~ baby bersama si ayah ~
nampak kekok abg jijul pegang baby (^_^)
~ baby sedang tidur ~
~ si ibu bersama anak ~
i'm officially menjadi mak cik .. rasa mcm dah tua jer panggil mak cik .. Alhamdulillah cousin saya dah selamat melahirkan seorg baby lelaki yang comel .. like mother like son .. thank buat umi D dan papa (uncle) yang sudi menghantar msg gembira ini .. semangat diaorg msg bgtau .. saya siap request lagi dgn papa nak tgk gmbr cucu sulung dia ni .. maklum la saya kat kuantan , mereka kat kl .. jauh jugak kalau nak pergi melawat .. tambah2 time posting ni .... tahiah buat kak mimi dan abg jijul .. selamat mendidik mujahid ni menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat ..
Teringat time posting kat labour sem lps .. dapat menyaksikan detik2 kelahiran seorg baby membuatkan ku lebih menghargai seorg ibu .. bukan senang seorg ibu nak lahirkan anak ni .. 3 bulan pertama si ibu mungkin mengalami alahan yang teruk .. bila tanya classmate saya awah dengan nurus , mereka pun tak ketinggalan alaminya .. awah time pregnant adalah time kitaorg posting kat temerloh .. saat2 tu hanya kawan2 yang ada .. suami berkerja di Terengganu .. nsb baik mereka berdua ni kuat utk hadapinya .. tu baru 3 bulan pertama .. 9 bulan mereka membawa anak mereka dalam perut .. walau sepenat mana pun mereka , jarang saya dengar mereka mengeluh .. maklum la excited nak dapat anak sendiri .. anak pertama .. mungkin ini perasaan yang sama cousin saya alami .. kadang2 hampir 12 jam si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan mujahid/mujahidah mereka ... penat tak yah nak kata la .. saya yang tengok pun kesian ... kepada suami dan bakal2 suami sila la berada di sisi isteri di saat2 mereka melahirkan anak anda .. walaupun anda tidak dapat merasai kesakitan itu , tetapi bagilah sokongan moral kepada mereka .. mungkin lps anda tgk , anda akan lebih menghargai isteri dan ibu anda (^_^)
p/s : next week masuk labour room lagi .. harap2 dapat tgk baby yang lahir secara pembedahan ...
No comments:
Post a Comment