Saturday, August 08, 2009

wanita solehah menjelang alaf baru

Wanita , padanya tergambar segala kelembutan dan keibuan yang begitu dihargai . Walaupun di cipta dari tulang rusuk kiri , mereka turut mampu membantu setiap gerak kerja perjuangan suami , keluarga mahupun agama . Rasulullah pernah bersabda " bahawa wanita solehah adalah sebaik - baik perhiasan dunia " Aduhai , apabila membicarakan tentang wanita , puteri , perempuan solehah , pastinya mengimbau peribadi agung wanita pada awl syariat Islam . Siapa yang tidak mengenali Saidatina Siti Khadijah ??

Wanita gigih yang membantu dan mengatur perjuangan dari sayap kiri ? Bukankah peribadi Saidatina Fatimah juga turut mengambarkan ketabahan seorng ank n is3 yang redha dalam setiap ketentuan Tuhannya ? Tidakkah Masyitah , khadam Firaun , begitu harum semerbak seluruh petala langit lantaran cintanya kepada ALLAH .

Bagaikan sekuntum mawar , wanita solehah begitu di sanjung dan di hormati . Kuntuman akhlak yang mengembang harum menjadi seri diri apatah lagi di tambah dengan malu yang menjadi duri perisai mereka . Bertepatan lah dgn sabda Rasulullah ' Malu itu sebahagian daripada iman '.. Tidak seperti anggerik desa , terpingit indah tetapi tidak harum lantaran seri akhlak luntur dimakan mazmumah .

Namun mungkin kita teringat amaran Rasulullah yang menyatakan bahawa wanita adalah senjata syaitan . Benar , melalui wanitalah syaitan cuba menggoda manusia agar terkeluar dari landasan syariat tetapi masakan ini berlaku kepada wanita yang benar - benar mengikhlaskan diri kepada ALLAH manakan tidak ,syurga juga terbuka kepada golongan wanita . Malah , Saidatina Khadijah juga dinobatkan sebagai wanita penghulu syurga . Sementelah lagi , ALLAH , telah berfirman bahawa setiap lelaki atau wanita diganjarankan atas segala amalan yang telah diusahakannya .. Tambahan pula , peranan dan jasa seorng ibu yang semestinya seorng wanita diiktiraf dalam sebuah hadis yang bermaksud " Syurga itu di bawah telapak kaki ibu " . Nah , bukankah wanita solehah begitu dipandang mulia n dihormati masyarakat . Tidakkah peluang keemasan tersebut telah lama terbuka kepada kaum Hawa ?? Sama - samalah kita renung dan munasabbah diri ..

No comments:

Post a Comment