Monday, September 28, 2009

tip kekal hubungan


Sahabat orng yang paling rapat dengan kita bila berjauhan dengan family .. ada sesetengah org menjadikan sahabat sebagai tempat berkongsi msalah .. di sini terdapat tip kekal hubungan

1. Pandai simpan rahsia
Dalam sesuatu perhubungan persahabatan , kepercayaan untuk menyimpan rahsia adalah amat penting . Jangan siakan -siakan kepercayaan yang telah di berikan oleh sahabat kamu . Pasyikan kamu menyimpan rahsia tersebut dengan baik yang mungkin .

2. Tahan bergurau senda

Adat bergurau ada kalanya gurauan menjaddi terlebih sehingga boleh mengguriskan perasaan sahabat . Pastikan kamu dan sahabat saling boleh menerima gurauan itu dan berfikir sebelum ia berlaku .


3. Jangan terlalu mengkritik

Jika sahabat kamu melakukan kesalahan , jangan terburu - buru mengkritik atau memarahinya kerana kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul dalam semua hal . Sebaiknya jadilah sahabat yang yang memberi nasihat dan tempat sahabat meluahkan pendapat .


4. Jangan pentingkan diri
Sahabat yang baik tidak mementingkan diri sendiri , sebaiknya sentiasa membantu sahabtnya dalam apa jua situasi . Kamu sanggup mengetepikan kepentingan diri demi menjaga perhubungan persahabatn .

5. Terima kelebihan dan kekurangan
Terima kekurangan dan kelebihan seadanya kerana setiap manusia tidak sempurna . Kamu perlu saling melengkapi antara satu sama lain agar persahabtan lebih bermakna .

6. Usah di tanya tentang perkara negatif
Adakalanya perbicaraan kamu dengan sahabat menyentuh sensitivitinya . Seharusnya kamu bijak menyesuaikan tutur kata mengikut kata sehingga boleh memberi kesan kepada sahabat .

7 . Jangan burukkan sahabat
Janganlah kamu memburukkn nama sahabat dihadapan org lain . Ada masanya kamu beselisih faham dengan sahabat kamu , namun ingatlah jangan sesekali menghebahkan apa sahaja cerita buruk tentang sahabtmu itu ...


apa 2 pn kekurangan yang ada pada sahabt kita , kita terima la dengan hati yang terbuka .. sahabat yang baik akan menerima segala kekurangan yang terdapat pada diri kita .. saling membantu na sentiasa ada bila kita di timpa masalah .. walaupun sahabat tidak dapat menyelesaikan msalah kita namun kita blh mendengar msalah yang di hadapi . itu sudah ckup untuk meringankan beban yang di tanggung .. ^_^

No comments:

Post a Comment