Friday, May 11, 2012

✿ jururawat ✿

Kenapa tarikh 12 Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Jururawat Sedunia ?

Florence Nightingale - 1820-1910 M (Tokoh Jururawat British )

Dunia barat berjaya mendapatkan tarikh ini sebagai tarikh penting bagi pengamal kerjaya kejururawatan bersemperna dengan tarikh lahir Florence Nightingale.

Florence Nightingale telah diwarwarkan sebagai tokoh jururawat duni yang tersohor dan dikenali dimana-mana. Beliau dilahirkan di lahirkan di Itali pada 12 Mei 1820 sebelum bertugas di England. 

Anak warga British kelas atas ini lebih dikenali sebagai " The Lady With the Lamp" kerana berkerja gigih termasuk sebelah malam bagi merawat askar-askar British yang luka ketika perang. Belaiu juga telah mengasaskan Pendidikan Kejururawatan secara professional di St Thomas Hospital , London pada 1860 . Beliau meninggal dunia pada tahun 1910. 

Adakah anda pernah mendengar nama Rufaidah binti Sa'ad ? 

Nama Rufaidah Binti Sa'ad mungkin tidak semasyhur seumpama tokoh- tokoh Muslim yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina dan Abu Qassim Az Zahrawi tetapi Rufaidah sebernanya memberikan sumbangan yang cukup besar di dalam dunia perubatan Islam. 

Rufaidah Binti Sa'ad adalah merupakan jururawat pertama di dunia Islam dan dunia perubatan sebenarnya . Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbanganya yang merawat para tentera British , seharusnya kita sebagai muslim menyanjungi dan menjadikan Rufaidah sebgai ikon seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun lebih awal sebelum Florence Nightingale. 

Nama penuh beliau ialah Rufaidah binti Sa'ad al Aslami merupakan suku Khazraj di Madinah . Beliau telah dilahirkan di Yathrib, Madinah sebelum tahun hijrah dan merupakan di antara penduduk Madinah yang petama memeluk Islam. 

Apakah keistimewaan Rufaidah ?

Beliau merupakan seorang jururawat cemerlang yang telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan eorang doktor di Madinah pada ketika itu . Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya. 

Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa. 

Diantaranya : 

1. Seorang yang sangat baik , dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi 

2. Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang baik .

3. Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengan jururawat lain yang berkerja bersama-samanya.

4. Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja , malah turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi. 

5. Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja . Sifat "peduli ummah" yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. Beliau bertindak sebagai seorang aktivis sosial yang gemar ambil peduli dan menyelesaikan masalah masyrakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial dikalangan masyarakat.

6. Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin hidup wanita istimewa ini. 

Apakah pengiktirafan Rasulullah kepadanya ?

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu barisan pejuang di Rasulullah SAW. Ketika Kota Madinah menjadi sebuah Negara Islam yang mengalami banyak proses perkembangan kemajuan , Rufaidah telah mengabdikan dirinya untuk merawat orang ramai yang sakit . Sebuah khemah perubatan telah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana aman. 

Manakala ketika perang badar , Uhud , Khandaq dan Khaibar , Rufaidah sentiasa bersedia dibarisan belakang sebagai aktivis perubatan dan merawat tentera islam yang tercedera. 

Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh beliau. Semasa perang Khandaq , Panglima Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya pahlawan yang berani itu dirawat oleh Rufaidah .

Dengan kepakaran yang dimili , Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di tangan Sa'ad Bin Mu'adz. 

Rufaidah juga melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan . Apabila Rasulullah SAW sedang bersedia menuju ke lokasi perang Khaibar , Rufaidah dan rakan-rakan pergi bertemu Rasulullah untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin ke medan perang . 

Rasulullah SAW telah memperkenankan permintaan mereka . Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi , kumpulan perubatan yang diketui Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah SAW mengurniakan harta rampasan kepada mereka .

Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di barisan hadapan di medan perang .

Apakah pandangan anda terhadap kehebatan Rufaidah Binti Sa'ad ini ? 

Benarlah bahawa Rufaidah adalah seorang " Ikon Peduli Ummah " yang wajar diteladani kerana beliau adalah tokoh yang telah memenuhi objektif . Sabda Rasulullah yang bermaksud :

" Sebaik -baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain "

(Hadith riwayat Bukhari )

p/s : Jururawat menjadi pilihanku keranaMu dan Rasulullah . Moga diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai student nurse .. 





copy from : nurse 



Wednesday, May 09, 2012

✿ Ummi ✿





Ummi  ,

I appreciate the many prayers
You whispered during
The worst moments in my life
And many hopes for my success
In all that I dream of

I appreciate the kind wishes
That would make me so happy and fulfilled
And the gentle words of encouragement
That was meant to strengthen my quests

I appreciate the moments of sorrow
You experienced during my failure
And the little gestures of kindness
That always made me feels better

I appreciate the wisdom
Of all the lessons you taught
And the meaning behind the words
“unconditional love”

I appreciate all you have done
Every word and gesture
I know you are the best mother
In the world 






- selamat hari ibu buat ibu2 dan bakal2 ibu =) - 

Tuesday, May 08, 2012

✿ ACC OT ✿

Selepas bersenang lenang berposting di eye clinic IMC , kami mengharungi cabaran baru ditempat baru .. maklum la sebelum ni mana pernah masuk bilik bedah .. pernah hantar patient je ke sana .. ACC OT =  Ambulatory Care Centre Operating Theatre . Biasanya kes2 yang refer kat sini adalah kes2 ortho , dan minor surgery such as phaco , dental carries utk bdk2 la .. 




First day posting kami kene shift petang .. bdk2 shift pagi dah bgtau yang diaorg waktu pagi ddk sajer je .. nak masuk ot x dapt coz sr ot tiada .. tiada orientasi = tak dapat nak tgk operation .. Alhamdulillah , nasib kami baik ... Sr Ot ada waktu petang .. so datang2 dgr taklimat OT .. walaupun x paksa menunggu lama sbb Sr busy dgn kerja lain , kami tetap sabar .... Hari pertama di OT tiada apa yang menarik .. nak tgk operation x dapat sbb biasanya petang before kul 5 operation dah hbs .. kes2 yang memerlukan operation biasanya akan dilakukan waktu office hour kecuali kes2 emergency 24 hours ... 

phases in OT 

- intra operative phase : bermula when the patient is received in operation room (OR) and last until the patient is transferred to the post anaesthesia care unit (PACU) . Biasanya bila kita terima patient dr wad atau pun day care , kita kene make sure yang consent utk operate ada siap dgn isi maklumat sekali .. n make sure patient fasting sbb x nak ada complication time tgh operate .. Vital signs juga penting time ni .. mana la tau takut ada patient yang hypertension , boleh la bagi ubt dulu nak stabilkan BP ... 

key members 

- surgeon : leader of the surgical team .. tetapi dia dependent upon other members of the team .. 

- anesthesiologist & nurse anesthetist : Dr akan administration of anesthetics and the nurse monitor the body function during operation . Biasanya Dr akan bius dulu before procedure ..  ada yang under general anest (GA) dan ada yang local anest (LA) .. biasanya kes2 dari day care dan patient under 18 yo biasanya Dr akan bagi GA .. Time ni patient x sedar langsung time surgical procedure .. 

- Scrub nurse : Tugas scrub nurse adalah passes sterile instrument and supplies pada surgeon .. selain itu , scrub nurse perlu maintains the sterile field .. mmg mencabar jugak la jadi scrub ni .. perlu menghafal semua nama- nama instrument .. 


- antara instrument yang perlu di hafal - 

- curculating nurse : assist the scrub nurse by linking the team to the unsterile field .. biasanya circulating nurse yang akan top upkan barang kalau x cukup ... time ni , boleh la nak jd circulating nurse .. scrub nurse mmg x dpt la .. hafal nama barang fail .. byk yang x tau =)


- ikat gown mmg tugas kitaorg bila masuk OT ;p - 




- tugas circulating nurse .. catat bilangan instrument yang di gunakan .. takut2 tertinggal dlm bdn patient - 


p/s : jiwa saya bukan jiwa OT .. saya x sabar nak berposting kat mental ward .. dgr citer kawan2 ddk berposting disana sgt2 la best .. walaupun diaorg mempunyai masalah mental tp mereka sgt2 la baik .. 

- phobia utk berposting kat wad / clinic bila dgr cerita yang  x sedap didgr .. YA ALLAH , YA TUHANku saya memohon perlindunganMU dari kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya .. 

- terfikir reason kenapa x dpt pakai t-shirt/ inner time masuk OT ??? sampai sekarang jwpn msh tiada .. 

Saturday, April 28, 2012

✿ hari- hari terakhir di eye clinic ✿

Day 3 

seperti biasa pagi tu ada standing meeting dulu sebelum teruskan ke aktiviti yang dijaga .. hari rabu merupakan hari clinic .. so majoriti yang datang hari ni kebanyakkannya adalah follow up .. ada jer yang new case .. patient hari ni tak ramai .. dalam 14 org .. kata kak za staff kat sini , kalau DR KMK x der mmg la skit sbb DR Adzura x ambik ramai patient .. dia ada limit .. tapi kalau DR KMK ada patient dalam sehari boleh mencecah 60 org ke atas .. hari ni patient sama banyak dgn student yang practical .. so nak kata berebut2 tu x la sbb masing2 dah besar .. pandai2 la .. saya berkerjasama dgn akmal .. kitaorg kene jaga visual acuity (VA)  .. visual acuity merupakan procedure yang pertama yang patient perlu buat sebelum proceed jumpa DR .



Snellen chart .. snellen chart ni digunakan utk determine visual acuity .. sebelum kami lakukan benda ni, hari sebelumnya kami dah diajar oleh Sr Fatin .. xder la blur la nak buat .. lagi pun budak optometris ada bersama kami .. ada masalah kami rujuk mereka sbb mereka lebih arif (^_^) 



alat ni utk test IOP mata kita .. normal IOP adalah dalam range 10-21 .. kalau x silap nama alat ni adalah tonometry .. ddk dekat eye clinic majoriti guna alat2 yang canggih2 .. senang kerja .. 


Lepas habis semua patient buat VA  , kami berpeluang utk tgk DR buat laser kat patient .. pengalaman yang baru sbb sblm ni x pernah pun tgk ..

pengajaran yang dapat hari ke3 :  jangan bezakan patient .. kalau dia ada penyakit TB sekali pun jangan la tunjuk kita ni stigma kita kat dia .. dia pun manusia biasa jugak .. ada perasaan .. lagi pun dia sendiri rela hati utk pakai mask b4 naik kat clinic .. (^_^) ..



Day 4 

Hari ke- 4 .. berlaku sedikit perubahan jadual .. Staff  nus mintak kami berpecah .. 2 org ke OT , 2 org ke PRE OP Cataract , 1 org ke PRE OP LASIX .. disebabkan nurus datang lambat , so dia ke pre op catarct .. saya still lagi dgn akmal pergi ke pre op cataract .. kat sini biasanya buat procedure yang perlu dilakukan sebelum operation dibuat .. Kene buat venepucture .. tp kitaorg x sempat nak buat .. staff nus yang buat .. Lps tunggu pak cik tu pergi breakfast lps ambik darah , kami follow jer staff nus buat procedure .. isi- isi borang yang perlu di isi sebelum operation .. lupa nak bagitau patient kene puasa sebelum datang .. lps settle ambik darah baru patient boleh makan ... 

procedure kat pre op ni sangat2 la banyak .. banyak menggunakan mesin canggih2 .. kalau nak hafal nama2 mesin dgn fungsi2 sekali dalam masa sehari mmg x dapat la .. kata staff yang incharge biasa kerja ni optometris yang buat .. tapi kalau nak dia buat seorg menjadi beban la .. apa pun sebelum operation dibuat , patient diberi sesi kaunseling terlebih dahulu .. kat sini la diterangkan apa itu cataract , risk factor , causes , surgical treatment , complication during and after surgery , dan home message after surgery ... lps tu baru patient di bawa utk test2 mata .. antaranya biometry assessment .. yang ni penting utk calculate optical power of the intra ocular lens that needed to focus the eye .. alat2 yang lain saya x ingt dah .. ada jugak buat ECG kat patient .. 

p/s - please jaga mak ayah dengan baik .. jangan la bagi mak ayh berjalan berdua jer kalau mak ayh tu x nampak .. kalau jatuh sapa yang susah .. communication antara family ni penting .. jangan serah tugas jaga mak ayah ni kejap kat anak tu , kejap kat anak ni .. last2 x tau sapa yang bawa before this .. susah semua pihak .. mata ayah dah teruk tapi keputusan tak der ..


hari terakhir 


Hari terakhir kami agak relax sbb xder procedure nak buat ... Dr semua ada hal .. ada yang pergi book fair ,  ada yang terlibat dgn exam budak medic , ada yang cuti ... hari terakhir ni kami kene bentang presentation pasal cataract .. tajuk2 yang kami semua kene buat dah dapat awal2 posting (^_^)

ptg lagi kami relax .. tak der kerja pun .. ddk berbual dgn staff- staff kat sana .. main2 .. check mata guna snellen test .. check IOP , check mata utk tgk mata ni dry ke tak .. kalau dry , kene pakai artificial tear .. Alhamdulillah mata saya semua ok .. saya pun dapat gak artificial tear dr staff nus .. walaupun mata x dry still boleh pakai aritificial tear ni .. 

~ prepare utk pergi OT next week ~~~ 

Tuesday, April 24, 2012

✿ day 2 ✿

hari ke dua posting kami diberi peluang utk masuk operation room .. kene tukar pakai baju OT , selipar .. mmg enjoy .. kat sini kami belajar utk membungkus sterile set .. hari ini ada 3 org patient yang akan masuk OT .. 2 lelaki dan seorg perempuan .. semuanya dah berusia .. biasanya yang buat operate adalah dari golongan yang dah berusia .. so buat sahabat-sahabat sekalian .. sila la jaga mata dgn baik .. elakkan diri dari mendapat menyakit kencing manis sbb berisiko utk mendapat diabetic retinopathy ..

patient yang pertama adalah seorg mak cik dari melaka .. sanggup datang dari melaka ke kuantan pahang .. mak cik ni umur dia kalau x slp saya la dalam 56 tahun .. datang utk buat ECCE ( extracapsular cataract extraction ) . ECCE is a category of eye surgery in which the lens of eyes is removed while the elastic capsule that covers the lens is left partially intact to allow implantation of an intraocular lens (IOL) . Biasanya tujuannya adalah utk restore clear vision by removing a clouded lens and replace with IOL . Saya ada jugak tnya Sr Fatin pasal ni .. jwpan yang diberi adalah depend kepada keadaan patient .. ada yang boleh improve vision ada yang tidak dapat improve ..





Patient ke 2 dan ke 3 adalah lelaki .. dua2 buat procedure intravitreal injections. saya lupa dah nama ubat yang DR inject kat mata patient sbb time tu sy tolong staff nurse bungkus sterile set .. tapi procedure ini ambil masa yang cepat berbanding patient pertama .. harga bagi buat ni agak mahal la bagi seorg student mcm saya .. =)




apa yang best bila OT , dapat makanan tengah hari FREE .. jimat .. DR siap pesan lagi kat kitaorg supaya jgn lupa ambil mkanan .. baiknya Dr kat eye clinic ni .. seperti awk harapkan sy mmg enjoy kat sini .. mungkin doa awk kot walaupun ada jugak masalah .. tp bak kata awk kalau hidup xder masalah itu x normal .. saya pegang kata2 awk ni .. =)


sebelum kami pulang , ada majlis sambutan hari jadi staff .. siap buat surprise ... mmg menjadi la .. pandai akak2 berlakon ae.. kami turut dijemput utk join majlis tersebut .. ada satay , kek , air ... mmg banyak la .. meriah pun meriah .. kami tak der la rasa janggal bila posting disini ..

✿ week 1 : Eye Clinic IMC ✿

Minggu berposting bermula 23/4 sehingga 19/5 .. cepat betul masa berlalu .. kali ini wadmate sy bertukar lagi .. bukan lagi izat dan naim mcm sem lepas .. kali ni saya dapat bakal ibu nurussolehah yang sedang menghitung hari utk melahirkan zuriat pertama .. dah time kitaorg posting kandungan sol masuk 9 bulan .. dah cukup term .. selain sol , wardmate saya yang lain adalah afiqah , huda , dan akmal .. kali ni saya bersama lagi dgn akmal .. dah 2 tahun berturut2 saya berposting dgn dia .. sem lps jer tak sbb saya ambil peluang utk berposting di HUSM dekat dengan rumah .. akmal pilih hospital kemaman ..

day 1

kami diberitahu utk sampai ke eye clinic jam 7.45 pagi .. tak der masalah utk kami sampai awal memandangkan eye clinic terletak di dalam campus .. jalan kaki dari mahallah boleh sampai .. sampai2 disana kami di ajak utk menghadiri standing meeting .. dalam bahasa mudah mcm pass report tp bkan pass report jugak sbb eye clinic adalah office hour .. biasa pass report ni kalau ada shift .. so nak senang cakap pass apa yang perlu dilakukan hari tu .. apa yang menarik dalam standing meeting adalah :

1. ada bacaan ayat2 al- Quran .. bukan hanya baca tp perlu berserta tajwid sekali ..

2. ada bacaan hadis ..

3. ada sepotong kata2 hikmah ..

~ semua dah disediakan .. kita perlu baca dan ulas sedikit kalau ada nak ulas la ~

lps hbs standing meeting kami perlu join dgn bdk medic utk dgr presentation diaorg .. kalau dah nama presentation mmg x dpt lari la dr perkataan "mengantuk" .. presentation mereka semua berkaitan dgn mata .. ada pasal ulcer, allergic .. mmg bagus sbb berserta dgn soalan sekali .. nak x nak mmg kene fokus jugak .. kalau ngantuk pun kene tahan ..

ptg, kami diberi briefing ttg procedure yang perlu kami lakukan bila waktu clinic .. biasa clinic hari rabu .. mmg ramai la patient yang datang .. tu kata staff kat sana la .. dalam satu hari lebih 60 patient .. tapi nasib kami x berapa bertuah sbb hari rabu ni ada seorg DR jer .. Dr seorg lagi ke oversea .. so patient dlam 14 org .. tak kisah la berapa janji kami dapat belajar sesuatu yang baru dalam posting ni ..

p/s: posting kali ni teratur sangat2 sbb dah ada pembahagian tugas .. siap ada presentation lagi hari jumaat ni


~jadual kitaorg ni eye clinic .. teratur sgt ~



Friday, April 20, 2012

✿ Disaster Drill ✿

Jika sebelum ni kami selalu membuat role play utk presentation , tapi kali ni kami diberi cabaran yang baru utk berlakon secara spontan .. kali ni semua bdk2 kelas saya seramai 51 orag terlibat dalam disaster drill .. mls nak ckp byk , sila lihat gambar2 .. 


~ mobile team ~

yang terdiri daripada akmal, awang, zaid , izat, k.naimah, k.jie, muni , ela, raihan, zana, adi, dan aliaa...


~ bomba team ~

terdiri daripada biela, yana , shima, ali, dolah 


~ mangsa team ~

ang, badang , naqie 


~ JPAM team ~

munirah, shafikah , awah 


~ MA & Driver ambulance ~
G-ra, Nurul , Tasha 


~ Doctor team ~
afiqah, anum, sol, mc na , pipah 


~ Batch 6 IIUM , Nursing ~ 


~ mangsa ~

Banyak yang kami belajar dalam projek .. antaranya cara utk handle bila masuk accident and emergency department .. maklum la sem ni kene berposting di a&e ..