!)

MONDAY:
8.15-10.15 AM ANI-LH2
10.30-12.30 PM YVONNE-LH2
2-5 PM MONTHLY GATHERING-LH3
8-10 PM RKUD

TUESDAY:
8.15-10.15 AM KHAIRUL-LH2
10.30-12.30 PM DR AMINUDDIN NUR2244-LH2
2-4 PM PARENTING
4-5.30 PM RKUD
8-10 PM RKUD

WEDNESDAY
8.15-12.30 PM CSPA NUR2244/NUR2254 (KAMIL/YEE/NANI/ALI)
2-4 PM AISHAH-MASUK LAB BLAJA PASAL CHILD HEALTH DEVELOPMENT
8-10 PM PARENTING

THURSDAY
2-4 PM PARENTING
4-5.30 PM RKUD
8-10 PM RKUD

FRIDAY-SUNDAY
BAKSIS

bila difikir-fikirkan balik , jadi bdk nursing ni selalu bz ... xder masa nak berehat .. weekend kadang2 kene siapkan assgment .. xpun ada jer aktiviti yang di anjurkan oleh pihak kuliyyah .. apa pun sebagai bdk nursing kene la kuat .. xleh lemah semangat .. apa yang berlaku terima dgn seadannya ..isnin 28hb dah start posting ..

Wednesday, February 16, 2011

:: bercerita tentang jodoh ::


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.

"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"

"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"Maksud abang?"

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."

"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

Wasilah Memilih Jodoh

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."

"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."

"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"

"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.

"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."

"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

- Artikel iluvislam.com

di peti dr http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1683-bercerita-tentang-jodoh.html

:: visit old folk home ::





hari ini dalam kenangan .. kami bdk2 second year mengadakan lawatan ke rumah ehsan .. rumah ni terletak di dungun, terengganu yg mengambil masa lebih kurang 2jam dr uia kuantan ni .. sebenarnya lawatan ini utk subjek gerontology nursing .. belajar pasal org tua.. maklum la kita pun akan lalui saat2 ni jgk n sebagai persediaan utk clinical posting yg x sampai 2 minggu lg .. aish.. aku masih x bersedia pun lg utk posting kali ini ... mari kita lihat tentatif program hari ini ...


7.30 pg - berkumpul di CF SIS .. aku dah bersiap awal2 coz kene angkut brng2 utk diberi kat org2 tua disana..

8.30 pg - bertolak dr IMC ke rumah ehsan.. perjalanan memakan masa lbh kurang 2 jam.. penat kot ddk dlm bus .. rasa mcm nak balik kota bharu jer =)


10.30 pg - sampai di rmh ehsan .. pak cik bus tnggal bus kat umh ehsan sementara mereka berjalan2 sekitar dungun sambil menanti saat kami pulang .. kedatangan kami disambut oleh en faizal ismail .. bkn FBI ae.. nama jer sama .. kami di beri briefing tentang umh ehsan..


11.30 pg - kami menikmati jamuan rngkas dr umh ehsan .. mkn mihun cina + keropok + air tea.. best gak mihun dia .. rasa nak tmbah xp segan la pulak ..


12.00 pm - Kami melawat sekitar umh ehsan .. sambil2 tu kami melawat wad yang ada kat umh ehsan .. kat sini ada 4 wad.. 2 wad ppuan n 2 wad laki .. disana kami share pengalaman dgn diaorng .. ada yg menangis bila kami bersalam .. ada yg suka senang bg kerjasama.. sedih bila tgk mereka .. ada yg ank2 x ambil tau mak ayh diaorg ..


1.30 pm - kami mkn tgah hari .. rmh ehsan jgk sediakan lunch kami .. mkn nasi aym dgn air sirap ...

2.30 pm - kami kembali ke wad tadi xp ikut group.. aku kene wad D wad laki .. pada masa yg sama , aku kene uruskan souvenir utk warga rmh ehsan .. dlm beg 2 ada pamplet, biskuit n sapu tgn.. di kesempatan ini kami sekali lg berkongsi pengalaman dgn diaorg .. belajar cara2 utk berinteraksi dgn diaorng ..


3.00 pm - kami kembali ke cafe utk mkn .. mkn lagi .. mmg gemuk la aku kalau ddk kat umh ehsan .. oh , lupa nak bagitau yang warga kat sini diberi mkn 6 kali sehari n setiap 6bln sekali akn di tukar menu mknan .. aish .. aku mkn pun x sampai 6 kali ..


3.15 pm - ucpan penutup dr sis anis merangkap penasihat program n memberian cenderamata utk umh ehsan ..


4.00 pm - kami bertolak pulang ke kuantan .. singgah sekejap di masjid utk solat zohor dan asar ..


5.00 pm - sampai di balok .. ada org nak mkn keropok lekor .. so pak cik bus pun berhenti .. pak cik bus kitaorg sporting .. blh di buat kwn.. maklum la dah hari2 naik bus ke jhc.. ini lah kelebihan jadi bdk nursing .. hari2 berpeluang naik bus uia .. xyah ssh2 jalan kaki ..


6.30 pm - kami sampai di mahallah ..kepenatan xp kegembiraan mengatasi segala2nya (^_^)


apa yang aku dapat dr pgram ni adalah kita kene jaga parents kita baik2.. xsanggup aku nak letak mak ayh aku kat pusat jagaan org tua .. mak ayh dah penat membesarkan aku .. kini tiba masa aku mbls jasa mereka (^_^)