Tuesday, May 24, 2011

K1

Kali ni aku berposting dgn org yg nama dia huruf S n T .. sepatutunya wadmate aku mcm biasa la .. dolah, akmal, awang n naqie ..org2 yg nama huruf A .. tetapi memandangkan wad ni wad perempuan .. ala wad sakit puan atau lebih dikenali sebagai wad gynae , so sister meriati tukar diaorng ke wad K12 , medical male .. ha2.. nak tak nak terpaksa la diaorg berposting kat sana.. kalau diaorg ddk gynae pun bkn blh bt kejer pun .. pt kdng2 refuse utk benarkan bdk laki msk tgk .. kalau aku jd pt pun aku xnk DR n student laki yg tgk .. cukup la student perempuan .. nak belajar tggu la kalau dah kahwin 6ti .. pada mulanya diaorg xnk terima pun .. biasa lah laki2 .. excited la bila nak beljar bab2 mcm ni .. betul x apa aku ckp ni ??? walaubagaimana pun diaorg kene terima apa yg sister meriati bt ..

Ni kali kedua aku berposting di sini.. dlu tukar dgn awah sbb awah pregnant .. kali nama aku mmg kene posting di wad ni .. masuk2 wad tgk2 juz ada 2 org pt .. x mcm time aku berposting dgn k.naimah penuh wad .. pass report pun x dpt coz 6.50 dah pass .. bkn slh kami dtg lwt .. mmg dah awl la 2.. tgk2 pulak dua2 discharge .. aish .. mmg x der kerja la jwbnya .. g mari.. g mari .. xtau nak bt apa .. nak baca bht pt pun x dpt coz semua data pt dlm computer .. nak buka bkn blh main buka jer coz kene ad ID n password .. mmg x der keje la.. ddk berbual dgn patient je la.. ada baik n buruknya guna “HIS” ni …mgkin senang kerja DR coz dah x pyh nak sshkn tgn utk menulis juz taip jer .. maklum la sekarang dunia IT .. semua org pandai guna computer .. bagi yg x pndai cnfrm la kene belajar .. kalau x mcm mana nak bt kerja .. Tp bg student ssh la .. semua bergantung pada arahan staff nurse atau DR .. kita mmg x dpt nk recheck balik .. apa pun kene berhati-hati la ..=)

Wednesday, May 18, 2011

day 7

hari ini dah masuk hari ke 7 aku berposting di KK Beserah .. cepat betul masa berlalu … tapi aku masih tdk sabar utk pulang ke rumah bercuti bersama keluarga walaupun kadang2 aku berasa bosan di rumah sebb parents , adk2 aku pagi2 dah turun umh utk ke sekolah .. sebosan – bosan aku kat umh lagi bosan aku kat sini .. balik posting tido , online .. tu jer keje aku sekarang .. nak study ?? xder xam .. lgpun semua nota2 aku , aku dah smpan dlm stork at bilik M3 4.3 .. maklum la kene kosongkan bilik sem .. sebelum ni x pernah pun bt .. berbalik pada posting aku kali ini , aku , n kawn2 dapat p sekolah hari ni .. ada program school health .. juz saper yang posting kat beserah jer dapat pergi .. syukur sgt2 .. ada jgk kelebihan org nama mula2 ni .. thank jgk kat Abdullah aka Dolah coz ssh payah arrange van .. kalau x dpt van mmg x dapat pergi la kitaorg ..

kitaorg bertolak dr KK dlm kul 9 pg coz staff nus yg pergi kene prepare vaksin utk bdk2 darjah 1 … dlm kul 9.30 pg kitaorg sampai kat SK Panching .. so far .. Sister Judy pun ikut kitaorg jgk .. aku , k.ayu , naqie dgn awang pergi kat taska .. lupa nak bgtau yang skolah tu ada kls pra sekolah .. kat sana kitaorg check kuku, rambut , n bagi ubt cacing .. ubt cacing dia comel la… dlm tablet mcm vitamin C .. siap perasa coklat lagi .. tak pernah aku tgk sblum ni .. apa yang lucu kat sini bila staff nus Tanya saper ada kutu ?? ramai yang jwb sy ada .. sy ada .. aish .. bdk2 ni fhm ke x kutu tu apa … nak tergelak aku kat situ .. cikgu diaorg garang laaa.. takut gak aku .. tp fhm2 jer la bdk2 ..mana nak dgr ckp .. kalau snyap pun kejap jer .. lps tu bising balik .. lumrah la 2.. lps siap cikgu dia srh bdk2 ckp “ terima kasih misi “ dlm nada upin ipin .. comel betul .. semangat diaorg .. =)

lps 2 kitaorg balik semula kat tempat bg imunisasi .. time 2 fadilah tgh tgk cara 2 bg injection kat bdk2.. sis judy srh aku bt .. tp lps naqie br aku bt .. takut kot .. getar tgn aku .. bkn apa aku jenis yg takut nak cucuk2 org ni .. takut diaorg sakit .. Pelbagai reaksi yang mencuit hati di tunjukkan oleh bdk2 ni .. ada yang teruja utk disuntik dan ada juga yang menangis ketakutan .. Maklum la ini merupakan pengalaman pertama bagi diaorng … Bdk2 ni dapat suntikan Difteria & tetanus . Sebelum bg injection , kitaorg bg OPV dulu .. nsb baik la bdk yang aku cucuk bg kerjasama yang baik … x bergerak2 .. kalau x ssh jgk aku nak cucuk .. mcm yg terjadi kat patient kak ayu .. jarum dah masuk tp dia struggle .. so jarum keluar n x dapat cucuk .. staff nus pun try dan dia pun struggle jgk .. juz dapt cucuk sekali jer … lps tu bdk 2 menangis2 .. aish .. hero pulak yang ngis .. heroin x pun … lps jer bdk ni menangis , 2 , 3 org bdk2 menagis jgk .. badi ke ni ?? tp walaupun ngis bdk2 ni ok .. x der la nak bergerak2 sgt .. tahan jer .. bdk ni mmg x mkn pujuk .. punya la kitaorg pujuk x dpt .. aku pujuk jgk .. tp lama2 x leh sabar … aku biar jer .. 6ti kang x pasal2 ada yg nak kene dgn aku .. jiwa aku bkn utk menjadi seorg guru .. aku blh nak pujuk org tp kalau hari2 mcm ni blh msk hospital sakit jiwa .. mgkin btul org cakap yg cikgu paling byk msuk wad bahagia .. tension dgn bdk2 kot .. last2 mari cikgu dia .. garang kot .. baru la dia bagi .. cikgu dia ckp “ bdk ni paling nakal dlm kelas “ .. nakal tp penakut .. ada jgk mcm tu ae .. apa pun aku enjoy hari ni .. best2 posting community ni .. xder tension sgt … tmbh2 dapat CI yg sporting mcm sis judy .. lps hbs pgram Sis Judy belanja kitaorg n driver mkn lunch kat kedai .. thnx sister .. esk nak g home visit pulak =)

Wednesday, May 11, 2011

2nd day at kk beserah …




2nd day at kk beserah …

Kerjanya sama dgn dgn first day kat sana .. timbang , ukur n layan baby .. xder banyak bezanya .. Cuma hari isnin ramai patient yang mengandung … ada ibu yang pertama kali mengandung , ank kedua, ketiga dan seterusnya … biasa kalau mak yg pertama kali mengandung paling byk bertnya .. maklum la x pernah ada pengalaman sebelum ni … mgkin kalau yang tahu pun melalui bacaan , pengalaman dr org yg pernah mengandung … apa yang aku dpat hari isnin ni


1. Belajar pasal air ketuban ..Air ketuban memiliki beberapa peranan yang penting diantaranya melindungi bayi dari trauma, terjepitnya tali pusat, menjaga kestabilan suhu dalam rahim, melindungi dari infeksi, membuat bayi bisa bergerak sehingga otot2nya berkembang dengan baik serta membantu perkembangan saluran cerna dan paru janin. JM ckp kalau air ketuban dah keluar cpt2 p klinik atau hospital yang terdekat .. =)


2. Pasal makanan time pregnant … Ramai patient yang x makan vitamin yang diberi pihak hospital .. katanya pahit la, x ingt la, sajer malas makan .. wahai patient2 kat luar vitamin yg diberi baik utk ibu .. bkn sajer – sajer bagi .. kalau xnak mkn , baik ckp awal2 xyah membazir duit kerajaan utk bg ubt =)


3. Susu … ada sorng patient aku ni mengandung anak pertama .. usia dia tua 3 thun dr aku , 25thn .. dia jenis x minum susu .. katanya susu akn buat dia muntah .. kesian jgk kalau nak paksa dia minum susu .. so JM hayati atau kitaorg panggil Kak Ti suggest kat dia srh ambik yogurt tp malangnya patient ni pun x leh telan yogurt .. kalau aku air yogurt blh minum tp yogurt aku mmg x makan .. yes .. aku dah jumpa org yang sama dgn aku .. x minum susu .. aku bau susu pun rasa nak muntah .. apatah lg srh minum … tp aku x der la seteruk mcm patient ni .. milo cmpur susu pun x minum .. aku go on jer .. jgn bg susu tepung pure dah la… sah2 aku x minum .. so kak ti srh dia mkn cheese dgn roti utk dapatkan kalsium .. calcium ni penting utk pembentukan baby .. aku dgr je la apa yang kak ti bgtau kat patient sambil2 belajar bg health edu kat patient ..


Masa bersalin .. yang ni aku mls citer coz aku sendiri x dapat bayangkan time tu .. masa kak ti citer aku dgr jer .. kalau ditanya perasaan aku time tu mestilah takut , gerun .. tp aku bt rilex jer dpn patient.. x nak bg patient pun takut jgk …


So apa yang aku dapat kat klinik ni mmg betul2 best .. aku enjoy disini berbanding di hospital .. walaupun aku x belajar lg subjek OnG tp ilmu yg aku dpat agak byk .. (^_^)

4.

Tuesday, May 10, 2011

(^_^)

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.


Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.


Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.


Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.


Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.


Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.


Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.

Yg Benar,

Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

Monday, May 09, 2011

first day di KK beserah


hari hari pertama , aku berposting di klinik kesihatan beserah ... wardmate aku kali ni 4 org hero mcm biasa akmal , naqie, awang n dolah beserta 5 org heroin termasuk aku .. fadilah, k.ayu, ana n anum .. kali ni kitaorng ke sana naik van jer .. nak naik bus tkut mbzr pulak minyak bus .. kang x pasal2 yuran pengajian lg bertambah ... KK ni kene pndah coz ada mslh kulat ke apa entah .. so dia bt la bangunan sementara ... mula 2 masuk kene tunggu jgk la .. mcm biasa la kene jmpa sister dulu .. tp sister x der pun so tnggu DR kot .. dia ckp kitaorg x leh posting kot sbb tmpt limited .. nsb bek sis Judy dtg bw surat .. mintak surat dgn kitaorng mana ada .. jdual posting ada la.. thnx sis Judy .. mula2 kene orentasi .. bilik ni bilik saringan , bilik ni bilik ibu n anak , bilik ni .... bla, bla,bla ... aku kene jaga kat bilik no 2 dgn ana .. bilik ibu dan anak ... mula2 masuk x tau nak buat apa .. jd mcm tunggul jer .. tggu n lihat .. tarik langsir utk privacy .. lama2 baru kitaorg buat keje .. timbang , ukur pjg , ukur lilitan kepala bby .. best2 .. staff nus dah lps kitaorg bt bnda ni.. asal bby msk jer , kiatorg la buat kerja tu .. bak kata staff nurse normah " adinda-adinda ku ada kat sini blh la bt " .. apa yang aku dpat hari ni :



1. kepada pt2 sila la pakai pakaian yang sesuai bila dtg klinik .. jgn la pakai seksi2 .. kesian kat suami kamu yg kene tanggung semua tu .. ni klinik bkn tmpt nak berhibur ..



2. perlu ke isu family planning ??? setiap kali pt dtg mesti akn ada soalan psl family planning ni .. even anak sulung ... " puan blh dah strt rancng ni .. kita ada pil perancang , implan n so on " .. aku teringat kisah Dr Farhan dlm novel tulisannya denyut kasih medik yang HO kene bg health education pasal family planning ni .. kini situasinya aku tgh rasa .. kan lebih baik ckp kat pt " " puan , apa kata puan bg anak puan breast feeding sampai umur ank puan 2 thun .. " kan breast feeding juga slh satu kaedah family planning .. lg jimat .. free of charge .. xyah la nak membazir duit pergi beli pil la , apa la.. kesan sampingan pun tak der bila breast feeding .. kalau ada yang bg alasan berkerja , x dpt diterima .. inu blh jer pump susu n simpan dlm peti ..



3. dtg la dgn suami ... kalau suami bekerja mmg xdpt nak tolong la.. tp kan bgs kalau suami ambik cuti utk turun bersama2 dgn isteri p buat pemeriksaan kat ank .. blh la jgk dgr apa yang kitaorg nak bgtau .. ni x kebykkan isteri jer yang dtg .. kalau suami n isteri dtg bersama blh la jgk saling ingt mengingati antara satu sama lain .. biasa la manusia ni mudah pelupa .. kene ada org yang tolong ingatkan ...



4. penuhkan ilmu di dada sebelum kahwin n dapat anak .. jgn main redah jer .. jaga ank baik2 .. bkn buat anak mcm anak patung ..



5. dgr ckp nurse .. ni x mcm2 alasan dia bg .. aish .. bby 6 bln mana blh bg air glucose .. kang manis tu ..