Saturday, February 18, 2012
✿ who cares ?? ✿
Friday, February 17, 2012
✿ nurse ✿

Thursday, February 16, 2012
✿ istikharah ✿
ertinya :~~ hobi saya kali ini suka post2 yang berkaitan dengan kahwin .. musim kawan2 nak kawin .. tambah2 ramai dah classmate yang dah p kursus kahwin .. InsyaALLAH sem ni sy nak g kursus kawin jugak kat uia <-- walaupun calon x der lagi .. saya suka tgk kawan2 yang dah selamat mendirikan masjid mereka .. dah sempurna sebahagian agama mereka .. walaupun tanggungjawab mereka bertambah tapi mereka sgt2 la bahagia .. selalu berdating bersama .. maklum la dah halal .. lagipun persekitaran yang saya ddk sekarang menggalakkan student2 utk kahwin awl .. ramai bdk uia kahwin time study .. ~~
Wednesday, February 15, 2012
✿ assigment ✿


Tuesday, February 14, 2012
✿ Cabaran dan dugaan ✿
Cabaran sering hadir untuk menguji ketabahan kita . kadangkala kita menyalahkan takdir yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Sikap kita ini menyebabkan kita mudah berputus asa dan mengalir air mata walaupun menghaadapi secebis dugaan . Tanpa kita sedari di sebaliknya ada hikmah yang tersembunyi . kadangkala juga hikmah itu merupakan nikmat yang tidak terhingga dan sebagai manusia kita haruslah bersyukur dan berikhtiar dalam menghadapi ranjau kehidupan yang berliku.
Usahlah kita tanamkan duri dalam daging kita dgn sikap lemah kita . Jika terkena duri sukar utk kita membuangkannya. Anggaplah cabaran itu adalah ujian ALLAH demi menjadikan kita insan yang kamil dan lebih dekat dgnNYA. Ingatlah kita bukan sendirian dlm menghadapi cabaran. ALLAH membantu umatnya. Insan yang berani menghadapi cabaran adalah insane yang tabah . Oleh itu kuatkan semangat kita utk menjadi insan yang lebih sempurna dalam menghadapi arus hidup yang semakin mencabar pada zaman yang serba mencabar ini.
p/s : cabaran utk memahami subject biostatistic & epidemiology <-- sape nak ajar saya subject ni ?? ;p
YA ALLAH , kuatkan hati ku untuk menerima ujian ini .. berhentikanlah air mataku dari terus mengalir .. ikhlaskan hatiku untuk menerima segala ketentuan dariMU .. =)
Sunday, February 12, 2012
Saturday, February 11, 2012
✿ Jika aku pilihanmu ✿

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”
Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.
Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~
kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/jika-aku-pilihanmu/#ixzz1m1YKY0DP
p/s : " YA ALLAH , jika benar dia jodohku .. kau satukanlah kami dengan ikatan yang halal disisiMU .. YA ALLAH jika benar dia milikku , kau dekatkanlah hati kami dengan kasih sayang yang mendalam .. JIka benar dia yang terbaik buatku kau peliharalah perasaan cinta antara kami agar kami saling mengasihi , saling menghormati .. Tapi seandainya kami tidak dijodohkan utk bersama dan dia bukanlah yang terbaik untukku YA ALLAH kau tunjukkanlah kebenaranMU agar hati ini akur dengan kehilangannya .. Kau jauhkanlah hati kami dari sebarang perasaan .. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMU .. ♥♥♥♥♥
