Saturday, February 08, 2014

✿ 10082013 ✿

Alhamdulillah pada tarikh ini saya selamat di ijab qabul dengan pasangan pilihan hati mohammad anas .. Subhanallah .. Awak tercipta untuk saya untuk meraikan cinta dengan ikatan yang sah ..

walaupun busy dengan reseach dan posting majlis kami berjalan dengan lancar dengan izin ALLAH .. saya balik rumah pun 2 minggu sebelum majlis ..  terima kasih yang tak ternilai buat keluarga yang banyak membantu saya menguruskan perkahwinan saya ni .. banyak wang yang mengalir dr umi abah yang menjadi penaja perkahwinan ni .. semoga ALLAH memberkati kalian.. maklum la anak mereka ni tidak berkerja lagi time tu ( time ini pun masih tak berkerja ). Gubahan hantaran pun dibuat oleh mak sedara yang kreatif .. 

Walaupun peristiwa ini dah hampir 6bulan berlalu ingatan saya masih segar saat kita untuk diijab qabul pada pagi 10082013 di masjid taman uda murni .. macam2 peristiwa yang berlaku sebelum kita kahwin ... mungkin silap saya time tu sampai buat awk mengalir air mata sebelum kita berkahwin .. sanggup jumpa ayah saya sehari sebelum kita kahwin untuk setttlekan masalah kita .. ikhlas saya katakan saya kagum dengan tahap kesabaran yang ad di dalam diri awk wahai en suami .. dan ikhlas saya katakan yang saya tak berdebar langsung time awk akad nikah .. siap boleh balas-balas msg dengan kawan lagi time tu .. 


Anyway, saya nak berkongsi sedikit gambar kahwin saya



bersama keluarga yang banyak membantu 




thank mc na dan ah yang sudi hadir pada majlis kami .. kedua2 mereka pun dah selamat bergelar PUAN 




kawan-kawan sekolah men 


✿ last posting ✿

Alhamdulillah .. settle sudah posting yang terakhir setelah penat lelah melalui liku2 bergelar pelajar kejururawatan selama 4 tahun. tempat terakhir kami ditempatkan adalah di rumah seri kenangan cheras sesuai dgn elektif kami gerontology .. kali ini postingmates kami tak ramai.. hanya 7 orang je yang ambil elective gerontology .. awah, mc na, anum , zana, atiqah dan adi menjadi postingmate saya kali ini .. so untuk posting di tempat ini memerlukan kami untuk tinggal di uia gombak .. kami di tempatkan di sana selama 2 minggu .. RSK cheras merupakan tempat orang2 tua berlindung.. tempat ini sangat2 cantik dan cukup lengkap dengan kemudahan .. ada klinik , tempat berkebun, surau . dorm diaorng pun kemas ..


- di klinik- 

First day kami , kami pakai uniform .. macam biasa la mula2 kami diberi orientasi tentang RSK ini .. apa itu RSK, carta organisasi dan aktiviti2 yang biasa penghuni buat .. maklum la time yang kami pergi ni time bulan puasa .. nak buat aktiviti berat2 mmg tak boleh la .. hari2 lain kami diberi kebebasan untuk berpakaian bebas dengan syarat menutup aurat dan berseluar. 


- kene berbincang aktiviti2 yang ingin dilakukan sepanjang kami berposting disana - 


Antara aktiviti yang kami adakan sepanjang berada di sini 

1- kami belajar membuat kraftangan .. bekas untuk mengisi biskuit2 raya .. maklum la time ini tengah puasa.. dah nak raya dah .. hasil2 buatan ini akan dijual kepada orang ramai .. aktiviti2 ini melibatkan kami dan penghuni RSK yang berminat .. 




2 - tarian poco2 .. tarian ini diajar oleh guru dari UPM setiap hari pagi khamis kalau tak silap .. 




3-  sharing moments .. Hati ini tersentuh tak kala mendengar cerita penghuni di sini .. Tak terbayang rasanya dihati ini jika kita di tempatkan disini suatu hari nanti .. Jauh di sudut hati , saya berdoa agar kita2 semua dijaga dengan baik oleh anak bila kita tua dan sakit nanti .. Menitis air mata penghuni bila menceritakan sebab mereka berada di sini .





4.  membuat kad raya.. Alhamdulillah sambutan yang menggalakan dari penghuni .. kami membantu mereka mereka untuk membuat kad raya ..ada yang berniat untuk memberi kepada anak, saudara dan juga sesama rakan .. 




Apa-apa pun kami sangat enjoy berposting disini ..Apa yang kami belajar adalah erti syukur kerana dikurniakan keluarga yang dapat menjaga dan mendidik kita supaya menjadi insan yang baik .. hargailah ibu bapa kita yang telah penat lelah membesarkan tanpa kenal erti penat.  kisah2 hidup mereka dapat kami ambil ikhtibar untuk dijadikan pengajaran dalam menghadapi masa2 yang akan datang.. 




- kami bersama lecturer sr munirah - 

Saturday, August 31, 2013

✿ Beruntungnya menjadi seorang suami ✿

- tgk isteri dengan penuh kasih sayang dapat pahala
- senyum kat isteri dapat pahala
- bercakap lemah lembut dgn isteri dapat pahala
- belai rambut isteri dapat pahala
- cium isteri dapat pahala
- peluk  isteri dapat pahala
- bergurau dgn isteri dapat pahala
- bermanja dgn isteri dapat pahala
- puji  isteri dapat pahala

* copy from ustaz nasir *

indahnya ikatan sebuah perkahwinan .. 

p/s: Alhamdulillah 



Friday, March 08, 2013

✿ Hikmah 5 sebelum 5 ✿







Pertamanya, sangat kagum dengan tawaduknya jiwa Che Amran dan isteri dalam mendidik anak. Setiap kali menghantar anaknya ke sekolah, mereka bersalaman, dan mencium kepala anak sambil mendoakan '"Ya Allah, faqihkan kami dalam agama MU dan ajarkan kami memahaminya. Ya Allah kayakan hati kami dengan ilmu, hiasi kami dengan lemah lembut, dan muliakan kami dengan taqwa dan cantikkan kami dengan kesihatan". Serta beberapa amalan-amalan lain. Hasilnya, anak-anak mereka cepat matang, mengurus diri sendiri bila keduanya tidak di rumah.

Kedua, kagum dengan Puan Isyah Radhiah (penulis) yang mengurus 8 orang anak tanpa pembantu, dengan suaminya yang sibuk mengadakan konsert di seluruh negara. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat phD di UKM. Sayang buku ini tak menyediakan profil lengkap penulis.

"Jangan harapkan sangat anak ini; dia tidak hidup lama. Kalau mengikut kata doktor veteran, elok dibawa melancong ke mana-mana, hiburkan hatinya. Biar dia menikmati kebahagiaan sisa hidupnya" - Harapnya rakan-rakan yang bakal bergelar doktor tak begini. Tak ada hati namanya.

Che Amran dan isteri telah menolak pembedahan membuang tumor di otak anaknya, menggantikan dengan perubatan alternatif. Ramai doktor tidak setuju dengan keadaan anaknya yang kritikal, malah saya sendiri. Tapi alhamdulillah, selepas beberapa bulan jalani rawatan, sebelah matanya yang saraf terganggu akibat tumor, pulih. 


p/s: thank pemberi buku .. sinopsis & pandangan dr pemberi buku  

Friday, February 22, 2013

✿ jadual yang super duper rilex ✿

Alhamdullillah , akhirnya sem ini menjadi sem last utk tamatkan pengajian selama 4 tahun .. 4 tahun di kuantan , 2 tahun di PJ .. jumlah 6 tahun .. wow.. tak sangka begitu lama masa yang diambil utk mendapatkan segulung ijazah .. sem ini sem yang paling rilex disebabkan hanya fokus kepada research and elective subject .. so jadual kitaorg tak der la padat mcm junior2 kitaorg tu .. kls dr pg sampai ptg .. kls kitaorg ?? 2 minggu sekali .. tu pun utk elective subject .. Tp, kitaorg kerap je tunjuk muka kat tempat belajar disebabkan oleh kene kerap jumpa supervisor kitaorg .. biasalah , kene present proposal kitaorg , nak kene submit kat IIUM lagi , kementerian lagi .. so x der la istilah kata berehat semata2 ..


~ jadual week 4~ 

Untuk minggu depan , kls saya just hari isnin n selasa jer .. tp saya kene settlekan hal utk research saya .. semoga dipermudahkan urusan

✿ erti persahabatan ✿


 ~ menggunakan masa sepenuhnya dgn seorg insan bergelar sahabat ~


bermulanya sebuah persahabatan ,
dengan sebuah pertemuan ,
dari situ bermulanya satu ikatan suci,
antara dua hati yang saling memahami .

persahabatan ini dihiasi ,
kejujuran seorg teman ,
kesetian seorg kenalan,
kasih sayang seorg rakan .

ilmu dikongsi tanpa ada tersembunyi ,
rahsia dibicara sesama sendiri ,
menjadi tanda persahabatan yang suci,
semoga berkekalan sampai mati

kepada-mu Allah ,
ku berdoa agar tiada titik perpisahan ,
dalam persahabatan ini,
kerana ikatan yang terjalin ,
sama utaian tasbih ,
yang tiada penghujungnya .



~ tahniah buat sahabat yang bakal berkahwin tahun ni .. saya tumpang gembira + bergambar =) ~



~ kami adalah roomates ~

Sunday, December 16, 2012

✿ week 1 : CCU HUKM ✿

1 st day 

morning shift ... datang2 kene report duty kat team leader (TL) SN Ratna .. SN ratna la yang bg briefing pasal wad ... CCU ni ada 8 beds ..  setiap patient diberi satu bilik except bed 7 dan 8 yang berkongsi satu bilik .. setiap bilik ada monitor utk monitor vital sign .. kat sini tak perlu lagi nak buat manual .. semua guna mesin .. catit je .. kat sini semua teratur dan kemas .. nak cari barang pun mudah jugak .. TL yang bahagikan tugas .. Nisbah nurse: patient kat sini adalah 1:1 .. senang ..  saya kene jaga bed 1 .. patient India baru berusia 30an .. patient ni tgh tunggu utk buat permenent pacemaker .. patient ni baru seminggu tahu yang dia ada masalah jantung .. dalam tempuh 2 minggu, dia perlu mengumpulkan duit lebih kurang 12 ribu utk menjalani operation ni .. time saya posting patient ini on temporary pacemaker on the right IJV.. patient ni biasanya develop slow heart rhythms (bradycardia).. bila saya ambil history taking patient ni , patient bgtau yang experience symptoms seperti fatigue, dizziness sebelum ni .. dah banyak kali ke hospital kerajaan tp bila check DR just bg vitamin , tak der la nak buat investigation lain .. function pacemaker ni adalah untuk prevent the heart rate from getting to be too slow .. kalau tgk heart rate patient around 60 tu normal la .. wife patient ni sgt2 la setia dgn suami .. selalu ada bersama dgn patient ni ... suka tgk diaorg .. nak bercakap byk dgn patient byk2 x boleh .. kesian kat diaorg .. diaorg perlukan rest yang cukup



- pacemaker-

p/s: harap2 saya dapat menjaga suami saya bila dia sakit (^_^)

2nd day 

pagi2 Sr Azizah lecturer yang jaga kitaorg datang .. Sr Azizah pun dgr pass report staff nurse malam .. kagum saya dgn sr Azizah .. datang jengkuk kitaorg di awal waktu .. kali ni saya dapat patient baru .. diagnosis patient saya adalah APO secondary ACS .. patient on ventilator (Bipap) .. so dia guna ICU chart .. kat sini la belajar mcm mana nak record vital sign dalam ICU chart .. patient ni seorg pesara .. ex-engineer kat syarikat HONDA kalau x silap .. 68 years old .. patient ni banyak bagi nasihat kat saya .. maklum la org banyak pengalaman merantau ke hampir seluruh dunia .. mula2 berkenalan dgn patient ni dia ckp dia just kerje biasa2 je .. kutip2 sampah .. bila dah ada "repor" yang baik baru lah pak cik ni citerkan latar belakang dia .. dia pun ada bgtau saya tak payah la nak kerja kat arab sbb penat .. org sana jadikan kita mcm hamba .. jgn dikejar sgt duit .. isteri dia pun baik jugak .. hari ni jugak kami berpeluang utk patient on CCVH (continuous veno venous hemofiltration). patient ni merupakan patient dr ICU .. disebabkan ICU HUKM penuh so patient ni di tumpangkan kat CCU .. Function CVVH adalah untuk correct and control electrolyte imbalance and also to remove fluid .. patient ni wadmate saya yang jaga .. bukan senang nak jaga patient on CVVH ni .. kejap2 kene tukar setting mesin dia .. patut la ratio nurse patient kat sini 1:1 ..



- CVVH-

p/s: staff nus kat sini semua baik2 .. knowledgeable .. bila kita tanya soalan explanation dia ringkas tp padat .. senang nak ingat .. 

3rd day 

same like 2nd day 

4th day 

Shift petang .. masuk shift kami berpeluang utk ke OT (dewan bedah) utk lihat procedure angiogram .. sebelum masuk OT kami kene tukar baju , tudung semua .. tp kami masuk kejap je sbb x selesa dgn keadaan kami time tu  .. time kami masuk procedure dah hmpir separuh jalan .. kami ddk je dlm bilik pemerhatian bersama2 pakar .. pakar HUKM pun baik .. siap ajar dan terangkan utk kitaorg lagi .. balik2 CCU , sr azizah dah tunggu kitaorg .. Sr ckp yang ada patient kene intubate .. so sr ajar cara2 nak prepare barang2 utk intubate patient .. sedang kami belajar tiba2 blood pressure patient drop slowly .. cpt2 bgtau sr n sr pun cepat2 panggil dr .. dr prepare utk buat CPR .. time ni kitaorg berpeluang apply apa yang kitaorg belajar time CPR course .. lesen pun dah dapatkan .. patient survive after 40min CPR .. berapa byk adrenaline dimsukkan .. Dr dah slow talk dgn family patient .. pengalaman CPR kali ni sangat berharga .. bkn senang nak dapat peluang mcm ni .. n bukan senang jugak nak perform CPR .. tak sampai 5 min buat dah tukar org .. kene guna tenaga dalam .. bila patient dah stabil semua, prepare ubt baru lah kami beransur utk rehat n solat .. lebih kurang jam 6.30 ptg , patient yang sama collapse balik .. kali just buat CPR je .. tak der nak mskkn ubt .. kata Dr ,patient ni sebenarnya dah lama xder tp disebabkan ubt dia survive balik .. relative yang request utk buat CPR ... darah keluar dr mulut paient disebabkan internal injury .. bila kami tnya cause Dr citer la satu persatu .. time ni ad seorg HO, 2 org staff nus , ada 2 org students .. kami bergilir2 buat CPR .. staff nus lain perlu take care patient yang br msuk ..  lebih kurang jam 7.10 pm kami stop perform CPR.. Dr pun inform yang pt ni meninggal dunia kat relative dia .. kami bersiap sedia utk buat LO (last office) .. nasib baik staff nus bersama2 dgn kitaorg .. kerja menjadi makin mudah .. 

p/s: hati2 bila bg ubt pada patient .. kecuaian blh menyebabkan patient meninggal ... 

last day

same like 2nd and 3rd day 

p/s: enjoy ddk CCU .. byk input (^_^) 

Saturday, December 08, 2012

✿ perjalanan hidup ✿

Posting utk kali ni saya dapat CCU, ONCO wad , Surgical Female ..

24/11/2012

Kami bertolak dr uia kuantan ke uia gombak jam 10.30 pg .. sepatutnya pkul 10 .. pak cik bus xder kat uia .. diaorg kene hantar org ke pekan terlebih dahulu .. ok.. alasan yang boleh diterima akal .. sabar je .. classmate yang uruskan bus turun n tolong kitaorg angkat barang .. bukan sikit barang kitaorg .. mcm nak ddk sebulan .. maklum la ddk kat tempat org semua benda nak kene bawa .. baldi, heater, iron .. kan x pasal2 x iron baju posting utk 2 minggu .. thnk k.diana yang uruskan perjalanan kitaorg .. kitaorg selamat sampai kat uia jam 3 petang .. sebelum tu jalan dah jem sbb ada buat pehimpunan hijau kalau x silap .. first time tgk perhimpunan mcm tu .. nak kata ramai tak la ramai sgt .. biasa2 jer .. kami di tempatkan di mahallah sumaiyyah .. bilik still sama mcm uia kuantan .. roomate saya kali ni adalah ah , fadilah , n mum to be puan munirah .. nasib baik dapat blok yang dekat n ground floor je .. tak la penat sgt .. tp nak angkut barang mmg penat .. pak cik bus tinggal kitaorg kat jalan nak masuk jer .. katanya bus panjang tak dpt masuk dlm mahallah .. k fine .. walaupun dah pujuk pak cik hakikatnya alasan yang sama di beri .. kitaorg tak kisah pun nak naik tp kesian kat ibu mengandung .. dah la baru first trimester .. nasib kami baik sbb ada seorg sister yang sanggup tumpangkan dia .. kami ?? kami just tumpangkan barang jer .. terima kasih sis .. sampai2 bilik terus kemaskan barang n rehatkan diri .. penat jugak travel .. sehari sebelum bertolak ke gombak kls kitaorg full dr pagi sampai pkul 10 mlm ..

p/s: tak sangka jumpa awk ...

25/11/2012

jalan2 cari makan dgn roomate .. kami tak pergi jauh pun .. just sekitar wangsamaju .. nak save energy utk posting esk .. (^_^)

26/11/2012

bermulanya kehidupan sebagai student practical .. hari ni merupakan hari orientasi .. biasala nak mula tempat baru , tempat org kene tau la rule n regulation .. bkn main redah je .. dan ni merupakan kali pertama bertolak jam 6.00 PG ke hospital .. awal betul .. kalau org lain msh di buai mimpi kami dah bersiap utk berbakti .. maklum la perjalanan dr gombak ke HUKM memakan masa lebih kurang 40 min kalau jalan tak jem .. nasib kami bernasib baik sbb pak cik yang bw bus punctual .. tak hadapi mslh yang senior2 kami hadapi dahulu .. nak kata orientasi pun x der la orientasi sgt sbb setiap wad yang kami pergi akn bg briefing esk pg bila kami lapor diri dlm wad .. just kenal2 jalan2 utk ke wad .. kat sini tak der penggunaan sister .. sister biasanya panggilan utk hospital kerajaan .. jawatan sister lebih dikenali sebagai ketua jururawat atau KJ .. semua KJ kat sini muda2 .. ada yang baru berusia 30 thn .. yang penting diaorg semua baik2 .. banyak bagi tunjuk ajar kat kitaorg ..

p/s: breakfast dulu sebelum pergi posting (^_^)

Friday, August 10, 2012

✿ psy again ✿

Psy again ... kali ini lecturer kitaorg yang jaga , sr asikin .. biasanya LP .. tp jadual tetap keluar mcm biasa.. First day kene jaga female wad .. patient tak la ramai sangat mcm male wad .. keadaan wad pun lebih bersih dan tersusun .. Hari isnin pagi mcm biasa Dr round .. tanya keadaan patient kat wad dan rehab dan buat plan .. kat sini la kitaorg tau kes2 diaorg .. kenapa diaorg kene refer kat psy .. ada yang di hantar oleh family , ada yang dihantar oleh pihak polis dan ada yang volunteer utk masuk kat sini .. kebanyakannya disebabkan oleh schizophrenia .. kebanyakkan ada history of hallucination .. Dr pakar psy sempat lagi bagi task kat kitaorg srh present case bila tau kitaorg dr uia ... kata sr asikin , Dr Jefri mmg suka bdk uia present ...kalau kolej lain x der pulak dia srh .. kelam kabut gak la sbb kene pilih patient , baca case note diaorg , kene interview lagi .. nak interview bukan senang .. ambil masa jugak la .. nasb baik patient saya dah ok dan senang bagi kerjasama .. tp interview tak leh la dalam keadaan formal .. kene santai2 jer .. masa pun kene cpt sbb dia mudah bosan .. ada jer patient yang merapu2 jawab .. kawan tanya 

N : Miss A , lahir tahun berapa ??

Miss A : emmm .. tahun 3200 Masihi kat Russia , keliling dunia ..

patient mcm ni mmg susah la nak interview .. tapi best jugak la dgr jwpan merapu2 dia .. kesian pun ada .. masih muda lagi .. sekolah pun tak habis .. dugaan buat dia ... 

ptg , kami ke rehab psycho education .. bukan semua patient dapat pergi bengkel .. hanya yang ok jer dapat ke bengkel .. psycho education kali ni di conduct oleh 2 pelajar pelatih occupational therapy .. setiap patient diberi sekeping kertas untuk mereka isi dan bentangkan .. kat sini kita boleh tahu kebanyakkan patient tahu tentang penyakit diaorg .. yang lebih kagum diaorg tahu medication yang diaorg ambil dr segi nama , waktu , dan colour .. saya yang sihat ni pun msh terkial2 nak hafal nama ubt .. dah la banyak (T_T) .. 


2nd day 

kene jaga community .. tp kali ini community tak ramai patient .. maklum la akhir bulan .. diaorg busy untuk buat statistik .. so kitaorg decide pergi rehab .. pagi2 , diaorg akan berkumpul utk baca doa , berikrar , nyayian ... diaorg ada lagu khas " kami sedia membantu " .. semangat diaorg menyanyi .. lagu dia pun best jugak .. dengan kitaorg sekali hafal lagu ni ..  





Lepas tu , diaorg kene exercise la sikit .. jalan seribu langkah (xder nya seribu langkah .. ) .. kami just ddk kat tepi jer .. x larat nak join .. nak tgk diaorg punya behaviour mcm mana .. ada yang nampk normal .. ada yang terserlah grandiose ... seronok tgk diaorg hepi2 .. aktiviti diaorg semuanya tersusun dr pg sampai ptg .. malas nak tulis dah .. aktivity lebih kurang sama jer dengan entri sebelum ni (^_^)

Kebanyakkan masa saya dihabiskan di rehab .. kat sini la kita boleh beramah mesra dengan patient .. kenal dengan dia .. kalau nak ke wad lelaki mmg tak la .. nak masuk sel mmg tak berani la .. Medical Assistant pun dah pesan kat kitaorg ,

 " dalam sel ni bukan semua yang ok , diaorg ok sebab makan ubt .. tapi awk semua jgn la berani sangat masuk kat dlm tu seorg 2 .. biar ada lelaki .. kalau jd apa2 ada jugak hero nak tolong " 

Saya sempat berkenal dengan seorg lagi patient Miss S , dia merupakan graduate dr UUM .. Degree holder .. volunteer nak masuk sini lepas dengar suara yang menyuruh dia membunuh diri .. dia depress lps mak dia meninggal .. tp sekarang ni Alhamdulillah dia dah sihat .. tak de dah dengar2 suara .. mungkin sekarang ni dia dah pulang ke rumah .. As a conclusion , mental disorder ni tak mengira kita ni siapa , muda ke tua , educated atau tak .. jaga la kesihatan kita .. jangan stress sangat .. bak kata seorg kawan saya 

" kalau marah time berdiri g duduk , klu x reda g baring .. xpun g tempat lain , ambil wuduk " 

(awk , lps awk msg saya , banyak kali saya dengar ayat ni dr org ) 

p/s : suka tgk patient gembira .. hilang sudah stigma kat diaorg lps posting kat sini .. (^_^)

Wednesday, August 01, 2012

✿ tahniah buat kak mimi dan abg jijul ✿


~ baby bersama si ayah ~ 
nampak kekok abg jijul pegang baby (^_^)


~ baby sedang tidur ~ 


~ si ibu bersama anak ~ 

i'm officially menjadi mak cik .. rasa mcm dah tua jer panggil mak cik .. Alhamdulillah cousin saya dah selamat melahirkan seorg baby lelaki yang comel .. like mother like son .. thank buat umi D dan papa (uncle) yang sudi menghantar msg gembira ini .. semangat diaorg msg bgtau .. saya siap request lagi dgn papa nak tgk gmbr cucu sulung dia ni .. maklum la saya kat kuantan , mereka kat kl .. jauh jugak kalau nak pergi melawat .. tambah2 time posting ni .... tahiah buat kak mimi dan abg jijul .. selamat mendidik mujahid ni menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat .. 

Teringat time posting kat labour sem lps .. dapat menyaksikan detik2 kelahiran seorg baby membuatkan ku lebih menghargai seorg ibu .. bukan senang seorg ibu nak lahirkan anak ni .. 3 bulan pertama si ibu mungkin mengalami alahan yang teruk .. bila tanya classmate saya awah dengan nurus , mereka pun tak ketinggalan alaminya .. awah time pregnant adalah time kitaorg posting kat temerloh .. saat2 tu hanya kawan2 yang ada .. suami berkerja di Terengganu .. nsb baik mereka berdua ni kuat utk hadapinya .. tu baru 3 bulan pertama .. 9 bulan mereka membawa anak mereka dalam perut .. walau sepenat mana pun mereka , jarang saya dengar mereka mengeluh .. maklum la excited nak dapat anak sendiri .. anak pertama .. mungkin ini perasaan yang sama cousin saya alami .. kadang2 hampir 12 jam si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan mujahid/mujahidah mereka ... penat tak yah nak kata la .. saya yang tengok pun kesian ... kepada suami dan bakal2 suami sila la berada di sisi isteri di saat2 mereka melahirkan anak anda .. walaupun anda tidak dapat merasai kesakitan itu , tetapi bagilah sokongan moral kepada mereka .. mungkin lps anda tgk , anda akan lebih menghargai isteri dan ibu anda (^_^) 

p/s : next week masuk labour room lagi .. harap2 dapat tgk baby yang lahir secara pembedahan ... 

Sunday, July 29, 2012

✿ kami budak baru belajar ✿

Posting kali ini jatuh pada bulan ramadhan .. kalau tahun lps puasa kami berpeluang utk berbuka , bersahur dan terawih bersama keluarga tahun ni berbeza .. 3 minggu pertama puasa semuanya dengan kawan2 .. nak balik umh mcm tak berbaloi jer .. cuti weekend jer .. lagipun umi dah ckp tak yah nak balik la bila puasa .. buat penat badan jer .. so kene la dgr ckp mak ayh walaupun hati ini meronta-ronta nak balik (T_T) .. untung la awk dapat balik umh .. belajar satu negeri dgn tempat tinggal (^_^) .. 

kali ini kami ditempatkan di day care .. dalam bahasa mudahnya wad rawatan harian .. posting kat sini office hour .. bermula jam 8 pagi habis jam 5 ptg .. ingt dapat balik kul 4 ptg tp x dapat .. habis puas pujuk dah kitaorg .. nsb baik la wad ni beraircond .. selesa la sikit kami .. first day saya jaga cubikal paed .. patient yang datang biasanya utk tranfuse blood .. majoriti disebabkan oleh thalassemia ..biasanya penyakit ni disebabkan inherited (keturunan) which the body makes an abnormal form of hemoglobin .. sebelum patient tranfuse blood Dr akn check Hb patient terlebih dahulu .. ada patient kene tranfuse sebulan sekali , ada 2x sebulan ... kesian tgk bdk2 ni .. kecik2 dah kene suntik .. kalis dah diaorg ni .. kepada sapa yang rasa diri dia ada gen pembawa sila la bawa pasangan p check thalassemia .. penting ni .. kalau dua2 minor (pembawa) anak akan dapat major thalassemia .. kesian la kat anak tu .. teringat sebuah kisah lecturer saya .. dia minor thalassemia .. time nak kahwin kalau x silap saya , diaorg berdua pergi check utk thalassemia .. keputusannya dua2 minor thalassemia .. so diaorg ambil keputusan utk tidak berkahwin sbb dah tau risikonya .. tp kalau saya pun , saya akan buat keputusan yang sama .. sayang sekuat mana pun saya x sanggup nak tgk anak saya kene transfuse darah tiap2 bulan .. risiko transfuse darah pun besar .. 

saya juga berpeluang utk tgk patient buat EEG (electroencephalogram ). Test ni bertujuan to measure the electrical activity of the brain .. patient yang buat EEG ini budak lagi .. kalau x slp umur 8 tahun .. sebelum buat EEG , patient kene tidur terlebih dahulu sbb kalau patient bergerak result dia x accurate .. ambil masa jugak la nak tunggu patient tido .. wayar dia kat kepala ada 24 jenis .. 3 kat dahi yang selebihnya kat kepala .. sebelum electrode diletakkan kat kepala patient , kepala patient dibersihkan terlebih dahulu menggunakan sejenis gel .. lupa dah nama gel tu .. procedure ni mengambil masa 30 min .. agak lama jugak la .. sambil2 tu kami tanya la mak ayah patient ni mcm mana keadaan patient ni sebelum ni .. kata mereka , bulan 11 tahun lepas patient ni kene seizure yang teruk .. ambil masa yang lama utk back to normal .. sampai kene bawa ke hospital .. sebelum ni kene yang biasa2 jer .. dalam 2 min dah ok .. patient pun akan bgtau mak dia yang dia nak kene sawan ... so mak dia boleh la tolong urut2kan patient ni .. suka tgk mak ayh patient ni .. sanggup jaga anak OKU .. bukan senang nak jaga diaorg .. untung patient ni dapat mak ayh yang supportive .. yang penting anak ni la yang akan bawa mak ayah dia masuk syurga .. (^_^) 



- mcm ni la keadaan pt time buat EEG- 

2nd day jaga cubikal .. biasanya utk pt yang kene operate .. tak kisah la paed , org dewasa .. tp stsff nus yang incharge cubikal ni sgt2 la "kerek" .. adoi .. saya baru jer hari ni jaga .. jgn la ckp " awk ni saya dah ajar semalam takkan x faham2 lagi " ..  please la staff nus , tgk la dulu sapa yang staff nus ajar .. semalam saya bukan kat cubikal ni .. lps tu jgn la main tanda jer borang tanpa bertanya kat patient .. bila patient balik dari operation room (OR) tiba2 ada denture kat katil .. sibuk2 dia tanya " awk tak tanya ke patient ada gg palsu ke tak ?? " speechless kejap .. bukan sebelum pergi ot staff nus ke yang tick2 semua .. aish tak pasal2 kami dipersalahkan .. nak marah pun tak guna .. sabar jer la .. kene hormat org yang lebih tua .. diam lebih baik .. 

kepada staff nus kat luar sana , kami ni budak masih dalam tempoh belajar .. bukannya pandai lagi .. pengalaman pun tak banyak sangat .. tolong la ajar kami dengan baik .. tak kurangnya ilmu staff nus kalau ajar kami dengan baik .. dapat pahala lagi la .. kerja staff nus pun lagi mudah .. ilmu staff nus mungkin akan lagi bertambah .. kami ni byk belajar teori dr praktikal .. so kalau kami buat silap tu tegur la dengan baik , berhemah .. jangan la ddk membebel jer .. satu lagi senyum la kat patient tu .. jangan asyik msam jer muka .. senyum tu kan sedekah .. patient pun akan suka kalau dapt staff nus mcm ni =) .. kami buat apa yang kami belajar .. kalau bp 150 tu kami belajar dah kira hypertension .. bukan sajer2 nak buat merah .. apa pun jadi student nursing ni tahap kesabaran mmg kene tinggi .. kalau x sabar dah lama saya quit dr nursing ..


“ Apαbilα Allαh mencintαi seorαng hαmbα, mαkα Diα αkαn mengujinyα. Jikα hαmbα itu bersαbαr dαn redhα mαkα Diα αkαn memilihnyα menjαdi kekαsihNyα.”

(Hαdis Riwαyαt Ibnu Mαjαh)


p/s : last day jumpa bdk sebiji mcm awk .. dengan rambut , kurus mcm awk , aktif .. tp bdk ni ckp banyak tak mcm awk la .. (^_^) .. kepada sesiapa yang nak kahwin saya cadangkan check sekali thalassemia .. penting ni .. 

Friday, July 20, 2012

✿ SOPD clinic ✿

seminggu sebelum berpuasa , kami berposting kat sopd .. bagunan baru HTAA.. sebelum ni pernah la lalu sbb hantar patient pergi ACC OT .. masuk x pernah la .. kali ni wadmate saya still sama tp 4 org jer , afiqah , nurus , akmal n saya .. kat sini biasanya kes2 surgical .. nama pun sopd .. 

first day 

First day kami , hari oncology .. pakar dr KL turun visit .. biasanya pakar dr kl turun 2 bln sekali .. so patient2 yang datang biasanya yang dah buat chemo .. majoriti disebabkan breast cancer .. staff pun dah bgtau kitaorg yang pt hari ni mmg ramai .. ada dalam 110 org .. clinic strt kul 9 pg .. mmg ramai .. terkejut tgk .. sempat ke Dr - Dr hbskan semua pt ni sebelum kul 5 ptg .. Mo dan Ho pun datang tgk kes ni nak tolong pakar .. tp plan utk patient kene bincang dgn pakar, DR ROS terlebih dahulu .. tak der la buat keputusan seorg diri .. Dr Ros nampak busy sgt2 .. lepas satu2 kes yang dia kene tgk .. tp x pernah pun tgk dia buat muka kat patient .. semua mendapat layanan yang baik .. kul 1 kami keluar rehat utk mengisi perut dan solat .. semua perlu diselesaikan sebelum kul 2 .. kami masuk2 Dr masih lagi continue tgk patient .. kesian pun ada .. tp dah tugas diaorg mmg kene selesaikan .. tp tuntutan agama tdk dilupakan .. mereka ambik sedikit masa utk menunaikan yang wajib sebelum continue kerja2 mereka .. nampak sgt mereka penat .. mcm2 kerenah pesakit mereka terima .. itulah lumrah yang kami perlu terima bila berkerja di hospital .. layan pesakit dgn baik .. Alhamdulillah , semuanya selesai sebelum pukul 5 ptg .. patient yang datang hanya 89 org .. yang bakinya x hadir .. 

p/s: walau sepenat mana kita berkerja , walau seramai mana patient kita , dahulukan yang wajib .. ikhlaskan niat insyaALLAH segala urusan kita dipermudahkan  (^_^)


2nd day 

hari clinic .. tapi tak ingat sangat clinic apa .. patient tetap ramai .. 

3rd day

breast clinic .. kebanyakkan patient terdiri dari golongan wanita berusia 30 thn ke ats .. tapi ada jugak yang masih muda .. ada yang dah buat mastectomy ( the whole breast remove ) .. ada satu kes , seorg isteri mendapat diagnosis breast cancer .. patient berusia dalam 30 thn .. tgh pregnant 14 weeks .. ada 3 org anak .. mengalir air mata .. Dr suggest srh buat operation secepat yang mungkin utk elakkan cell2 cancer merebak ke tempat lain .. biasanya cancer ni cepat merebak .. Dr sendiri pun ssh nak bgtau condition patient .. nak susun ayat supaya patient dapat terima dgn hati yang terbuka .. si suami diam tak terkata .. entah apa dalam fikiran suami dia , saya pun tak tahu .. si suami berkata kpd Dr " ssh nak buat keputusan " .. mmg kalau saya di tenpat si suami mmg ssh nak buat keputusan .. dgn anak2 yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang dr seorg ibu .. apa yang penting saya nak tekankan di sini , kekuatan seorg suami sangat2 diperlukan oleh isteri .. seorg suami perlu memberi sokongan yang padu pada isteri bila tiba saat yang genting mcm ni .. kekuatan suami merupakan semangat utk isteri teruskan hidup dgn penuh tabah .. 

p/s : buat awk , bila dah ada isteri bagi sokongan kat dia walau apa pun berlaku .. buat semua sila2 la buat BSE .. =) .. kepada Dr sila jaga volume anda .. jgn dpan2 pt tinggikan suara sbb x puas hati .. plez la be professional .. senyum sikit kat pt .. senyum kn sedekah =)

4th day 

clinic rectal n colon .. pakar2 dr UIA turun padang .. saya tak jaga bilik hari ni .. so x banyak kes yang saya tau .. just buat buka fail untuk new case ... tp ptg tu ada clinic neuro dan paed ..

last day 

yeaaa .. perjuangan kami dah tamat di sopd .. pagi2 clinic general dan paed .. saya masuk bilik no 8 sbb kene jadi ddk teman Dr Ammar buat examination .. kalau ada patient perempuan , kene ada seorg perempuan lain bersama time buat examination tu .. Dr Ammar ni sgt2 la friendly .. gaya cakap lembut jer .. tenang hati patient kalu berjumpa dia .. communication skill dia mmg bagus ..  patient masuk tnya khabar , tanya dah makan dah ke ?? tanya condition patient .. 

waktu ptg kami free sgt2 .. sampai mengantuk sebab x der kerja nak buat .. 

p/s : communication skill sangat2 la penting .. jangan ddk tengking2 patient kalau diaorg bertanya .. sabar (^_^) 

Friday, July 06, 2012

✿ eye clinic imc again ✿

Dulu selalu dengar staff2 ddk sebut2 nama "DR KHAIRIDZAN"... staff2 eye clinic selalu kata Dr ni baik , peramah , suka tolong org , tak marah2... serba yang dibagitau semuanya yang positif ...  xpernah dgr yang x elok tentang dr ni .. excited jadi nak jumpa Dr ni .. yea lah , selalu saya jumpa Dr semua jenis yang suka marah2 .. tau la korg stress tp jangan la lepaskan kat patient .. tak salah kalau kita berbudi bahasa .. kalau yang jenis pakar , tau nak cepat jer .. byk benda nak siapkan kot .. think positive walaupun nak marah ... ;p

first day 

sampai2 kitaorg dapat jadual .. tau tugas kitaorg setiap masa .. ada la jugak arah tujuannya .. objective tercapai ..


~ jadual kami tersusun setiap hari ~

pagi2 ada standing meeting .. mcm hari tu .. ada bacaan Al-Quran berserta tajwid dan ada sepotong hadis .. kali ni bukan kami jer posting kat sini tp ada budak practical dr cts turut serta .. diaorg ambik cts major opto .. budak uia jugak .. 5 org semuanya .. semua lelaki .. time posting kali ni Dr Khairidzan turut serta .. dia sgt2 la mengalu-alukan kedatangan kami .. first impression mmg dia ni baik .. pepatah kata "indah khabar dr rupa" tidak boleh digunakan langsung utk Dr ni .. semua kami dikehendaki utk memperkenalkan diri masing2 .. 

2nd day 

kami sekali lagi berpeluang utk menyaksikan cataract surgery ... kali ni kami dapat tgk Dr Khairidzan buat phaco .. sebelum ni belajar jer teori , x pernah pun terbayang di kepala .. sebelum masuk OT , Dr Khairidzan sendiri yang terangkan ubat2 yang diberi kat pt time lps op .. satu persatu diterangkan .. sifat2 seorg ketua ada dlm diri beliau .. walaupun pg td mood dia down disebabkan something happen time meeting tp dia still lagi boleh control .. dia sgt2 la menjaga org2 bawah dia .. mana nak jumpa Dr mcm ni .. satu kelebihan buat kitaorg sbb dapat berkerja dgn Dr yang sgt2 baik .. patut la bila masuk bilik beliau penuh bear atas meja .. rupa2nya bear2 tersebut hadiah dr pt utk dia .. 



3rd day 

Hari Rabu = Hari Clinic .. patient sgt2 la ramai .. lebih kurang 70 org ... patient kebanyakkanya patient Dr Khairidzan .. kalut sekejap nak buat VA .. nasib baik la ada practical students cts yang tolong .. tak la berebut2 nak buat .. masing2 saling tolong menolong .. walaupun patient ramai , DR Khairidzan tak pernh merungut .. layanan diberi cukup memuaskan .. patient sendiri mampu sabar .. malah sanggup tunggu giliran mereka tiba .. 

p/s : dapat mkn free 

4th day 

pterygium operation .. yang bestnya kami diberi peluang utk menjadi scrub nurse .. sebelum ni kami dah posting kat operation room tp x pernah dapat peluang utk jadi scrub nurse .. circulating nus pun ssh .. kat sini      
senang je kami dpt peluang .. staff2 pun membantu kami .. maklum la first time jd scrub nus .. operation ni pun x pernah tgk gak sebelum ni .. ni kali pertama .. saya diberi peluang utk jd scrub nus utk operation cross linking and pterygium ... dua operation yang berbeza.. tp di buat oleh dr yang sama .. terkejar2 Dr Khairidzan .. selepas selesai seorg pt , pt lain pulak yang masuk .. lps semuanya selesai Dr Khairidzan sempat lagi bgtau kitaorg " well done , thank you sbb membantu " .. apa perasaan korng bila Dr ckp mcm tu ?? bukan sekali tp byk kali .. kalau nak ikutkan , tak der la well done sgt .. kebnyakkan Dr ambik sendiri instrument .. tp tu la Dr Khairidzan .. selalu memotivasikan kami .. 



~ pterygium set ~ 

p/s :  dapat mkn free 

last day 

aktiviti mcm biasa .. sedih rasa nak berpisah dengan diaorg .. ambik gambar byk2 buat kenangan ...




~ belakang : Bro Hafiz , Akmal ... Kiri : Afiqah , Dr heliza, huda, sr fatin , sr marlina .. depan : solehah ~



Saturday, June 30, 2012

✿ ENT wad ✿

5c = ENT wad .. masuk pagi2 terkejut betul ke ni wad ENT .. kenapa ramai sangat patient ?? lebih dari 40 org .. mcm wad surgical la pulak .. yea .. betul tekaanku 5c adalah wad surgical male .. patut la patient ramai pelik .. masuk2 mmg x dapat dengar pass report ..  staff nurse srh kitaorg buat bed making dulu .. nasib baik la staff nurse pun buat jugak .. kalau nak harapkan kitaorg berlima mmg x daya nak buat .. habis jer buat bed making staff nurse srh kitaorg spongingkan patient .. ada 3 patient .. semuanya ddk satu lajur .. nak mandikan patient yang separuh sedar bukan kerja mudah .. mmg kene sabar .. ada family yang membantu kitaorg utk memudahkan kerja kami .. ada jugak yang biarkan kami buat .. dah lama x mandikan patient .. rasa jugak kekok .. sebelum ni posting kat wad yang rilex jer .. x der nya nak mandikan patient .. semua boleh buat sendri .. yang pastinya kat kalau posting pagi , kene prepare breakfast yang berat dah kalau x mmg x daya la nak buat keje .. langkah je ke cubical hadapan pasti akan ada staff nurse yang panggil " adk boleh bagi feeding kat patient bed ... , adk tolong ambik vital sign , adk tlong hntar pt pergi clinic , xray , tolong suction patient , and bla , bla... " .. mmg byk la dapat kerja .. x siap satu kerja dah dapat satu kerja lain .. waktu rehat pulak paling awal pun kul 12 la .. ada jugak hari yang x dapat rehat langsung .. srh wadmate tapaukan makanan nak mkn kat bilik nanti .. kalau posting petang masa rehat agak panjang la .. rehat utk solat lagi .. tapi biasanya saya , sol dgn akmal akan rehat dalam kul 6 lebih .. time tu waktu melawat .. kerja tak banyak .. pelawat yang ramai .. naik2 wad balik sambung buat kerja .. kadang2 tak sedar pun dah kul 8 .. time2 maghrib la selalu banyak kerja yang staff nus bagi .. objective posting ent x tercapai 100% sbb x banyak procedure ent yang kami dapat buat ..

p/s : sila solat di awal waktu (^_^) .. kepada DR diluar sana , kalau anda busy sekali pun , please sgt2 jgn la ddk marah2 kitaorg .. kitaorg bukan tak buat kerja.. takkan la nak biarkan pt dgn tak mandi , takkan nak tunggu dr semua siap round baru nak mandikan pt ?? kitaorg pun byk kerja nak buat .. bukan nak jaga 1 patient jer .. ni satu wad lebih 44 org .. please sgt2 .. kalau x der kitaorg , kerja dr xkan berjalan jugak .. kita ni saling melengkapi antara satu sama lain .. fikir kan apa perasaan dr bila dr sakit org treat dr mcm dr buat kat kitaorg ??

~ eye clinic imc menunggu ketibaan kami ~



Tuesday, June 26, 2012

✿ lembaran hidup wanita solehah ✿

mampukah aku menjadi seperti siti khadijah ,
agung cintanya kepada ALLAH dan Rasulullah ,
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah ,
penawar hati kekasih ALLAH ,
susah senang rela bersama .

Dapatkah aku didik jiwa seperti siti aishah ??
Isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada yang sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku melihat pengorbanan
puteri
solehah siti fatimah
akur pada setiap perintah
taat pada ayahnya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaknya dia sebagai berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaknya dia sebagai wanita penghuni syurga

Mampukah aku menjadi wanita solehah ?
Mati dalam keunggulan iman
bersinar indah ,harum tersebar
bagai wanginya pusara masyitah .

Friday, June 22, 2012

✿ psy part 2 ✿

day 3

kami ditempatkan di rehabilitasi .. biasanya patient yang datang sini stabil- stabil semuanya ..  pagi2 kami dikehendaki melaporkan diri pada en ibrahim .. jam 8.30am , kami pergi mengambil patient .. setiap hari aktiviti yang berlainan .. baru la patient tak bosan .. pagi2 mereka perlu membaca doa , berikrar dan menyanyi 4 buah lagu ..  bersemangat mereka dengan siap gaya lagi .. kitaorg pun kene buat jugak apa yang mereka buat ... lepas tamat perhimpunan pagi , kami bersukan .. pagi2 dah mengeluarkan peluh .. kene jalan lebih dr 5 pusingan .. lps 2 patient cadangkan main bola sepak .. kami yang perempuan mmg x la nak main .. so diaorg cadangkan main bola beracun .. setelah penat bermain , mereka diberi makan utk mengembalikan stmina mereka utk next program iaitu hygiene .. mereka diajar pasal kebersihan diri .. kalau yang perempuan , pihak hospital sediakan mekap utk mereka mencantikkan diri .. kalau yang laki diberi minyak rambut , shaver utk mengemaskan diri mereka .. lps 2 ada aktiviti lain .. aktiviti kotak beracun .. hahaha.. mmg saya x minat la main kotak beracun ni .. kang kene buat benda yang bukan2 .. nsb saya baik sebab x kene .. ada yang kene jadi baby mintak susu dgn emak , jadi pawang thai , menari , cat walk ala2 model ..  aktiviti ni memang menyeronokkan dan menghiburkan hati mereka .. mereka dapat lepaskan tension mereka disamping belajar utk berdepan dengan masyrakat bila mereka keluar nanti .. tak nak mereka mengasingkan diri mereka disebabkan oleh stigma masyarakat yang menggap mereka insan yang perlu kita takuti .. hakikat sebenarnya mereka tidak seperti itu .. buktinya mereka tidak kacau kami semasa kami berada di dalam kurungan .. walaupun ada yang cuba takutkan kami tapi en ibrahim dah warning awl2 kat diaorg " jangan cuba usik mereka , jaga mereka tak pe " .. mereka dgr jer ckp en ibrahim ni .. tp saya masih ambil langkah berjaga2 .. takut peristiwa berulang kembali .. fobia kot .. * fobia = mental disorder *  berkaraoke merupakan aktiviti yang paling digemari oleh patient2 di sini .. semangat mereka menyanyi ... ada yang boleh tahan suaranya .. sedap mendengar .. lagu yang dipasang semuanya lagu2 lama .. kalau srh saya menyanyi mmg x la .. rosak lagu boleh kat saya ... kata en ibrahim , dengan berkaraoke mereka dapat melepaskan tension mereka ..tapi mmg betul pun kata en ibrahim sbb lps jer pt kembali ke wad , kitaorg pulak yang berkaraoke .. tp saya tak la (^_^) ..


day 4

clinic psy kami ditempatkan .. pagi2 ramai patient datang utk ambil methadone .. kebanyakkan yang ambil methadone ni lelaki melayu .. apa la nak jadi dengan diaorg ni .. tapi lebih baik diaorg ambil methadone dr heroine dan kumpulan yang sama dengannya .. less side effect kata en nawawi , medical assistant kat clinic methadone .. clinic ni dibuka dari jam 8 - 11 pagi .. dan bukan semua org boleh ambil methadone ni .. ada syarat2 dan agreement yang perlu mereka patuhi utk mendapatkan methadone .. kami diberi penerangan oleh en nawawi tentang clinic ni .. lps 2 kami ke clinic psy .. kebanyakkan yang datang sini disebabkan oleh anxiety , depression , ocd , fobia .. pesakit mental ini bukannya terdiri dari org biasa jer malah org educated pun ada .. saya sempat melihat assessment yang DR buat kat seorg pekerja petronas .. bukan dia depress di tempat kerja sampai terjadinya hallucination .. kepada awk , jg diri elok2 bila kerja nanti .. jangan stress .. Dr pun ada yang mendapatkan rawatan kat sini ..


day 5

last day kami di sini .. aktiviti bergotong royong dengan patient ..





ptg kami ada presentation .. kene present penyakit mental .. group 1 buat tajuk bipolar dan group 2 buat tajuk GAD ... lps hbs presentation kami p belajar pasal ECT .. Sr wad yang bagi taklimat ..

p/s : mmg enjoy ddk kat psy .. Sr , nurse , MA , semuanya baik2 belaka .. tak lokek ilmu .. =)

Tuesday, June 19, 2012

✿ psy wad ✿

setelah tamatnya ujian final , dan Alhamdulillah saya lulus OSPE kami diberi cuti slebih kurang 1 minggu sebelum meneruskan kembali posting selama 2 BULAN .. lamanya ... thank semua yang banyak mendoakan  supaya lulus OSPE .. sekarang just tunggu result .. thnk jugak buat awak yang banyak  memberi perangsang kat saya .. yakinkan saya .. hahahaha.. gelabah kot nak lalui saat2 ospe ni .. antara lulus dgn kene remedial ..

ni merupakan minggu pertama saya posting setelah bercuti dan settle segala benda .. minggu pertama = wad mental ... sebelum ni dah dgr kata kawan2 .. wad ni best , enjoy , seronok .. sangat2 jarang la dengar yang x baik dlm wad ni .. sebelum tu saya nak bercerita la sedikit tentang sakit mental ni .. majoriti yang masuk kat sini disebabkan oleh schizophrenia ..

schizophenia is a group of related disorder characterized by disordered thinking, perceptions & behaviour .. mmg sangat2 la ramai patient ni kat wad dahlia .. Antara positive symptom schizophenia adalah hallucination .. mmg bila tanya patient diaorg akan kata yang mereka mendengar suara supaya berbuat perkara tersebut .. ada yang dengar  " kau ni x guna , baik mati jer " , ada jugak yang dengar " segala masalah akan selesai kalau kau hentuk kepala kat dinding " .. macam2 lagi laaa .. ada yang nampak bayang2 kat depan .. nampak kain putih ..  second positive symptom adalah delusion .. delusion means that patient believe something that cannot be proven or continue something that has been proven to be false or wrong .. contohnya patient ni mengaku dia adalah political person ..  biasanya pergerakan patient schizophenia ni agak slow laaa.. nak buat sesuatu memakan masa yang agak lama ..

bipolar .. patient bipolar ni sangat2 la mudah dia punya personality .. dr normal kepada grandiose to depressed .. bipolar is when a person has experienced at least one manic episode and a depressive episode ..



First day 

mcm biasa melapor diri kat sister .. kali ni kami dijaga oleh LP bukan Sr asikin aka bdk2 ni kata twin saya (^_^) .. dengar menerangan dr lp .. kami dibahagikan tugas .. saya , akmal , sol , dan fadilah satu group kene masuk wad male .. MALE .. hahaha.. mmg sepatutnya saya posting kat situ pun .. masuk wad tu patient tengah beratur nak makan .. staff2 kat situ mmg dah pesan srh kitaorg jaga2 sbb kami ber3 adalah PEREMPUAN ... bilangan patient dlm 45 org .. mmg ramai kalau nak compare dgn female patient.. biasanya pagi isnin , DR akan round wad .. kami diberi peluang utk tgk .. satu persatu patient masuk .. kebanyakkan patient akan tanya bila boleh discharge ?? muka diaorg nampak mcm orang normal , kita sendiri pun x sedar yang dia ada sakit mental .. alcohol withdrwal pun masuk kat sini jugak .. ada seorg patient ni ckp dia nak cari jalan p mekkah .. staff2 kat situ siap tanya lagi dah jumpa ke jalan ke mekkah .. jawab patient hampir2 berjumpa dah .. Dr ckp apa kata pergi gali tanah terus jumpa mekkah .. <-- moralnya please jangan tipu patient .. kesian kat patient .. kalau dia betul2 buat sapa yang susah ?? 

aktiviti petang kitaorg bebas .. tp bebas dlm wad tu je la .. baca bht patient .. nak tau mcm mana patient tu boleh dapat mental disorder .. ada disebabkan genetic .. staff yang jaga semuanya lelaki .. tak der staff perempuan .. ada staff yang suruh interview patient .. tp kami x beri nak ambil risiko .. buatnya berlaku apa2 .. fobia kot ..  ada mcm2 jenis gelagat kat sini .. ada yang menyanyi , tido ats lantai , menjerit2 ddk mintak methadone .. kesian kat diaorg tp x blh buat apa2 .. jelez bila tgk kawan2 yang jaga patient perempuan .. siap boleh pegang tangan jalan sama2 .. ckp2 .. bermain dengan diaorg .. 


second day 

kami pergi home visit untuk community service .. tak ramai pun .. dalam 5 buah rumah jer .. kebanyakkan yang kami pergi adalah untuk bagi ubat yang perlu diambil secara injection .. patient ni tak datang temu janji , maka staff terpaksa pergi ke rumah diaorg .. home visit hbs dalam 11.30 pagi .. outpatient tak ramai , so staff nurse bagi kami rehat awal (^_^) .. lps rehat isi record home visit , baca bht patient yang kami buat home visit .. kebanyakkan kami perlu keadaan rumah tak terurus .. ada yang tinggal seorg .. semuanya schizophenia .. 


p/s : ramai jer educated people yang dapat penyakit ni .. engineer petronas pun ada .. hati2 ae awk .. jangan stress2 sgt (^_^) .. staff 2 kat sini semuanya baik .. banyak yang kitaorg pelajar .. esk masuk rehab .. boleh la berkaroke dgn patient  ;p