Friday, March 08, 2013

✿ Hikmah 5 sebelum 5 ✿







Pertamanya, sangat kagum dengan tawaduknya jiwa Che Amran dan isteri dalam mendidik anak. Setiap kali menghantar anaknya ke sekolah, mereka bersalaman, dan mencium kepala anak sambil mendoakan '"Ya Allah, faqihkan kami dalam agama MU dan ajarkan kami memahaminya. Ya Allah kayakan hati kami dengan ilmu, hiasi kami dengan lemah lembut, dan muliakan kami dengan taqwa dan cantikkan kami dengan kesihatan". Serta beberapa amalan-amalan lain. Hasilnya, anak-anak mereka cepat matang, mengurus diri sendiri bila keduanya tidak di rumah.

Kedua, kagum dengan Puan Isyah Radhiah (penulis) yang mengurus 8 orang anak tanpa pembantu, dengan suaminya yang sibuk mengadakan konsert di seluruh negara. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat phD di UKM. Sayang buku ini tak menyediakan profil lengkap penulis.

"Jangan harapkan sangat anak ini; dia tidak hidup lama. Kalau mengikut kata doktor veteran, elok dibawa melancong ke mana-mana, hiburkan hatinya. Biar dia menikmati kebahagiaan sisa hidupnya" - Harapnya rakan-rakan yang bakal bergelar doktor tak begini. Tak ada hati namanya.

Che Amran dan isteri telah menolak pembedahan membuang tumor di otak anaknya, menggantikan dengan perubatan alternatif. Ramai doktor tidak setuju dengan keadaan anaknya yang kritikal, malah saya sendiri. Tapi alhamdulillah, selepas beberapa bulan jalani rawatan, sebelah matanya yang saraf terganggu akibat tumor, pulih. 


p/s: thank pemberi buku .. sinopsis & pandangan dr pemberi buku