- di klinik-
First day kami , kami pakai uniform .. macam biasa la mula2 kami diberi orientasi tentang RSK ini .. apa itu RSK, carta organisasi dan aktiviti2 yang biasa penghuni buat .. maklum la time yang kami pergi ni time bulan puasa .. nak buat aktiviti berat2 mmg tak boleh la .. hari2 lain kami diberi kebebasan untuk berpakaian bebas dengan syarat menutup aurat dan berseluar.
- kene berbincang aktiviti2 yang ingin dilakukan sepanjang kami berposting disana -
Antara aktiviti yang kami adakan sepanjang berada di sini
1- kami belajar membuat kraftangan .. bekas untuk mengisi biskuit2 raya .. maklum la time ini tengah puasa.. dah nak raya dah .. hasil2 buatan ini akan dijual kepada orang ramai .. aktiviti2 ini melibatkan kami dan penghuni RSK yang berminat ..
2 - tarian poco2 .. tarian ini diajar oleh guru dari UPM setiap hari pagi khamis kalau tak silap ..
3- sharing moments .. Hati ini tersentuh tak kala mendengar cerita penghuni di sini .. Tak terbayang rasanya dihati ini jika kita di tempatkan disini suatu hari nanti .. Jauh di sudut hati , saya berdoa agar kita2 semua dijaga dengan baik oleh anak bila kita tua dan sakit nanti .. Menitis air mata penghuni bila menceritakan sebab mereka berada di sini .
4. membuat kad raya.. Alhamdulillah sambutan yang menggalakan dari penghuni .. kami membantu mereka mereka untuk membuat kad raya ..ada yang berniat untuk memberi kepada anak, saudara dan juga sesama rakan ..
Apa-apa pun kami sangat enjoy berposting disini ..Apa yang kami belajar adalah erti syukur kerana dikurniakan keluarga yang dapat menjaga dan mendidik kita supaya menjadi insan yang baik .. hargailah ibu bapa kita yang telah penat lelah membesarkan tanpa kenal erti penat. kisah2 hidup mereka dapat kami ambil ikhtibar untuk dijadikan pengajaran dalam menghadapi masa2 yang akan datang..
- kami bersama lecturer sr munirah -
No comments:
Post a Comment