Monday, January 16, 2012

✿ Nilai sahabat ✿


Sahabat dan persahabatan adalah dua perkara yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Setiap insan memerlukan sahabat. Sahabat yang sentiasa bersama dalam keadaan susah senang. Mustahil seseorang itu dapat hidup tanpa adanya insan yang bergelar sahabat disisi mereka. Ikatan persahabatan pula adalah ikatan yang amat bernilai sekali berbanding dengan wang ringgit jika kita tahu menghargainya . Tetapi sayangnya ramai yang tersilap memilih sahabat sehingga membawa kerosakan kepada diri sendiri.

Dalam memilih sahabat, apakah perkara utama yang harus diutamakan ?? Adakah rupa dan harta ?? Jika itu yang menjadi ukuran dalam memilih sahabat , sudah pasti persahabatan itu tdk akan kekal. Sebaliknya jika hati budi , kejujuran dan keimanan yang ada pada seseorg dijadikan ukuran dlm memilih sahabat insyaALLAH ikatan persahabatan itu akan kekal buat selama2nya . Keimanan yang ada pada diri seseorg yang ingin dijadikan sahabat amat penting sekali kerana sahabat sejati bukanlah sahabat yang hanya dapat memberi kegembiraan dan keseronokan kepada kita dia atas muka bumi ini semata-mata sebaliknya mereka akan membimbing kita utk mencapai kejayaan di akhirat kelak .

“ perumpamaan teman bergurau yang baik dan jahat ialah bagaikan pedagang minyak wangi dan tukang besi , bila berteman dengan pedagang minyak wangi engkau akan memperoleh salah satu dari dua kemungkinan : iaitu andai tidak membeli minyak wangi tersebut paling tidak engakau akan mendapat (terpercik) oleh harum minyaknya . sedangkan jika engkau berteman dgn tukang besi engkau akan memperoleh salah satu dari dua kemungkinan : iaitu badan dan pakaianmu akan terkena percikan api atau engakau memperoleh bau yang kurang enak ( al-Hadith).

Dalam hubungan persahabatan pula , jika keamanan kepada ALLAH menjadi teras utama insyaALLAH hubungan itu akan kekal dan mendapat rahmat serta keredhaan dari ALLAH. Maksudnya disini jika kita bersahabat dgn seseorg kita mestilah saling nasihat menasihati , saling tegur menegur jika ada yang melakukan kesilapan serta saling bombing membimbing ~ mcm pesanan awk semlm ~ . InsyaALLAH jika kita sering mengamalkan perkara diatas kita dapat merasai apa itu nilai persahabatan yang sebenar (^_^)

Semoga menjadi dan dikurniakan ALLAH sahabat yang dapat membimbing ke jalan yang benar .


Sahabat adalah seperti pasir-pasir di pantai . Sahabat sejati adalah mutiara diantara pasir2 itu .



Kadang2 kita tak fikir ada sahabat yang terguris hati dgn perbuatan kita .. kita punyalah sediakan apa yang dia mahu last2 dia mengecewakan kita ... ~ kata2 dr seorg sahabat~



No comments:

Post a Comment