Sunday, October 04, 2009

akhlak

Baru - baru ni , kitaorang ada perjumpaan mentor mentee.. program mcm ni biase ada di sekolah 2 yang berasrama . tak sangka pulak bila dah masuk uia ni program ni masih ada . . Mentor sy namanya kak syikin , asal kelantan .. oh tempat asal ku .. sy ada 6 orang adik beradik angkat .. angah , achik , alang , uda , usu , dan adik .. sy dapat pagilan uda .. unik rasanya sbb sblum ni x pernah dapat gelaran macam 2. biase kat umah pagil kak yong je .. Maklum la ank sulung .. berbalik kepada tajuk asal ..

Akhlak ??? apa yang anda faham dengan akhlak ni ?? Apa maksud akhlak ni sebenarnya ?? tingkah laku atau perlakuan ???

Maka pada perjumpaan baru 2 ni , kak syikin menerangkan pasal akhlak .. Akhlak ni dalam bahasa mudah dan tidak berfikir waktu buat .. Dalam erti kata lain spontan .. Kita ambil satu contoh yang mudah di fahami ..
Anda berjalan , tiba 2 di tengah - tengah jalan anda ternampak satu ranting kayu .. apa tindakan anda ?? adakah anda terfikir untuk mengalihkan ranting kayu tersebut atau biarkan ranting kayu di situ sehingga ada orang lain yang mengalihkan .. di situ la akhlak kita ... kita bt benda 2 secra spontan ..

Akhlak ni ada kaitan dgn ibadah .. Akhlak , ibadah dan akidah blh di ibaratkan sebagai sepohon pokok .. Akidah adalah akar .. Akidah merupakan tunjang kepada segala - galanya .. penting dalam hidup kita .. ibadah kita boleh umpamakan seperti batang dan akhlak ibarat seperti buah ... Apabila akar sesuatu pokok itu baik , maka pokok tersebut dapat menghasilkan buah yang berkualiti dan begitu lah sebaliknya .. apa yang penting di sini , akidah adalah asas untuk kita menjadi seorang muslim yg beriman dan bertaqwa ..

berbuat baik kepada orang lain

Banyak sekali hadis Rasulullah s.a.w tentang kemurahan hati wanita ; ada yang mengajak bersikap pemurah dab berderma ; ada yang memuji dan sebagainya . Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa para sahabat menyembelih seekor kambing .

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya 'Apa yang tersisa darinya ?' Aisyah menjawab " Tidak ada yang tersisa melainkan baunya" . Rasulullah s.a.w membenarkan " Bukankah yang tersisa adalah seluruh dagingnya selain baunya " ?

Dengan ucapannya itu , Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada keluarganya bahawa apa yang mereka dermakan , pahalanya akan kekal sampai hari kiamat , sementara yang tersisa di dunia , kemudian mereka memakannya , maka pahala mereka tidak akan bermanfaat di akhirat . Ini adalah isyarat yang sangat mulia agar sering bersedekah untuk meraih keredaan Allah .

Moral Sirah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda daripada Abu Hurairah maksudnya : Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang . Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menanbahkan kemuliaan baginya . Dan sesiapa yang bertawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya . ( Sahih Muslim ) .

Ini menunjukkan bahawa tangan yang menghulurkan berbanding yang menerima sangat disukai oleh Allah . Sikap bantu - membantu itu mencerminkan ketinggian nilai keperibadiaan seseorang .

Dalam satu peristiwa , Nabi pernah memberikan baju yang baru beli dan di pakainya apabila didatangi seorang lelaki arab meminta baju itu daripada baginda . Sikap pemurah rasulullah itu patut kita contohi .

Jadi kita masih boleh bersedekah dari segi tenaga , ilmu mahupun buah fikiran . Bukan semua orang yang berilmu itu kaya tetapi kita masih boleh bersedekah melalui ilmu untuk kebaikan orang lain

Saturday, October 03, 2009

jgn jadikan al -Quran hiasaan semata - mata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
__,_._,_
Kepada mereka2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA... RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


read dis..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.
dda



dapa

Monday, September 28, 2009

tip kekal hubungan


Sahabat orng yang paling rapat dengan kita bila berjauhan dengan family .. ada sesetengah org menjadikan sahabat sebagai tempat berkongsi msalah .. di sini terdapat tip kekal hubungan

1. Pandai simpan rahsia
Dalam sesuatu perhubungan persahabatan , kepercayaan untuk menyimpan rahsia adalah amat penting . Jangan siakan -siakan kepercayaan yang telah di berikan oleh sahabat kamu . Pasyikan kamu menyimpan rahsia tersebut dengan baik yang mungkin .

2. Tahan bergurau senda

Adat bergurau ada kalanya gurauan menjaddi terlebih sehingga boleh mengguriskan perasaan sahabat . Pastikan kamu dan sahabat saling boleh menerima gurauan itu dan berfikir sebelum ia berlaku .


3. Jangan terlalu mengkritik

Jika sahabat kamu melakukan kesalahan , jangan terburu - buru mengkritik atau memarahinya kerana kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul dalam semua hal . Sebaiknya jadilah sahabat yang yang memberi nasihat dan tempat sahabat meluahkan pendapat .


4. Jangan pentingkan diri
Sahabat yang baik tidak mementingkan diri sendiri , sebaiknya sentiasa membantu sahabtnya dalam apa jua situasi . Kamu sanggup mengetepikan kepentingan diri demi menjaga perhubungan persahabatn .

5. Terima kelebihan dan kekurangan
Terima kekurangan dan kelebihan seadanya kerana setiap manusia tidak sempurna . Kamu perlu saling melengkapi antara satu sama lain agar persahabtan lebih bermakna .

6. Usah di tanya tentang perkara negatif
Adakalanya perbicaraan kamu dengan sahabat menyentuh sensitivitinya . Seharusnya kamu bijak menyesuaikan tutur kata mengikut kata sehingga boleh memberi kesan kepada sahabat .

7 . Jangan burukkan sahabat
Janganlah kamu memburukkn nama sahabat dihadapan org lain . Ada masanya kamu beselisih faham dengan sahabat kamu , namun ingatlah jangan sesekali menghebahkan apa sahaja cerita buruk tentang sahabtmu itu ...


apa 2 pn kekurangan yang ada pada sahabt kita , kita terima la dengan hati yang terbuka .. sahabat yang baik akan menerima segala kekurangan yang terdapat pada diri kita .. saling membantu na sentiasa ada bila kita di timpa masalah .. walaupun sahabat tidak dapat menyelesaikan msalah kita namun kita blh mendengar msalah yang di hadapi . itu sudah ckup untuk meringankan beban yang di tanggung .. ^_^

Tuesday, September 22, 2009

Kasih sayang


Hati telah lama gersang, Dari siraman kasih sayang, Kerana hujan iman, Sudah lama tidak turun, Kita tanamkan kembali, Budi penyiram kasih, Agar hati yang gersang, Gembur dan subur kembali......

Marilah kita jalinkan,
Kasih sayang sesama insan,
Ia telah lama hilang, Tambah gersang di hati ini.... Kita siram kembali, Dengan air iman yang suci, Dengan menabur budi, Kepada semua manusia....

Wednesday, August 12, 2009

mc plak

hahaha.. xd dalam kelas , masih ramai yang batuk 2.. so sister rubiah pn srh yang batuk 2 ni balik .. siap kene marah lagi .. Pada mulanya , sy x nak kuar pn .. maklum la bukan batuk kuat pn .. Tiba - tiba tgk izat kuar ..

me : Eh , awk batuk kuat ke syang ??
izat : ada la skit 2.. baik kuar cepat seblm dia marah lagi ..

So kuar la sy .. adoi laaa.. nasib baik sempat tanda kedatangan .. Sister bagi duit tambang nak bt balik .. nasb baik ... lps 2 srh p klinik .. sampai di klinik , sy yang mula 2 kene masuk

doktor : sakit apa ??
me : batuk .. sister rubiah srh datang klinik ( nak jgk ckap )
doktor : ada demam x ??
me : x der pn .. hari blik kelantan dah kne masuk wad .. dktor ambik dah darah .. xp ok je ..
doktor : antibiotik makan ??
me : mkn xp baru je habs .. ( bnr x se dah ubt ni cuak dah )
doktor : kalu g 2 sy bg ubt batuk n selsema ae ..
me : kitaorng dapat mc x ?? kwn 2 yang lain batuk je .. dmam x pn ..
doktor : sy x leh bg awk mc sbb awk x demam ..
me : so , kitaorng blh p jhc blik la ni ??
doktor : ( x ingt la apa dia ckp )

sukanya dapat p jhc blik .. maklum la ptg ada praktical .. best 2 .. jeng 2... x lama kemudian , doktor pn kluar ..

doktor : sy akan bg awk mc sampai jumaat ni .. semua kene ikut arahan sy ..

waaaaaaaaaaaaaaaaaa... br je xd dia ckp x leh bg mc.. knpa la plak tiba 2 dapat mc ni ?? adoi laaa.. penat la mcm ni .. nak x nak kitaorng pn ikut la arahan doktor 2.. blik la ke blik masing 2.. kepada kwan 2.. jaga la kesihatan 2 ae.. jgn demam , batuk or selsema .. 6ti x pasal 2 kne dpt mc .. =)

Tuesday, August 11, 2009

kelas yang memenatkan

Setelah mendapat cuti selama seminggu di sebabkan ILI , maka kelas kitaorng pn agak padat .. setiap hari habis kelas dlm kul 5.. bas biase datng dlm kul 5.30 .. terpaksa la berebut - rebut untuk pulang ke IMC .. memang penat .. biase kelas relax je .. ni kelas pagi petang .. rest pn dalam 15 min je .. lpas 2 rest kul 12.30 -2.00 ptg .. kul 2 dah kne masuk kelas .. mental x payah ckp laa.. kne bersedia selalu .. mcm ni la khidupan bdk 2 u .. penat .. xp semua ni juz untuk 4 tahun je... x lama mana pun .. pjam celik , pjam celik dah sebulan lbh dah berada di sini .. Alhmdullah .. semua berjalan mcm biase .. lectre ??? ada yang ok .. ada yang mengambil masa nk kne fhm bahasa diorng .. tambah 2 dgn keadaan sekarang yg kelas memanjang .. assgment berlambak nak kne bt .. hahaha .. xpe laa .. yang penting prepare mental sebelum masuk kelas ae.. kalu x mengantok la jwbnya .. =)

Saturday, August 08, 2009

The Friend

How wonderful you are
You are like a candle
Shining in the corner of my heart
You are like a star
In the horrible gloomy night

You awoke me from my fantasy and a long dream
And you are tried to bring me to reality
My life is filled with your understanding
You never broke my heart
And i know how i feel

We study together , learn together
No one care......
And most of all we will be together in everything

When I need a shoulder to cry on
When I need a friend to believe in
You hold out your hand to me
It is so hard for me to say goodbye
But now I have to....
However I know we'll meet again some day
And you will forever be my friend

wanita solehah menjelang alaf baru

Wanita , padanya tergambar segala kelembutan dan keibuan yang begitu dihargai . Walaupun di cipta dari tulang rusuk kiri , mereka turut mampu membantu setiap gerak kerja perjuangan suami , keluarga mahupun agama . Rasulullah pernah bersabda " bahawa wanita solehah adalah sebaik - baik perhiasan dunia " Aduhai , apabila membicarakan tentang wanita , puteri , perempuan solehah , pastinya mengimbau peribadi agung wanita pada awl syariat Islam . Siapa yang tidak mengenali Saidatina Siti Khadijah ??

Wanita gigih yang membantu dan mengatur perjuangan dari sayap kiri ? Bukankah peribadi Saidatina Fatimah juga turut mengambarkan ketabahan seorng ank n is3 yang redha dalam setiap ketentuan Tuhannya ? Tidakkah Masyitah , khadam Firaun , begitu harum semerbak seluruh petala langit lantaran cintanya kepada ALLAH .

Bagaikan sekuntum mawar , wanita solehah begitu di sanjung dan di hormati . Kuntuman akhlak yang mengembang harum menjadi seri diri apatah lagi di tambah dengan malu yang menjadi duri perisai mereka . Bertepatan lah dgn sabda Rasulullah ' Malu itu sebahagian daripada iman '.. Tidak seperti anggerik desa , terpingit indah tetapi tidak harum lantaran seri akhlak luntur dimakan mazmumah .

Namun mungkin kita teringat amaran Rasulullah yang menyatakan bahawa wanita adalah senjata syaitan . Benar , melalui wanitalah syaitan cuba menggoda manusia agar terkeluar dari landasan syariat tetapi masakan ini berlaku kepada wanita yang benar - benar mengikhlaskan diri kepada ALLAH manakan tidak ,syurga juga terbuka kepada golongan wanita . Malah , Saidatina Khadijah juga dinobatkan sebagai wanita penghulu syurga . Sementelah lagi , ALLAH , telah berfirman bahawa setiap lelaki atau wanita diganjarankan atas segala amalan yang telah diusahakannya .. Tambahan pula , peranan dan jasa seorng ibu yang semestinya seorng wanita diiktiraf dalam sebuah hadis yang bermaksud " Syurga itu di bawah telapak kaki ibu " . Nah , bukankah wanita solehah begitu dipandang mulia n dihormati masyarakat . Tidakkah peluang keemasan tersebut telah lama terbuka kepada kaum Hawa ?? Sama - samalah kita renung dan munasabbah diri ..

mutiara kata berkait kewangan dari al-quran dan hadis

Surah Al-Isra 17:26 - Dan berikanlah kepada kerabatmu , dan orang miskin serta orang musafir akan hak masing - masing ; dan jangalah engakau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau .

Surah Al -Isra 17:27 - Sesungguhnya orang - orang yang boros itu adalah saudara - saudara syaitan , sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya ..

Surah Al - Anam 6:141 - Dan dialah yang menjadikan kebun - kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar ; dan pohon - pohon tamar dan tanaman yang berlainan rasanya . Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan kuarkan haknya ( zakat ) pada hari memetik atau menuai , janganlah kamu melampau ( pada apa - apa jua yang kamu makan atau belanjakan ) ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orng 2 yang melampau


Wah byknya ubt !!!!! hahaha .. ubt ni kene mkn kalau nak sembuh cpt 2.. semua ni gara 2 demam .. adoi laa... lpas je parents dtg ambik kat uia , parents trus bw sy ke klinik perdana .. nak check sekali lagi .. hahaha .. * terkantoi dgn umi .. umi pegang dahi msh pns lg * so bla p check msh demam lg walaupn suhu dah turun .. hahaha .. so dpt la ubt br plak .. alamak .. byk btl nak kne telan .. dah la ssh nk mkn ubt .. nsb baik la ada parents yang tolong jaga .. Terima kasih abah n umi .. syg mereka .. haha.. so kalau rasa nak demam 2 , rajin 2 kan la mkn ubt ae.. jgn jdi mcm kbnyakan bdk nursing , srh orng pndai , xp nk mkn ssh sgt ..

demam

kesian bdk 2 nursing .. x pasal 2 demam .. siapa la yang bw virus ni ??? satu kelas plak 2 demam .. maklum la NURSING IS CARING , CARING IS SHARING .. btul ke ni .. bantai je lah .. hahaha... kisahnya bermula bila naqie demam ... lpas 2 plak ali plak batuk 2 dlm kelas .. keesokkan harinya berjangkit kat kitaorng .. masa dlm lab , YA ALLAH ramainya x sht .. dah la ptg 2 ada senior bt pgram khatam Quran .. Utk tdk mghampakan permintaan Saiful , sy n ang pn turun la g masjid KOM.. dah la x sht gak .. xp x pe laa.. dah org jemput .. kita pn dtg je .. Lpas hbs je mjlis , sy , ang n ah pn snggah jap p blik izat ..

eh .. mu x sht gak ke izat ??
aku demam laa...
mkn ubt x ni ??
mls la aku mkn ..

ni la bdk nus ..mkn ubt mls .. kalu srh org mkn ubt no 1.. hahaha.. xpe laa.. yang penting skrng semua bdk 2 nurse dah sht .. Alhamdllah .. syukur sgt 2.. Lebih kurang kul 10 , kitaorng smbut birthday zira .. masa 2 bdn dah rasa pns .. alamak demam la plak .. ni mete kes berjangkit ni .. hahaha.. Keesokkan harinya , ah teman p klinik .. nak bt mcm mana bdn memang btl 2 pns .. p klinik dktor bg mc 2 hari .. last 2 bkn sy je dpt mc xp seluruh plajar nursing dapat mc .. nsb baik .. kalu x ssh gak .. lpas pada 2 , dktor bt meeting tergempar .. ramai sgt bdk nus yg skit .. kami di beri cuti semnggu... Alamak.. bosannya ddk umh .. nak bt apa la .. ( biar assgmnt berlambak nk kne bt )

kenangan di kem

Bakal 2 muslimah nurse ~~


ayer balok

Pada 24.7.2009 , semua stdents nursing first yr di wajibkan menghadiri satu kem motivasi ( motivasi ke ) yg di anjurkan oleh senior 2 ku .. Kem tersebut telah berlangsung di ayer balok , pahang .. kitaorng bertolak dlm kul 6 coz ada kls sblm 2.. kitaorng beramai 2 menaiki bas .. Best gak .. x sampai sebulan ddk main camp , dah kne p kem .. adoi laa.. dlm fikiran ni apasal la diorng bt kem msa ni ??? dah la bju x bsh lg , assgmnt berlambak , byk benda nak bt .. xp bla sampai sana , YA ALLAH , syukr coz dapat hadir ke kem tersebut .. Ubah lah niat anda .. apa yang berlaku ni semua ada hikmahnya .. lps dgr briefng , kitaorng di jemput mkn .. mkn bukan seorng 2 xp dalam talam .. Nikmatnya makan beramai 2.. satu talam 6 orng .. n talam sy ada ang , izat , k.naimah , solehah n fadilah .. sebelum 2 suapan pertama adalah untuk sahabat kita .. Wah ... bestnya .. bla lg nak merasa suap sahabat kita sendiri .. bla kat blik jarang kita suap rmte kita .. btl x ?? Lpas 2 ada slt bjemaah , tazkirah .. lbh kurang kul 9 aktiviti pn bermula .. byk aktiviti yg akak n abg 2 senior aturkan kepada kitaorg ... first game , kitaorng di beri kad manila yg telah di potong sorng satu , n then kami kne cantumkan mnjadi puzzle .. best gak la.. sbb kat cni pngajarn yg kami dapt kami kne berkerjasama antara satu sama lain .. masa yg d beri 10 min n kami berjaya mncntumkan semuanya .. Lepas 2 , kami ada aktiviti lagi xp aktiviti yang paling menyeronakkan adalah entah apa tjuknya lupa laa.. tapi aktiviti ni di buat tgah mlm .. kami d bahagikan kepada 5 kumpulan n setiap kumpulan ada 11 ahli kumpulan .. Kami d minta mlantik seorng ketua n group sy , k.naimah men jadi ketua kumpulan .. Kami adalah kumpulan pertama yang di lepaskan .. sampai d check point pertama , kami di beri soalan .. Kami memilih soalan pengetahuan am .. soalan pertama x leh jwb xp soalan kedua kami dpt mjwb dgn tepat ... lpas daripada 2 , kami di minta menutup mata kecuali ketua group kami .. kami di bawa melalui lumpur .. Ya ALLAH , busuknya lumpur ni.. apa la yang ada kat dlm ni .. akhirnya kami berjaya naik ke darat .. lpas 2 kami ke check point seterusnya .. smpai la lbh kurang kul 2 pg kami selamat tiba d tempat yang kami d lpskan ms mula 2 xd.. jeng 2.....

kak yuni : cuba awk bilang cukup x ahli kumpulan awk ??
kitaorng : satu , dua , tiga ..... sepuluh .. eh .. mira mana ?? mana mira ?? mira hilang ke ??

Ya ALLAH , mira hilang .. kat mana mira ni ?? YA ALLAH ... selamtkan la dia ...

last 2 kak yuni bw mira .. kitaorng punya la risau .. sampaikan nk p cari dia semula .. lpas 2 kitaorng pn luahkan perasaan masing 2.. so mengajarannya kenalilah suara kawan kita ..

Friday, August 07, 2009

blog baruku

hahaha.. di sebabkan kebosanan tahap melampau , sy terdelete blog yang lama 2.. so nak x nak terpaksa la bt blog yang baru.. xpe laa.. sori kawan 2..