Wednesday, February 29, 2012

✿ Dalam Hati Siapa Yang Tahu ✿

Hati ,

siapa yang mengetahui isi hati seseorang ? Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang ? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia ? bila seseoarang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih ? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat ?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada didalam hati hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita sehingga membuat kita bersedih.


Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel , jangan sampai orang lain kene getahnya . cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan ALLAH lah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya ALLAH tempat kita mengadu , tempat kita berserah diri . " Cukuplah ALLAH menjadi penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung "

Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat . Ya , di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini , dia sedang menunggu hari besar dlm hidupnya . Saya dapat membayangkan hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan , kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya , disini ada hati yang terluka kerananya , sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa hati yang sakit disaat dia sedang merasa kebahagiaan yang sempurna ? Tahukah anda bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa ?

Dalamnya hati siapa yang tahu ? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah dan tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka ?

Kita ingin menangis saat itu , tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya ALLAH dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati , hanya ALLAH tempat kita mengembalikan semua rasa didalam hati, hanya ALLAH pengubat duka & lara, hanya dengan mengingati ALLAH lah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang meranggut kebahagian kita, kita tidak ada seorang pun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali , menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasullah " Perbanyakkan membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan " ( Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a)



Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin



kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/dalam-hati-siapa-yang-tahu/#ixzz1nmC8QS6H


p/s : bangga dengan seorang classmate yang berani tampil kehadapan .. kami bukan seperti yang korang fikir .. =)



Tuesday, February 28, 2012

✿ semoga tabah ✿






setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi .. semoga saya tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan liku2 ... teringat kata awk dalam hidup kita kene ada rasa sedih , ada masa kita gembira, ada masa kita rindu .. yup betul kata awk tu sebab hari ni saya merasai apa yang awk kata sedih , gembira , rindu =)


✿ 2nd day ✿

hari ke dua kami di Kl , kami mengambil keputusan utk berjalan-jalan di mid valley .. maklum la kami dah lama x menjejak kaki ke sana .. rasa2nya dah hampir 3 tahun kot .. habis jer foundation kat PJ mmg x pergi la .. kalau p Kl pun jarang la p sana sbb saya bkn jns yang suka pergi ke tempat org ramai .. rimas + serabut sesak2 ni .. biasa kalau p just p tempat yang nak dituju , ambil barang yang nak beli , bayar n balik .. mudah dan cpt <-- kalau dpt suami suka shopping mmg nasib bdn la .. kene bersabar la .. tp ada ke laki yang kaki shopping ??

disebabkan hari tu hari jumaat so dlm fikiran saya mungkin x ramai kot kat mid .. weekdaykan .. org sibuk berkerja .. kalau nak ddk umh uncle mmg bosan la .. bdk2 semua sekolah .. x der org kat umh .. kami naik train ktm kat putra n terus ke mid .. tp malangnya kami mkn buah langsat hari itu .. dah x ingt mcm mana nak p mid ... izat dah berbisik kat saya " betul ke ni ?? rasa mcm jauh je kita p .. rasa mcm x logik pulak dgn harga tiket rm1 .. " saya mmg rasa apa yang izat rasa .. so msg la my friend tnya balik mcm mana nak p mid .. sepatutnya kitaorg turun kat Kl central n tukar train tp kami x buat mcm tu .. hahaha.. kalut dah time tu .. sampai mid pun dah kul 12.30++ .. tp still ramai org .. aish laki2 ni x pergi solat jumaat ke ?? x kn nak solat jumaat dlm mid jer .. mungkin diaorg pun musafir mcm kitaorg jgk <--husnulzan =) .. xder apa pun yang kami beli kat sini sbb x der yang menarik perhatian tambah dgn serabut tgk ramai sgt org .. kitaorg menghabiskan masa kat food court jer lps membeli barang yang di pesan yana sambil tggu kawan dtg jemput kami <-- lagi tenang ddk food court sbb x ramai org .. tp tujuan kami ke mid adalah utk membeli cool blog <-- ada bdk mengidam nak minum .. kalah ibu yang mengandung * bkn saya ae * malangnya seluas2 mid xder org jual cool blog .. sabar ae sayang , kita cari kat kuantan kat kp .. confirm ada ..

lps ke mid , kami ambik keputusan utk terus balik umh uncle sbb x elok la ank dara mcm kami ini balik lps maghrib ... tp sebelum tu singgah kat jusco wangsamaju jap beli cool blog .. kesian kat org mengidam .. lps dapat apa yang di idam kami balik .. x sampai 10 min pun kami kat jusco .. beli , bayar m n terus balik .. senang keje .. lagipun jusco dgn umh uncle dekat jer .. dlm 5 min kalau naik kereta ..

sampai2 di rumah , si kakak n adik masuk bilik kitaorg bagitau yang diaorg request utk kitaorg tido kat bilik diaorg .. kata si kakak " malam ni k.yong dan k.izat tido bilik bal n eisha ae .. k.yong n k.izat dah nak balik esk " alahai sweetnya korng .. nak tolak x sanggup .. sanggup diaorg tido kat ruang tamu utk tunggu kitaorg hbs mkn mlm takut kitaorg x naik bilik utk tido bersama .. nak tak nak mmg kene tido dgn diaorg la ... (^_^) <-- salah satu cara utk menghilangkan stress adalah melayan kanak2 ..


next - berjalan2 mencari buku ~~

p/s - pening kepala cari bahan utk assigment subject mental .. sape nak tolong saya ??


Monday, February 27, 2012

✿ weekend yang menyenangkan ✿

rasanya dah lebih 3 hari x update blog .. maklum la sy menspendkan masa hujung minggu di kl utk meluangkan masa dgn sepupuku di sana .. lagipun minggu lps kls x full sangat .. baru nak perasaan yang credit hour saya sem ni hanya 12.5 tp awk lagi sikit .. aish =_= .. mak saya awl2 lagi dah pesan jangan pergi Kl seorg diri .. maklum la KL ni busy .. mcm2 boleh berlaku .. so saya decide nak p dengan izat .. dia pun nak g beli buku jgk <-- hantu buku budak ni .. walaupun voucher dah hbs tp still nak beli jgk + nak renew membership punya card .. patutnya kitaorg plan nak pergi minggu pertama msk kls .. tp tu la org kata kita merancang , Allah pun merancang tp perancangan yang terbaik adalah dari Allah .. kitaorg bertolak lebih kurang jam 2.30 ptg lps settle urusan solat , makan semua .. walaupun blh jamak taakhir tp apa salahnya kita dahulukan solat .. hati pun senang dalam perjalanan .. kita pun x tahu apa yang akan berlaku nanti .. lebih kurang 5.30 pm , kitaorg sampai kat Kl <-- laju kot driver bus bawa .. x lena nak tido .. kepada pemandu2 bus semua jgn la bw laju2 .. kesian kat penumpang ... kedatangan kami di sambut oleh bdk2 kecik .. maklum la dah lama x jumpa .. aunty pun siap hidang pizza dgn air lagi lps kami sampai .. <-- thnk umi hae dgn ayh nie yang sudi bagi tumpang tido kat umh ..

aktiviti kami :

melayan bdk2 ni main .. <-- mcm bdk kecik rasa .. mana taknya kitaorg main mainan kanak2 .. mungkin tu salah satu factor sy n izat x berapa nak matured .. jiwa kanak2 masih byk di dlm diri kami berdua .. walaupun begitu , kwn2 yang dah kahwin selalu kata xpe x matured pun bila dah kawin matured itu akan berlaku dgn sendirinya .. kadang2 terfikir betul jugak kata2 mereka ni .. saya boleh lihat pada classmate yang dah kawin dan akn berkahwin x lama lagi ..apapun cousin2 ku hepi bila kami bermain bersama2 .. lagi pun kesian kat diaorg yang tunggu kitaorg utk main bersama <-- lps solat, mengaji diaorg terus ajak main .. bagus cara didikan mak cik dan pak cik saya .. lps solat , umi hae sendiri yang akan ajar anak2 mereka mengaji Al-Quran .. walaupun umi hae seorg guru <-- confirm2 la busy dengan kerja .. buat soalan .. saya pun boleh rasa apa yang umi hae lalui .. maklum la mak ayh sy pun cikgu jgk , tp tanggungjawab mendidik anak dgn didikan akhirat tidak dilupakan .. moga2 saya menjadi sepertinya .. si kakak baru darjah 3 n si adik baru masuk darjah 1 .. tp peragai mereka berbeza .. si adk selalu mengalah dgn si kakak .. adik kecik jer mcm bdk umur 5 tahun .. ingatkan bila dah sekolah dah berubah tp still maintain .. patutlah selalu kene kacau kat kwn2 dia .. teringat cerita mak cik saya yang si adk balik sekolah menangis2 .. bila di tanya kenapa si adk menjawab yang bdk laki tolak dia sampai jatuh gara2 nak balik cpt .. tanya si adk knpa la bdk laki ni nakal sgt <-- bdk laki ni nakal ke ?? dulu saya sekolah semua ppuan so x tau la .. jwb si ibu biasa la bdk laki mmg mcm 2 .. nakal .. =)

kat umah uncle saya ada 3 ekor ular .. sape2 nak rasa nak pegang mari la .. <-- saya geli nak pegang .. kata umi hae bukan senang nak masuk syurga <-- semua gara2 dia geli dengan ular tp uncle saya still beli ular sbb minat kat binatang tu .. nak tak nak kene terima la hobi suaminya =)

p/s - kisah bersambung next entri (^_____^ ) .. disaat ini saya rindukan mereka yang menceriakan hidup saya ..


Wednesday, February 22, 2012

✿ usrah ✿

kali ini saya dan izat mendapat mandat dr k.intan utk present pasal jihad dan mehnah .. so izat ambik jihad , saya ambik tajuk mehnah.. usrah kali ini di pengerusikan oleh wan muniyati aka muni <-- rmte saya juga .. majlis bermula jam 8pm kat surau .. majlis dimulakan dgn al-fatihah dan bacaan surah at- taubah ayat 107-111 yang berkaitan dengan tajuk yang kami akan present.. bkn present secara serius pun .. just secara santai .. masing2 blh tambah apa yang kurang ..

izat bercerita pasal jihad ... jihad ni berasal dari kata kerja 'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan sepunh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya dijalan ALLAH (fisabilillah) . Jihad ni terbahagi kepada dua iaitu asghar (kecil ) dan akbar (besar). Jihad yang paling besar bukan jihad berperang di medan perang tapi jihad melawan hawa nafsu .. Sabda Rasulullah saw ketika baginda baru saja kembali dari perang Badr dan diriwatkan oleh banyak hadis :

" Kita kembali dari jihad yang terkecil menuju jihad yang besar iaitu jihad melawan hawa nafsu "

Mmg susah nak melawan hawa nafsu ni .. izat memberi contoh yang berkaitan dengan kehidupan kami sebagai seorg pelajar :

1) azan subuh berkumandang .. kita tersedar .. adakah kita akan terus bangun dan menunaikan solat atau berkata " sambung tidur la dulu 5 min lps baru bgn solat "

2 ) jihad utk hadirkan diri dlm majlis2 agama .. <-- kalau time2 kul 8 mesti ada jer bnda nak buat tp kami bersyukur kerana dapat hadir dlm usrah kali ini .. <-- bnyk faedah kami dpt sepanjang msk usrah ni .. ada kawan yang sama2 membimbing kita =)

~ byk lagi contoh izat bagi tp lupa dah .. maklum la short term memory ~

mehnah bermaksud ujian .. mehnah dalam perjuangan adalah sunnatullah bagi menguji dan memperkukuhkan serta membina kekuatan .. Hadis Rasulullah saw bermaksud

" orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah , mukmin yang dengki padanya , munafik yang benci padanya , kafir yang memeranginya , syaitan yang menyesatkannya, dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya "

Allah swt menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa mehnah dan kesulitan dlm kehidupan itu adalah merupakan ujian bagi menguji tahap keimanan seseorang itu .. sebagai contoh .. ujian hati .. rasanya semua org akan melalui termasuk diri ini .. ujian utk berkahwin dan berpasangan .. saya x nafikan semua ini tambah2 sy ddk dlm lingkungan rakan2 yang kebanyakkan sudah berumah tangga <-- imej uia .. kahwin time study .. sy pun mempunyai keinginan yang sama cuma masa yang belum tiba .. Allah mengatakan yang dia tidakkan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu utk menghadapinya .. teringat kisah k.intan yang boleh kita jadikan ikhtibar

" ada seorg hamba ALLAH yang akan melangsungkan perkahwinan .. kad-kad jemputan telah diedarkan kepada sahabat , family , hantaran yang telah siap , pelamin telah siap di hias .. tunggu saat seorang lelaki melakukan akad sahaja .. sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung , si lelaki memutuskan utk tidak berkahwin dgn perempuan ini atas sebab2 tertentu .. apa reaksi kita bila kita berada di tempat perempuan itu .. kalau saya , confirm2 la rasa nak marah , geram , menangis dan seumpamanya .. tapi perempuan ini menjawab " mungkin ada hikamahnya .. saya ingin berhusnun zan dengan dia tetapi jika sekali lagi dia datang meminta saya tidak akan menerimanya .. " <-- sungguh kuat hati perempuan ini .. semoga saya tabah seperti dia .. mungkin lelaki itu bkn jodoh dia dan akan ada lelaki yang lebih baik dan layak untuk perempuan itu .. "

Cuba kita singkap sirah perjuangan para Nabi , sahabat & ulama' bleh dikatakan kesemua mereka terpksa berdepan dengan datang bersilih ganti .. ada yang difitnah , di ugut , di seksa tp mereka ttp sabar dalam menghadapi ujian .. Sebagai contoh

mari kita sama-sama hayati peristiwa cubaan utk membunuh Rasulullah oleh kaum musyrikin mekkah . walaupun sasaran utama mereka adalah Rasulullah tetapi jika kita halusi , mehnah sebernanya adalah ditujukan kepada 2 tokoh yang terlibat sama iaitu Ali dan Abu Bakar . Ali yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi tetapi demi kecintaannya terhadap Rasulullah & islam tdk sedikit pun gentar dan membantah apabila disuruh menggantikan Baginda Rasulullah berbaring ditempat tidurnya . dan begitu juga dgn Abu Bakar yang sanggup menemani Rasulullah di gua thur dan sesetengah riwayat menyatakan Abu Bakar sampai mengalirkan air mata menahan kesakitan apabila di gigit binatang berbisa demi melindungi Nabi

p/s - semoga awk sentiasa tabah ( ^____^ )




Tuesday, February 21, 2012

✿ dalam diam ✿




ada..sesungguhnya ada….

ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…

sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…

aku menanti untuk yg halal hadir
menjemput diri seperti yang ditakdir
kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani..

dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…



Saturday, February 18, 2012

✿ who cares ?? ✿

" Kerja nurse la kerja paling bodoh sekali aku tengok " (pembaca blog 2012)

Kata-kata ini saya petik kat post fb roomate sy izat . sebelum ni saya dah pernah tgk komen ni dr some one kat blog classmate saya .. aish .. manusia - manusia .. bila bercakap tak guna otak mcm ni la .. kadang2 terfikir kenapa la ada jugak manusia mcm ni .. memang kene hentam la bdk tu dgn classmate kitaorg .. mcm2 bdk-bdk ni kata .. tp saya setuju dgn kata2 lectrer saya ni , sister nani <-- kat uia semua lectrer kita org panggil sister .. kawan-kawan yang tak kenal pun panggil sister jugak .. sbb tu sy x kekok bila awk pgl sy sis =)

ni kata-kata sister nani :-

" Apasal komen gitu ? Maknanya selama sr keje lebih 10 thn lalu adalah kije bodoh , xde ilmu la ye ? cuba bayangkan klau xde nurse dlm dunia ni sape nak jaga org yg sedang sakit nak bersalin ? Yg sedang sakit nk menghadap Ilahi ? Yang sedang sakit patah riuk lps excident ? bia la ape org nak kata, pd sr ' Apa aku kisah ngan kata2 org dsekeliling aku ? Wpun dlu ko kutuk parents aku sbb anto aku bljr jd 'misi' je , skrng ko tgk aku jd ape ? Bkn aku suka nak bangga diri , tp dr aku kije bodoh jd misi ni la aku bleyy berjaya mcm org lain . Klau ko nak tau mcm mana ssh bljr jd 'misi' yg ko kata kije paling bodoh , ko rase la bla kluarga ko sakit nanti sape yang jg berak, kencing bla sakit sape yg jg ? Ko bley ? Ko pandai ? "

selama sy berposting itu lah yang berlaku .. nurse yang jaga org sakit , bagi sokong , selalu dgr keluhan n bagi semangat kepada mereka .. family members ?? sesetengah hanya datang waktu melawat .. yea saya tau hanya waktu melawat yang sahaja pelawat boleh masuk ...tp x salah time melawat tu bagi la sokongan kat pesakit .. yang just datang sekadar datang jer .. apa kata time ini la korng buktikan kasih sayang korg kat faimly korng .. tolong mandikan diaorg waktu ptg .. takkan la nak harapkan kitaorg jer ?? kitaorg ada banyak lagi keje nak kene settle .. even kitaorg ni just student tp time practical ni blh diibaratkan mcm keje .. mana taknya , masuk jer pagi2 kene dgr report <-- penting sbb nak tau progress pt .. lps pass report terus buat bed making <-- mksdnya kemas2kan katil pt .. pt pun mesti nak katil mereka bersih .. kalau kita kat bed linen kotor mesti kita x selesa kan ?? lps tu kalau pt yang x leh mandi sendri kitaorg kene mandikan .. kan mudah kalau family member pun take part dlm kerja kitaorg .. lagi senang .. tp masyarakat sekarang ni bila family masuk hspital bulat-bulat serahkan kerja kat kitaorg .. aish .. kalau patient buang air besar , kecik pun cari kitaorg utk tukar lampin .. kitaorg ni dgn seikhlas hati buat .. mmg mula2 sy xleh nak buat benda tu .. first time cuci lampin org mmg muntah .. buat separuh jalan , terus p toilet muntah .. almaklum la x biasa mula2 .. lama2 saya jadi kalis .. blh buat sampai hbs .. kawan2 byk membantu .. siap bagi petua lagi .. agak-agaknya org yang kata keje nus ni keje paling bodoh di dunia dapat x buat mcm yang kitaorg buat ??

sbb saya jadi nurse la saya dpat jaga nenek saya smpai dia menghempuskan nafas terakhir .. sbb saya jadi nurse la sy mampu handle bdk-bdk .. aunty dan uncle saya mmg percaya utk tinggalkan anak diaorg kat saya sbb yakin saya blh buat .. sbb saya jadi nus la jiwa saya menjadi lebih kuat kalau ada masalah ..

saya ada satu cerita nak di kongsi ....

time saya posting kat sebuah hospital ni kuantan .. time tu saya baru 1 year .. saya kene berposting kat wad medical male <-- confirm2 la semua patient lelaki .. ada satu patient ni saya x ingat dia punya diagnosis apa .. maklum la dah lama tinggal .. pt ni x boleh berjalan .. family member dia mmg bagus .. saya tabik la .. time nak tukar lampin pakai buang diaorg involve sekali dgn kitaorg .. yea la mana la kitaorg mampu nak angkat pt lelaki dgn berat bdn kitaorg ni .. nak tunggu kwn2 lelaki diaorg dah turun utk solat dan mkn .. kitaorg amalkan system bergilir .. kene make sure yang student kitaorg ada setiap masa <-- kalau x bising la sister kat wad ... time kitaorg tukar lampin n mandikan patient , anak dia berbual dgn kitaorg .. tanya pasal bidang n penyakit ayah dia .. kitaorg jwb apa yang kitaorg tau .. maklum la time 1 st year byk yang kitaorg x belajar lagi .. last sekali siap bgtau lagi kata kitaorg " kalau boleh saya nak ank sy jd nurse , senang bila sy sakit ank saya boleh jaga saya mcm korg jaga ayah saya ni .. saya dah x perlukan nurse lain bila ank sy bergelar nus " lps kitaorg siap semua sekali , saya lihat air mata seorg ayh mengalir .. saya tanya pak cik " pak cik kenpa pak cik menangis ni ?? kalau pak cik sakit , ingat ALLAH banyak2.. ALLAH sedang menguji pak cik tu .. pak cik kene kuat " korng nak tau apa pak cik tu jawab ?? " maaf nak , pak cik banyak menyusahkan anak .. pak cik x mampu nak mandi sendri , tukar lampin sendri .. pak cik mintak maaf sangat2 ank.. " saya terkedu x terkata.. rasa air mata mahu mengalir tapi kene tahan <--- mana blh menagis dpn pt .. hihihi.. sebelum kitaorg buka tirai pak cik tu sempat berdoa kat kitaorg .. lebih kurang mcm ni la doanya " YA ALLAH , YA TUHANKu , bagilah anak-anak ni kekuatan dalam hidup diaorg , berikan kefahaman dlm pelajaran diaorg . maafkan diriku kerana banyak menyusahkan kerja diaorg , semoga anak-anak ni berjaya dalam hidup mereka dunia dan akhirat .. " kitaorg mengamin kan .. sempat pak cik tu kata " pak cik bangga dgn korg yang menjadi nus " .. lps dr pada tu , hubungan kami blh diibaratkan mcm family .. siap srh kitaorg pggl 'ayh' lagi .. x gunadah perkataan 'pak cik'

mcm ni pun kamu msh kata nus keje yang bodoh ?? fikir2 kan lah ...

apa pun im proud to be a student nus

mood : keseorgan ditinggalkan rmte2 tersayang .. =)






Friday, February 17, 2012

✿ nurse ✿

soalan :

Assalamualaikum ustazah , saya berkerja sebagai seorang jururawat. Tetapi ustazah , apabila saya diberitahu pekerjaan saya , ramai tidak dapat menerima kerana alasan mereka uniform jururawat yang tidak menutupi syariat dan kerja jururawat yang tidak tentu masa. Soalan saya , adakah pekerjaan jururawat tidak sesuai untuk muslimat yang aktif dalam usrah atau halaqah kerana uniform dan juga kerja tidak tentu masa yang membataskan perjuangan . Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa saya , saya tidak berniat untuk riak tetapi kalau diluar waktu kerja saya memakai jubah dan tudung labuh . Mohon pencerahannya


Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :

Waalaikumssalam wbt. Salam sayang buat jururawat ummha yang dihormati . Perkerjaan jururawat sungguh mulia . Perkerjaan jururawat sungguh diperlukan . Berkerja sebagai jururawat suatu ibadat umum yang boleh menuai banyak pahala.

Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat . Dr Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat .

Tanpa jururawat siapa yang akan jaga jutaan muslimah di hospital lebih- lebih lagi di wad OnG

Tanpa jururawat siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal ? Kerja-kerja teknikal biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan

Tanpa jururawat berkesedaran Islam seperti ukhti , siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah ?

Tanpa jururawat yang berjiwa seperti ukhti, siapa yang memimpin usrah dah halaqah untuk para jururawat disana lebih- lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman islam ? Islam milik semua .

Semoga ALLAH memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat .

Semoga lebih banyak institusi-istitusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat menabur jasa .

Berkaitan pakaian suami ana ( DR Farhan Hadi ) pernah mengatakan , dia menemui ramai jururawat yang melonggarkan pakaiannya , melabuhkan sedikit tudungnya dan tiada siapa yang berani mengambil tindakan apa-apa terhadap mereka .

Semoga lebih ramai jururawat hari ini yang berjiwa berani seperti ini dan jururawat akan datang menemui peluang berpakaian yang lebih baik .

Ukhtiku sayangfillah , rasa mulialah dengan tugas muliamu ! Kami semua amat berhajatkan baktimu. Sudah tentu kami lebih bertuah jika anak kami yang lahir disambut oleh seorang doktor atau jururawat yang jiwanya sangat cintakan kepada Islam =)


monologku : teringat kata-kata seorg sahabat " sambil-sambil awak merawat pesakit rawatla pesakit dengan ajaran islam .. bila kata pesakit mengeluh kesakitan ajarkan la dia supaya sentiasa mengingati ALLAH dan redha atas semua yang berlaku "

p/s - classmate saya ramai yang bertudung labuh , terlibat dengan usrah sebgai naqibah tetapi tetap memilih kerjaya sebagai jururawat = )


- kawan2 yang banyak memberi sumber inspirasi utk saya berubah ke arah yang lebih baik -


- kami adalah roomate and classmate -

- Muslim nurses . InsyaALLAH -

Thursday, February 16, 2012

✿ istikharah ✿

ertinya :

" YA ALLAH , saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMU dan memohon penetapan dengan kesuasaanMU juga saya memohonkan kurniaMU yang besar , sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui perkara ghaib. YA ALLAH , jikalau di dalam ilmuMU bahawa urusan saya ini ....... baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya . Sebaliknya jikala di dalam ilmu bahawa urusan ini ........... buruk untukku , dalam agamaku , kehidupan serta akibat urusanku maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya , kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMU itu " ..


YA ALLAH jika engkau ketahui bahawa lelaki ini yang terbaik bagiku YA ALLAH maka kau tentukan dia untukku dan Engkau permudahkanya untuk ku YA ALLAH .. AMIN

" Dalam diam ku simpan cintaku , dalam hening ku kemas semua harapanku, dan ku simpul dalam setiap Istikharahku kepadaNYA . Biarlah kelak nyataNYA yang akan berkisah dalam nyataku "

- " kalau kita sukan seseorg , jangan beritahu si dia . Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya dan ALLAH takkan bagi . Tapi luahkan pada ALLAH . ALLAH maha tahu jodoh kita siapa =) "

~~ hobi saya kali ini suka post2 yang berkaitan dengan kahwin .. musim kawan2 nak kawin .. tambah2 ramai dah classmate yang dah p kursus kahwin .. InsyaALLAH sem ni sy nak g kursus kawin jugak kat uia <-- walaupun calon x der lagi .. saya suka tgk kawan2 yang dah selamat mendirikan masjid mereka .. dah sempurna sebahagian agama mereka .. walaupun tanggungjawab mereka bertambah tapi mereka sgt2 la bahagia .. selalu berdating bersama .. maklum la dah halal .. lagipun persekitaran yang saya ddk sekarang menggalakkan student2 utk kahwin awl .. ramai bdk uia kahwin time study .. ~~

Wednesday, February 15, 2012

✿ assigment ✿

bertambah pulak assigment kali ini .. kali ini untuk subject mental health nursing <-- belajar mental pun ssh gak tp best la .. 1 subject = 2 assigment ..satu individual assigment dan satu group assgment ... utk kali ni group assgment sr asikin yang pilih <-- biasa kitaorg yang pilih sendiri ..

so tajuk assgment kali ini :-

1) group presentation
- tajuk kitaorg dapat : obsessive compulsive disorder <-- group no 2 .. cpt la kene present
- due date : week 6 <-- ada sebulan lagi ..
- 20 min present <-- rasa mcm x cukup sbb byk sgt
- 1/2 presenter <-- confirm sy x nk =)
- group sy kali ini - farrah , awah <-- aka mama ameerah , k.ayu n akmal

2) individual assignment
- treatment compliance in schizophrenic patient
- due date : 20/4/2012

suka belajar mental sbb sr asikin byk cerita menarik pasal mental patient untuk dikongsi dengan kitaorg .. maklum la sem ni kitaorg akn berposting kat wad mental ..

p/s : hari ini byk kali terkepit kat lif .. nasib bdn la .. x perasan yang pintu lif tu tutup cepat .. =( .. sakit kot <-- dah membesar kot sy ni ;p

buat kawan2 thnk ats sokongan korng .. n buat awk jgk =)

YA ALLAH , YA TUHANKU , terima kasih kerana menghadirkan sahabat2 yang baik denganku diwaktu senang dan susah .. sahabat yang sama2 memberi sokongan kepadaku di waktu aku kesusahan dgn masalah2 .. buat korg , sy sayangkan korang semua kerana ALLAH .. semoga persahabatn kita berkekalan ..


seronak pegang perut mom to be ... rasa baby bergerak2 .. rasa mcm x sabar pulak nak kawin ;p

activity di lab <-- menghilangkan stress yang melanda ~~

Tuesday, February 14, 2012

✿ Cabaran dan dugaan ✿

Cabaran sering hadir untuk menguji ketabahan kita . kadangkala kita menyalahkan takdir yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Sikap kita ini menyebabkan kita mudah berputus asa dan mengalir air mata walaupun menghaadapi secebis dugaan . Tanpa kita sedari di sebaliknya ada hikmah yang tersembunyi . kadangkala juga hikmah itu merupakan nikmat yang tidak terhingga dan sebagai manusia kita haruslah bersyukur dan berikhtiar dalam menghadapi ranjau kehidupan yang berliku.

Usahlah kita tanamkan duri dalam daging kita dgn sikap lemah kita . Jika terkena duri sukar utk kita membuangkannya. Anggaplah cabaran itu adalah ujian ALLAH demi menjadikan kita insan yang kamil dan lebih dekat dgnNYA. Ingatlah kita bukan sendirian dlm menghadapi cabaran. ALLAH membantu umatnya. Insan yang berani menghadapi cabaran adalah insane yang tabah . Oleh itu kuatkan semangat kita utk menjadi insan yang lebih sempurna dalam menghadapi arus hidup yang semakin mencabar pada zaman yang serba mencabar ini.


p/s : cabaran utk memahami subject biostatistic & epidemiology <-- sape nak ajar saya subject ni ?? ;p


YA ALLAH , kuatkan hati ku untuk menerima ujian ini .. berhentikanlah air mataku dari terus mengalir .. ikhlaskan hatiku untuk menerima segala ketentuan dariMU .. =)

Saturday, February 11, 2012

✿ Jika aku pilihanmu ✿

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Pimpinla aku menuju redhaNya,

Bukan membuka jalan untukku,

Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,

Pandanglah aku dengan kekuranganku,

Nilai kembali niatmu,

Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,

Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,

Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,

Kepada yg menentukan,

Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,

Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,

Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,

Menjadi permaisuri hati,

Ketahuilah,

Tidak ku pinta kemewahan dunia,

Tidak ku mahu kaya harta,

Tetapi aku minta,

Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,

Berikan aku jaminan,

Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,

Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,

Ketahui la,

Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,

Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”


Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.



Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~



kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/jika-aku-pilihanmu/#ixzz1m1YKY0DP


p/s : " YA ALLAH , jika benar dia jodohku .. kau satukanlah kami dengan ikatan yang halal disisiMU .. YA ALLAH jika benar dia milikku , kau dekatkanlah hati kami dengan kasih sayang yang mendalam .. JIka benar dia yang terbaik buatku kau peliharalah perasaan cinta antara kami agar kami saling mengasihi , saling menghormati .. Tapi seandainya kami tidak dijodohkan utk bersama dan dia bukanlah yang terbaik untukku YA ALLAH kau tunjukkanlah kebenaranMU agar hati ini akur dengan kehilangannya .. Kau jauhkanlah hati kami dari sebarang perasaan .. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMU ..