Thursday, June 30, 2011

hepi time



Sebenarnya dah la dah nak buat perjumpaan ni .. dr dulu lagi.. tp x pernah pun menjadi .. al maklum la semua busy .. kadang2 cuti x sama .. semalam baru sempat berjumpa .. ni pun nurleen yang tolong handle .. nak harap aku mmg x dpt la .. org lain cuti aku berposting kat HOSHAS selama sebulan + 2 minggu kat klinik kesihatan .. harap kat nurleen je la sbb dia lama dah strt cuti .. mula –mula ingt nak jumpa hari rabu tp di sebabkan ada pblm buat la hari isnin .. nsb baik la aku dpt kete dr mak aku kalau x mmg x dpt jgk join .. aku ingt nak tumpang engku musfirah aka mussy .. dia ni bdk uia jgk tp ambik kos dentistry .. nak jumpa kat uia pun x semudah yg di sangka .. kalau jumpa pun kat café je .. dlm sebulan blh kira la berapa kali kitaorg jumpa .. last2 aku decide bw kete n ambik mussy kat umh dia .. nsb baik la otak aku ni msh ingt umh dia kat mana .. kitaorg cadang berkumpul kat kb mall .. kb mall lagi .. mmg x der tempat lain la nak jumpa .. tp sebosan2 aku kat kb ni msh byk shpping complex kat sini berbanding dgn kuantan yang hnya ada berapa jer .. tu pun aku selalu g ecm jer .. mega aku jarang pergi coz tmpat dia x menarik perhatian aku .. hahaha ..

Kul 10.30 aku dah sampai kb mall .. janji kul 11 .. sajer dating awal sbb aku mls nak tempuh jem .. kb ni jem jgk .. tambah2 akhir bulan … gaji masuk .. lagi la ramai .. bdk u pun tgh cuti sekarang .. ramai la jgk yang dtg utk dating , berjumpa kwn lama .. tggu punya tunggu last2 aku dgn mussy ambik keputusan g round2 dulu .. masuk popular , muda osman .. sampai x tau nak g mana dah .. ikut jer kaki p mana pun .. dlm pukul 11 , nmpak ashyikin aka kay dtg .. wah lain benar dia sekarang .. dah matured sikit .. tp peragai still ttp sama … lepas tu , nurleen dgn wawa dtg .. kecoh la kejap .. biasa la dah lebih 4 tahun x jumpa .. mcm 2 la citer yang keluar .. aku pun msg halwani aka wani .. dia tgh praktikal sekarang tp still nak join kitaorg jgk .. aku dah bgtau lps ni kitaorg nak jumpa balik time raya sbb ainaa n izyani kitaorg x jumpa lagi ..



Lepas wani dtg , dia terus ajak kitaorg mkn kat noodle station level 3 dekat dgn tempat bowling .. aku first time makan kat sini .. aku order mango apa entah .. punya lah besar bekas dia .. minum 5 org br hbs .. kenyang dgn air jer .. nsb baik la x tempah mknan kat sana .. kalau x confrm la xhbs aku mkn .. nsb la saper dpt aku .. kene hbs kn mknan aku la jwbnya lps ni .. masa mkn ni keluar la semua citer .. dr a smpai z.. x hbs – habis bdk2 ni ddk tnya aku saper si dia itu .. xper kwn2 6ti sy kenalkan kat kwn2 semua ae.. bdk2 nursing pun bkn semua yg knl .. ada sesetengah jer .. tu pun sbb terserempak kat ecm .. ki2..



Dalam kul 1.30 br la kitaorg keluar dr tempat mkn .. 2 pun sbb wani nak kene masuk office kul 2.. tp selamba jer dia .. smpat lg singgah menyinggah kat kedai baju .. lps masuk kedai msuk kedai lain pulak .. bkn nak beli pun tp nak cuci mata .. nak beli x mampu lg sbb xder duit .. tggu la kerja dulu .. sekarang msh d bwh tanggungan mak ayh lagi .. dekat kul 2 lbh kitaorg pun undur diri nak balik .. harap2 lps ni dpt jumpa korng lagi ..



*akibat lari dr kerja , kereta wani kene kunci tayar .. kesian kat dia *

Monday, June 27, 2011

Bila lelaki kehilangan tulang rusuknya

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

alt

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??



http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2813-bila-lelaki-kehilangan-tulang-rusuknya.html

cuti kali ini

berkerja ???

jadi suri rumah ???

bersenang lenang di rumah ???


di saat org lain sibuk nak berkerja , aku x der pun perasaan nak berkerja .. tambah2 bila mak aku ckp

" nak keje apa sebulan ni ?? bln puasa x yah keje la .. penat .. baik rehat je kat umh "

so mmg x berkerja la aku .. masa aku 2 bln setgh ni nak enjoy kat umh .. rhat sepuas hati ...

tiba2 .....

nenek aku col aku ajak p KL ahd ni .. dia mintak tolong jaga cousin aku sbb aunty aku br jer lahirkan baby baru .. yea .. aku dapat cousin baru .. lelaki pulak 2.. nama x tau lg .. nak x nak , aku kene p la sbb mak ayh aku dah book tiket dah pun .. kat sana 6ti aku blh la apply apa yg aku pelajari kat klinik kesihatan hari tu .. untung jgk la ambik nursing .. xyah ssh org ambik upah utk jaga kita .. ahli keluarga sendri pun blh jaga ...

banyak plan aku nak buat time cuti ni tp terpksa di batalkan gara2 aku kene p KL .. takut jgk hdp aku bosan ddk sana .. maklum la bkn rumah sendri .. xper la .. aku ikhlas p sana .. mana tau kot2 lps ni aku ada kesusahan , aunty aku blh tolong .. *kot2 lps tgk aku jaga baby tiba2 dpt kawin* .. hahaha.. ;p

aku sebenarnya dah rndukan kwn2 aku kat uia .. teringat gelagat mereka kalau time2 ni .. suka sgt .. ssuh senang bersama2 .. =)

Wednesday, June 15, 2011

detik terakhir sebagai 2nd year student

ni merupakan minggu terakhir aku posting sebagai bdk nursing 2nd year .. bln 9 ni dah naik 3rd year .. 3 rd year sgt2 yg " kami " tunggu ... hihihi.. Alhamdllah segala2 nya berjalan dgn baik walaupun timbul masalah dlm posting .. biasa la bila hidup di tempat org kene la ikut cara pengurusan mereka ... minggu lps aku dekat bunga raya .. wad 1st class.. tp ada jer wad 3rd class pun .. suka ddk wad ni sbb staff nus semua baik2 jer .. banyak ajar kitaorg .. bagi ubat .. apa yang kitaorg tanya diaorg akn jwb dgn baik .. macam ni la yang kita nak .. bkn nak marah2 .. kitaorg ni masih dlm learning process .. banyak benda yang kitaorg x tau .. apa yang kitaorg belajar kadang2 x di apply sgt .. tgk keadaan la mcm mana .. kali ni kebanyakkan yang masuk sini org2 tua .. pagi2 kene mandikan diaorng .. tp x kisah pun sbb family diaorng tolong sama .. saling berkerjasama.. ini yang kita nak .. bkn nak mengharapkan kitaorng .. aku x ksh pun tp family pun kene blajar jgk sbb nanti dah balik umh , diaorng yang akn ambil alih tugas2 mcm ni .. tp posting kali ni aku mmg betul enjoy .. family patient semua baik2 .. aku rasa mcm di hargai .. setiap kali buat sesuatu , akn ada pengakhiran " terima kasih banyak2 adik .. mintak maaf la sbb menyusahkan adik " .. rasa sgt di hargai .. kami x mintak pun wang ringgit, atau balsan lain cukup la dgn ucapan " terima kasih " dah rasa diri di hargai ..

minggu ni aku posting kat K12 , medical male .. kalau sblm ni aku kat wad yang tak busy , berlainan pulak dgn wad kali ini.. mmg betul2 busy .. ada jer kerja nak kene buat .. dah nama pun medical wad .. jarang sgt kalau x busy .. semalam aku rehat dgn che ana kul 1 ptg .. x pernah lagi aku rht lwt mcm ni .. punya la lapar tp kene tahan gak la sbb nak siapkan kerja .. dgn semalam 2 org patient meninggal dunia .. lg la kalut .. tp aku x buat la LO coz aku x perasaan pun ada patient meninggal .. tgk2 dah siap buat ... bdk laki la yang buat .. bgs btl diaorg .. kalau posting pagi mmg x sempat rest .. better breakfast dulu sblm masuk posting =)

Thursday, June 02, 2011

wad kanak2

esk last aku posting kat wad kanak2 .. tp posting aku masih lg berbaki 2 minggu .. semuanya kat temeloh .. nak x nak aku kene terima la .. sebelum ni aku dah dgr yang sister wad ni strict sikit .. sister T namanya .. kalau ada yg pernah posting kat sana tau la .. aku yg dgr pun takut nak masuk .. dah la wad kanak2 .. lg la mencabar .. tp wad ni wad medikal kanak2 .. mcm biasa first masuk , kene orientasi

kwn aku pesan " korg kene tgur dia dulu jgn smpai dia tgur korng " .. so abdullah la yg tgur dia dulu .. nsb baik la mood dia ok .. kalau x , xtau la mcm mana .. masa orientasi mcm2 yg dia bgtau pasal rule n regulation kat wad ni .. salah satu yg aku ingt " korng jgn guna barangan hospital , kalau sy nmpk korg pakai glove hospital , sy x teragk2 srh awk byr rm10" .. Ok fine .. tp pt dia jgk .. kita dtg posting nk belajar .. aish .. ssh la bila ada sister mcm ni ..

cuma satu jer aku suka sister ni .. dia pg2 dah tegur pt .. tp malangnya suara dia kuat kot time tgur .. kalau aku ni pt kat wad tu mmg la terkejut giler.. dia tgur pt dpn , kat belakang pun dgr .. plez la mana dia cr communication skill anda ??? x belajar ke sblm ni ?? kalau belajar xkn la communicate mcm tu dgn pt .. apa salahnya p kat katil pt touch pt jgn ckp dgn mulut jer .... satu lg yg aku x berkenan , jgn la marah staff , student dpn pt or relative .. x proper namanya .. kalau diaorg bt salah tegur la baik2 .. bkn dgn cara tinggikn suara ... LP kitaorg pun sister jgk .. tp x der la nak marah2 mcm dia .. tgur pun dgn baik .. kn senang mcm 2.. org pun suka kat kita .. x der la nak kutuk2 .. aish ini la manusia bila x der ilmu communication yg betul .. tau dia jer berkuasa .. cpt la esk .. aku dah penat dah posting kat wad ni ..