Banyak sekali hadis Rasulullah s.a.w tentang kemurahan hati wanita ; ada yang mengajak bersikap pemurah dab berderma ; ada yang memuji dan sebagainya . Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa para sahabat menyembelih seekor kambing .
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya 'Apa yang tersisa darinya ?' Aisyah menjawab " Tidak ada yang tersisa melainkan baunya" . Rasulullah s.a.w membenarkan " Bukankah yang tersisa adalah seluruh dagingnya selain baunya " ?
Dengan ucapannya itu , Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada keluarganya bahawa apa yang mereka dermakan , pahalanya akan kekal sampai hari kiamat , sementara yang tersisa di dunia , kemudian mereka memakannya , maka pahala mereka tidak akan bermanfaat di akhirat . Ini adalah isyarat yang sangat mulia agar sering bersedekah untuk meraih keredaan Allah .
Moral Sirah
Rasulullah s.a.w pernah bersabda daripada Abu Hurairah maksudnya : Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang . Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menanbahkan kemuliaan baginya . Dan sesiapa yang bertawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya . ( Sahih Muslim ) .
Ini menunjukkan bahawa tangan yang menghulurkan berbanding yang menerima sangat disukai oleh Allah . Sikap bantu - membantu itu mencerminkan ketinggian nilai keperibadiaan seseorang .
Dalam satu peristiwa , Nabi pernah memberikan baju yang baru beli dan di pakainya apabila didatangi seorang lelaki arab meminta baju itu daripada baginda . Sikap pemurah rasulullah itu patut kita contohi .
Jadi kita masih boleh bersedekah dari segi tenaga , ilmu mahupun buah fikiran . Bukan semua orang yang berilmu itu kaya tetapi kita masih boleh bersedekah melalui ilmu untuk kebaikan orang lain
No comments:
Post a Comment