Sunday, March 04, 2012

✿ melaka ✿

entri kali ini berkaitan dgn aktiviti berhujung minggu .. k.naimah dah lama ajak saya ke melaka .. p umh abg dia kat sana sambil jalan2 melaka .. mula2 nak p mmg agak berat hati maklum la assigment berlambak .. hal program x settle lagi .. dean tak bagi p umh org asli .. so kami decide nak buat kat rumah anak yatim .. ayat yang sama di tanya oleh k.naimah kpd saya " jadi tak ??" dan jawapan yang sama saya bagi ke k.naimah " tunggu nak g beli tiket saya bgtau " hihi.. nak buat solat isthkirah dulu .. blh ke mcm ni ?? last2 saya decide utk ikut k.naimah ke melaka .. nak g umh su segan dah <-- sejak bila la saya segan dgn su ni ?? ngeh2 ... p pun sbb sy mempunyai alasan yang betul2 kukuh ..

1) roomate2 saya semua tak der kat bilik .. izat p sarawak .. mc na p Kl .. muni dia kata nak balik umh kakak dia .. saya mana blh ddk sorg2 dalam bilik .. jiran sebelah pun balik gak .. so mmg kene ikut k.naimah la..

2) kesian ke k.naimah yang bersungguh-sungguh ajak saya p ..

kami bertolak jam 8.45pg dr kuantan .. kami ni pergi berdua tp diiringi sekali dgn tasha n yana yang merangkap roomate k.naimah n classmate saya .. jln ke melaka sungguh mencabar .. serik pun ada nak p sana lagi .. pening kepala x yah ckap la .. cukup la sekali ni .. kami sampai di melaka sentral jam 2.30 ptg .. lama jgk perjalanan dr kuantan - melaka ni .. ingtkan dekat jer =_=

day 2

k.naimah ajak kitaorg p melaka wonderland .. ni pun salah satu sbb saya p sana .. semangat kitaorg nak main air sampai terlupa yang tempat ni buka jam 11 am .. patut la time kitaorg sampai suasana x meriah pun lagi .. so k.naimah bawa kami ronda2 melaka .. naik kapal , p beli barang2 utk dibawa pulang kat roomate .. around 3 pm kami sampai ke melaka wonderland .. tempat ni nak kata best ok la ... tp mainan dia x la sebanyak mana pun .. yang penting kami blh main semua mainan tnpa ada sekatan .. ada sesetengah tmn tema ni x bagi main kalau ppuan x pakai baju mengikut kehendak mereka .. aish .. takkn la kami nak pakai swimming suit kot .. apa pun kami enjoy main kat sini .. tambah2 org tak ramai .. so x der la nak beratur time nak main .. "penjaga" disini semua nya psikologi <-- betul x eja dlm bm ?? kat sini la pentingnya ilmu utk reverse psikologi .. mmg kene la kitaorg hari tu .. rasanya lps ni nak p dgn suami la.. cnfrm2 la diaorg x kn buat mcm hari tu .. ada suami yang jd pelindung utk isterinya ;p



A - The Tordano Chaser
B- The Rexy Ride
C- The Wave Rider
D- The Pendulum

paling saya suka main adalah gambar mula2 .. paling mebcabar adalah the pendulum .. org2 seperti k.naimah n liyana boleh la nak naik banyak kali pun ..



~ sampai juga akhirnya ~

~ kapal ~


day 3

lps hantar tasha p terminal sbb dia nak balik Kl umh kakak dia , k.naimah sekali lagi ajak kitaorg ronda2 melaka .. maklum la semalam x sempat nak ronda hbs .. masa tdk mengizinkan .. hari ini ramai pelancong dr china nak ambik gambar dgn kitaorg .. lps sorg , seorg .. naik penat gak la .. mula2 ingtkan dia nak srh kitaorg ambik gambr tp rupanya nak kitaorg msk sekali .. ptg tu kami naik menara taming sari .. tinggi kot menara tu .. fobia jap .. saya time tu diam x terkata .. k.naimah n yana sibuk bergambar .. maklum la dua2 jenis yang lasak .. saya jer yang ayu ;p .. time tu diaorg ajak bergambr pun sy tolak .. mmg x dilayan permintaan diaorg .. sori korng .. fobia punya pasal ..

~ org yang fobia mcm saya sila la naik ~~



~ cepat la balik .. dah penat ~

day 4

pulang ke bumi uia .. sampai2 dpt col dr umh tnya " nak suruh umi abah dtg kuantan ke cuti sekolah ni " hoho.. riang x terkata hati ini .. hari tu pernah tanya umi " tak nak dtg kuantan ke cuti ni ? " tp jwpan yang sedih saya dpt " abah kene ngajar time tu " reda jer hati ini bila dpt jwpn tersebut .. sbb tu la saya ambik keputusan utk ke Kl .. ddk umh su , ayh nie dgn ayh joe ... mungkin ada hikamhnya .. kadang2 terfikir mcm nak bongsu pulak perangai tp tu la org kata time tak kawin ini la kene spend masa bersama family bila dah kawin kene lebihkan masa dgn suami pulak .. maklum la bila kawin tanggungjwb sudah berpindah .. =)

Wednesday, February 29, 2012

✿ Dalam Hati Siapa Yang Tahu ✿

Hati ,

siapa yang mengetahui isi hati seseorang ? Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang ? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia ? bila seseoarang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih ? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat ?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada didalam hati hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita sehingga membuat kita bersedih.


Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel , jangan sampai orang lain kene getahnya . cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan ALLAH lah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya ALLAH tempat kita mengadu , tempat kita berserah diri . " Cukuplah ALLAH menjadi penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung "

Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat . Ya , di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini , dia sedang menunggu hari besar dlm hidupnya . Saya dapat membayangkan hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan , kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya , disini ada hati yang terluka kerananya , sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa hati yang sakit disaat dia sedang merasa kebahagiaan yang sempurna ? Tahukah anda bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa ?

Dalamnya hati siapa yang tahu ? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah dan tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka ?

Kita ingin menangis saat itu , tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya ALLAH dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati , hanya ALLAH tempat kita mengembalikan semua rasa didalam hati, hanya ALLAH pengubat duka & lara, hanya dengan mengingati ALLAH lah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang meranggut kebahagian kita, kita tidak ada seorang pun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali , menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasullah " Perbanyakkan membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan " ( Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a)



Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin



kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/dalam-hati-siapa-yang-tahu/#ixzz1nmC8QS6H


p/s : bangga dengan seorang classmate yang berani tampil kehadapan .. kami bukan seperti yang korang fikir .. =)



Tuesday, February 28, 2012

✿ semoga tabah ✿






setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi .. semoga saya tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan liku2 ... teringat kata awk dalam hidup kita kene ada rasa sedih , ada masa kita gembira, ada masa kita rindu .. yup betul kata awk tu sebab hari ni saya merasai apa yang awk kata sedih , gembira , rindu =)


✿ 2nd day ✿

hari ke dua kami di Kl , kami mengambil keputusan utk berjalan-jalan di mid valley .. maklum la kami dah lama x menjejak kaki ke sana .. rasa2nya dah hampir 3 tahun kot .. habis jer foundation kat PJ mmg x pergi la .. kalau p Kl pun jarang la p sana sbb saya bkn jns yang suka pergi ke tempat org ramai .. rimas + serabut sesak2 ni .. biasa kalau p just p tempat yang nak dituju , ambil barang yang nak beli , bayar n balik .. mudah dan cpt <-- kalau dpt suami suka shopping mmg nasib bdn la .. kene bersabar la .. tp ada ke laki yang kaki shopping ??

disebabkan hari tu hari jumaat so dlm fikiran saya mungkin x ramai kot kat mid .. weekdaykan .. org sibuk berkerja .. kalau nak ddk umh uncle mmg bosan la .. bdk2 semua sekolah .. x der org kat umh .. kami naik train ktm kat putra n terus ke mid .. tp malangnya kami mkn buah langsat hari itu .. dah x ingt mcm mana nak p mid ... izat dah berbisik kat saya " betul ke ni ?? rasa mcm jauh je kita p .. rasa mcm x logik pulak dgn harga tiket rm1 .. " saya mmg rasa apa yang izat rasa .. so msg la my friend tnya balik mcm mana nak p mid .. sepatutnya kitaorg turun kat Kl central n tukar train tp kami x buat mcm tu .. hahaha.. kalut dah time tu .. sampai mid pun dah kul 12.30++ .. tp still ramai org .. aish laki2 ni x pergi solat jumaat ke ?? x kn nak solat jumaat dlm mid jer .. mungkin diaorg pun musafir mcm kitaorg jgk <--husnulzan =) .. xder apa pun yang kami beli kat sini sbb x der yang menarik perhatian tambah dgn serabut tgk ramai sgt org .. kitaorg menghabiskan masa kat food court jer lps membeli barang yang di pesan yana sambil tggu kawan dtg jemput kami <-- lagi tenang ddk food court sbb x ramai org .. tp tujuan kami ke mid adalah utk membeli cool blog <-- ada bdk mengidam nak minum .. kalah ibu yang mengandung * bkn saya ae * malangnya seluas2 mid xder org jual cool blog .. sabar ae sayang , kita cari kat kuantan kat kp .. confirm ada ..

lps ke mid , kami ambik keputusan utk terus balik umh uncle sbb x elok la ank dara mcm kami ini balik lps maghrib ... tp sebelum tu singgah kat jusco wangsamaju jap beli cool blog .. kesian kat org mengidam .. lps dapat apa yang di idam kami balik .. x sampai 10 min pun kami kat jusco .. beli , bayar m n terus balik .. senang keje .. lagipun jusco dgn umh uncle dekat jer .. dlm 5 min kalau naik kereta ..

sampai2 di rumah , si kakak n adik masuk bilik kitaorg bagitau yang diaorg request utk kitaorg tido kat bilik diaorg .. kata si kakak " malam ni k.yong dan k.izat tido bilik bal n eisha ae .. k.yong n k.izat dah nak balik esk " alahai sweetnya korng .. nak tolak x sanggup .. sanggup diaorg tido kat ruang tamu utk tunggu kitaorg hbs mkn mlm takut kitaorg x naik bilik utk tido bersama .. nak tak nak mmg kene tido dgn diaorg la ... (^_^) <-- salah satu cara utk menghilangkan stress adalah melayan kanak2 ..


next - berjalan2 mencari buku ~~

p/s - pening kepala cari bahan utk assigment subject mental .. sape nak tolong saya ??


Monday, February 27, 2012

✿ weekend yang menyenangkan ✿

rasanya dah lebih 3 hari x update blog .. maklum la sy menspendkan masa hujung minggu di kl utk meluangkan masa dgn sepupuku di sana .. lagipun minggu lps kls x full sangat .. baru nak perasaan yang credit hour saya sem ni hanya 12.5 tp awk lagi sikit .. aish =_= .. mak saya awl2 lagi dah pesan jangan pergi Kl seorg diri .. maklum la KL ni busy .. mcm2 boleh berlaku .. so saya decide nak p dengan izat .. dia pun nak g beli buku jgk <-- hantu buku budak ni .. walaupun voucher dah hbs tp still nak beli jgk + nak renew membership punya card .. patutnya kitaorg plan nak pergi minggu pertama msk kls .. tp tu la org kata kita merancang , Allah pun merancang tp perancangan yang terbaik adalah dari Allah .. kitaorg bertolak lebih kurang jam 2.30 ptg lps settle urusan solat , makan semua .. walaupun blh jamak taakhir tp apa salahnya kita dahulukan solat .. hati pun senang dalam perjalanan .. kita pun x tahu apa yang akan berlaku nanti .. lebih kurang 5.30 pm , kitaorg sampai kat Kl <-- laju kot driver bus bawa .. x lena nak tido .. kepada pemandu2 bus semua jgn la bw laju2 .. kesian kat penumpang ... kedatangan kami di sambut oleh bdk2 kecik .. maklum la dah lama x jumpa .. aunty pun siap hidang pizza dgn air lagi lps kami sampai .. <-- thnk umi hae dgn ayh nie yang sudi bagi tumpang tido kat umh ..

aktiviti kami :

melayan bdk2 ni main .. <-- mcm bdk kecik rasa .. mana taknya kitaorg main mainan kanak2 .. mungkin tu salah satu factor sy n izat x berapa nak matured .. jiwa kanak2 masih byk di dlm diri kami berdua .. walaupun begitu , kwn2 yang dah kahwin selalu kata xpe x matured pun bila dah kawin matured itu akan berlaku dgn sendirinya .. kadang2 terfikir betul jugak kata2 mereka ni .. saya boleh lihat pada classmate yang dah kawin dan akn berkahwin x lama lagi ..apapun cousin2 ku hepi bila kami bermain bersama2 .. lagi pun kesian kat diaorg yang tunggu kitaorg utk main bersama <-- lps solat, mengaji diaorg terus ajak main .. bagus cara didikan mak cik dan pak cik saya .. lps solat , umi hae sendiri yang akan ajar anak2 mereka mengaji Al-Quran .. walaupun umi hae seorg guru <-- confirm2 la busy dengan kerja .. buat soalan .. saya pun boleh rasa apa yang umi hae lalui .. maklum la mak ayh sy pun cikgu jgk , tp tanggungjawab mendidik anak dgn didikan akhirat tidak dilupakan .. moga2 saya menjadi sepertinya .. si kakak baru darjah 3 n si adik baru masuk darjah 1 .. tp peragai mereka berbeza .. si adk selalu mengalah dgn si kakak .. adik kecik jer mcm bdk umur 5 tahun .. ingatkan bila dah sekolah dah berubah tp still maintain .. patutlah selalu kene kacau kat kwn2 dia .. teringat cerita mak cik saya yang si adk balik sekolah menangis2 .. bila di tanya kenapa si adk menjawab yang bdk laki tolak dia sampai jatuh gara2 nak balik cpt .. tanya si adk knpa la bdk laki ni nakal sgt <-- bdk laki ni nakal ke ?? dulu saya sekolah semua ppuan so x tau la .. jwb si ibu biasa la bdk laki mmg mcm 2 .. nakal .. =)

kat umah uncle saya ada 3 ekor ular .. sape2 nak rasa nak pegang mari la .. <-- saya geli nak pegang .. kata umi hae bukan senang nak masuk syurga <-- semua gara2 dia geli dengan ular tp uncle saya still beli ular sbb minat kat binatang tu .. nak tak nak kene terima la hobi suaminya =)

p/s - kisah bersambung next entri (^_____^ ) .. disaat ini saya rindukan mereka yang menceriakan hidup saya ..


Wednesday, February 22, 2012

✿ usrah ✿

kali ini saya dan izat mendapat mandat dr k.intan utk present pasal jihad dan mehnah .. so izat ambik jihad , saya ambik tajuk mehnah.. usrah kali ini di pengerusikan oleh wan muniyati aka muni <-- rmte saya juga .. majlis bermula jam 8pm kat surau .. majlis dimulakan dgn al-fatihah dan bacaan surah at- taubah ayat 107-111 yang berkaitan dengan tajuk yang kami akan present.. bkn present secara serius pun .. just secara santai .. masing2 blh tambah apa yang kurang ..

izat bercerita pasal jihad ... jihad ni berasal dari kata kerja 'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan sepunh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya dijalan ALLAH (fisabilillah) . Jihad ni terbahagi kepada dua iaitu asghar (kecil ) dan akbar (besar). Jihad yang paling besar bukan jihad berperang di medan perang tapi jihad melawan hawa nafsu .. Sabda Rasulullah saw ketika baginda baru saja kembali dari perang Badr dan diriwatkan oleh banyak hadis :

" Kita kembali dari jihad yang terkecil menuju jihad yang besar iaitu jihad melawan hawa nafsu "

Mmg susah nak melawan hawa nafsu ni .. izat memberi contoh yang berkaitan dengan kehidupan kami sebagai seorg pelajar :

1) azan subuh berkumandang .. kita tersedar .. adakah kita akan terus bangun dan menunaikan solat atau berkata " sambung tidur la dulu 5 min lps baru bgn solat "

2 ) jihad utk hadirkan diri dlm majlis2 agama .. <-- kalau time2 kul 8 mesti ada jer bnda nak buat tp kami bersyukur kerana dapat hadir dlm usrah kali ini .. <-- bnyk faedah kami dpt sepanjang msk usrah ni .. ada kawan yang sama2 membimbing kita =)

~ byk lagi contoh izat bagi tp lupa dah .. maklum la short term memory ~

mehnah bermaksud ujian .. mehnah dalam perjuangan adalah sunnatullah bagi menguji dan memperkukuhkan serta membina kekuatan .. Hadis Rasulullah saw bermaksud

" orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah , mukmin yang dengki padanya , munafik yang benci padanya , kafir yang memeranginya , syaitan yang menyesatkannya, dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya "

Allah swt menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa mehnah dan kesulitan dlm kehidupan itu adalah merupakan ujian bagi menguji tahap keimanan seseorang itu .. sebagai contoh .. ujian hati .. rasanya semua org akan melalui termasuk diri ini .. ujian utk berkahwin dan berpasangan .. saya x nafikan semua ini tambah2 sy ddk dlm lingkungan rakan2 yang kebanyakkan sudah berumah tangga <-- imej uia .. kahwin time study .. sy pun mempunyai keinginan yang sama cuma masa yang belum tiba .. Allah mengatakan yang dia tidakkan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu utk menghadapinya .. teringat kisah k.intan yang boleh kita jadikan ikhtibar

" ada seorg hamba ALLAH yang akan melangsungkan perkahwinan .. kad-kad jemputan telah diedarkan kepada sahabat , family , hantaran yang telah siap , pelamin telah siap di hias .. tunggu saat seorang lelaki melakukan akad sahaja .. sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung , si lelaki memutuskan utk tidak berkahwin dgn perempuan ini atas sebab2 tertentu .. apa reaksi kita bila kita berada di tempat perempuan itu .. kalau saya , confirm2 la rasa nak marah , geram , menangis dan seumpamanya .. tapi perempuan ini menjawab " mungkin ada hikamahnya .. saya ingin berhusnun zan dengan dia tetapi jika sekali lagi dia datang meminta saya tidak akan menerimanya .. " <-- sungguh kuat hati perempuan ini .. semoga saya tabah seperti dia .. mungkin lelaki itu bkn jodoh dia dan akan ada lelaki yang lebih baik dan layak untuk perempuan itu .. "

Cuba kita singkap sirah perjuangan para Nabi , sahabat & ulama' bleh dikatakan kesemua mereka terpksa berdepan dengan datang bersilih ganti .. ada yang difitnah , di ugut , di seksa tp mereka ttp sabar dalam menghadapi ujian .. Sebagai contoh

mari kita sama-sama hayati peristiwa cubaan utk membunuh Rasulullah oleh kaum musyrikin mekkah . walaupun sasaran utama mereka adalah Rasulullah tetapi jika kita halusi , mehnah sebernanya adalah ditujukan kepada 2 tokoh yang terlibat sama iaitu Ali dan Abu Bakar . Ali yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi tetapi demi kecintaannya terhadap Rasulullah & islam tdk sedikit pun gentar dan membantah apabila disuruh menggantikan Baginda Rasulullah berbaring ditempat tidurnya . dan begitu juga dgn Abu Bakar yang sanggup menemani Rasulullah di gua thur dan sesetengah riwayat menyatakan Abu Bakar sampai mengalirkan air mata menahan kesakitan apabila di gigit binatang berbisa demi melindungi Nabi

p/s - semoga awk sentiasa tabah ( ^____^ )




Tuesday, February 21, 2012

✿ dalam diam ✿




ada..sesungguhnya ada….

ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…

sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…

aku menanti untuk yg halal hadir
menjemput diri seperti yang ditakdir
kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani..

dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…