Thursday, December 08, 2011

✿ labour room ✿

sem ni sy berpeluang berposting dgn rmte2 kesayangan, naim n izat .. kitaorg x mintak pun posting di wad sama tp nasib dan rezeki kami bersama .. Syukur sgt2 .. First time posting dgn semua perempuan .. biasa sy berposting dgn bdk2 laki .. posting kali ni di HUSM , Kota Bharu .. sgt2 la gembira sbb dapat ddk umh disamping keluarga tersayang ... terima kasih buat ayh yang sudi menghantar n mengambil ankmu ini tiap2 hari .. kali ni kami start berposting di labour room aka wad bersalin ...
Pengalaman pertama mengajar sy bertapa besarnya pengorbanan seorg ibu dalam melahirkan anaknya .. susah kot ... Kat sini sy nak citer flow dlm labour room ..

1) ada kaunter pendaftaran
- kat sini biasanya tranfer patient atau patient yang dari AnE ... biasa kat sini Dr akan buat vaginal examination utk check bukaan jalan .. ada jugak chck fetal heart rate ... if bukaan kurang dari 3cm , patient akan di transfer ke antenal wad ... kalau dah lebih 3cm patient akan terus masuk bilik labour ..

2) bilik labour room
- Time kitaorg posting labour room ni tgh renovate .. juz ada 4 bilik .. maknanya satu masa hanya 4 patient jer .. ada sebuah bilik utk eclampsia patient .. apa yang sy suka kat HUSM ni suami dibenarkan tunggu n tgk isteri sampai isteri selamat bersalin .. bagi saya , peranan suami time ni sgt la besar .. kene tenangkan isteri yang sdng sakit .. mgkin kalau sy tnya patient score utk pain , mgkin dia akan bg 10 .. sy tgk pun rasa kesian .. kat sini sy belajar utk kira contraction patient .. best bila dapat staff nus yang tdk kedekut ilmu n sanggup mengajar kitaorng yang baru pertama kali masuk labour .. Patient sy yang pertama adalah seorg guru .. tgh mengandung anak pertama .. Kata sister kat wad anak pertama kene tggu lama sikit .. mmg ada btlnya kata2 sister wad .. Alhamdulillah tepat jam 10.30 pagi patient sy selamat melahirkan baby girl .. Kalau tnya sy apa perasaan saya lps semua selamat rasa mcm nak mengalir air mata sbb seksanya nak melahirkan ank ni .. Bayangkan la dr masuk labour room sampai bersalin patient x digalakkan makan .. minum air pun sikit sgt .. dgn contraction yang makin kerap ... kepada suami2 yang kat luar tu hargai lah isteri anda .. bukan senang utk melahirkan seorang anak .. banyak pengorbanan yang perlu di tempuh utk melahirkan seorg khalifah ALLAH menyambung zuriat kalian semua .. bagilah support kepada isteri anda time bersalin .. jangan mengeluh jika isteri anda mengadu kesakitan .. (^_^) ...




~ teringat time jaga cousin ni .. dah besar dah dia ~

Monday, October 10, 2011

grand camping


tirai oktober sudah bermula .. cepat betul masa berlalu .. bulan oktober ni mcm-mcm program akn berlangsung .. bermula dgn grand camping , convest , NANSYM , mid term exam .. kene prepare mental n fizikal yang kuat wahai kwan2 sekalian ... kali ni sy nak bercerita pasal grand camping la dulu .. walaupun dah hmpir 10 hari berlalu , tetapi kenangan di sana x dpat dilupakan ..

1 & 2 okt 2011

kami bertolak ke taman pertanian yang berhampiran dgn uia .. dekat jer dgn uia tapi kalau nak kereta la .. kalau jln kaki jauh gak la .. tp kami naik bus .. lps siap register ,sy bersama2 terus naik bus utk kesana .. program ni wajib utk semua bdk nursing .. tp kalau ada sbb yang kukuh tdk mengapa utk tdk menghadirkan diri .. kami dibahagikan mengikut rumah .. ada 4 buah umh , rumah biru, kuning, merah dan hijau .. sy mendapat umh biru bersama2 dgn pipah, biela, kirah, huda dan anom ... berpisah sekejap dgn k.nemo, naim, ah, sol .. sol dgn ah x join prgm ni .. 2 hari x jumpa korng .. rasa rindu pulak ;p .. lps bersarapan *mknan dia best gak la* kami berkumpul di dewan utk majlis perasmian .. majlis ini di rasmikan oleh dean kesayangan kami Prof KZ .. Dlm kul 2 merupakan detik2 yang paling ditunggu oleh kebanyakkan stduent .. JUNGLE TRACKING TIME !!!! .. sebelum dtg sini , kami dah di briefing sedikit ttg progrm ni .. siap berpesan srh bw 2 psng sport shoe sbb for sure kbnykkn akn membuang sport shoes yg d pkai lps jungle tracking... Sebelum tu awan dah menunjukkan yang hujan akn turun .. walaupun hujan turun pgram ttp akn berjalan .. kami group yang ketiga di lpskan .. mmg byk halangan yang kami terpksa tempoh disini .. berendam , merangkak , berjalan dlm lumpur merupakan halangan yang kami perlu tempoh .. ni kali ke2 aku masuk dlm lumpur .. mmg best tp lebih baik kalau bro berada di dpn n tak tggu sister kat belakang .. nsb baik pergaulan kami msh terjaga ... kalau x tau la sy nak kata apa .. hujan sdh lebat ..perjalanan kami makin sukar .. semangat n sikap saling tolong menolong menjadi kekuatan kami utk teruskan perjalanan yg sukar dlm hujan .. Alhmdullah , kami berjaya menamatkan perjalanan dgn baik dan berjaya .. walaupun tdk mendapat tempat pertma dlm jungle tracking , kami msh berpuas hati sbb berjaya mendapat tempat pertma keseluruhan .. Byk pgram yang di atur oleh pihak yang terlibat .. time ni la nak solat berjemaah , dgr kuliah maghrib, subuh , bgun qiam .. byk kelebihan yg blh dpt dlm pgrm ni .. antaranya kita blh saling kenal mengenal antara satu sama lain tmbh2 dgn adk2 frst year yang kebanyakkn kls diaorg kat IMC.. x sempat nak kenal dgn akak n abg2 senior ... sungguh sporting adik2 kali ini .. =)


Sunday, September 18, 2011

weekend yang membosankan

agak membosankan weekend ni sbb x tau nak buat apa .. majoriti ramai kwn2 pulang ke kg masing2 walaupun br seminggu berada di bumi kuantan .. maklum la cuti weekend ni 3 hari termasuk hr 1 malaysia yg jtuh pada hari jumaat .. ramai la yg berpusu2 mendapatkan tiket pulang .. ada yg terpaksa pulang hr sabtu gara2 tiket habis ...

Jumaat , sabtu hanya terperap di dlm bilik .. x tau nak buat apa .. assigment dah berlambak .. tp mood nak buat tu x der pun lagi .. just cari info n save jer .. detailnya x baca pun lagi .. semalam majlis menyambut menantu class mate a.k.a solehah tp aku x sempat nak p .. bkn x sempat tp x tau nak p dgn saper .. Tambah2 x tau umh suami dia kat mana .. just tau area beserah .. kang kalau p sesat x pasal2 pulak ..

So hari ni aku plan nak teman exroomate aka kwn sekolah rndah aku , syikin keluar p beli barang . dapat jugak aku hilangkan kebosanan kat bilik ni.. rmte2 aku semua x der hari ni .. izat p segamat beraya dgn mak angkat dia .. baru jer bertolak dgn bus uia .. muni dgn naim balik umh kakak masing2 .. so tinggal la aku keseorngan di bilik .. tp x per jap lg nak keluar dah .. =)

Monday, September 12, 2011

new sem

new sem , new roomate, new block , new class but old clazmate ;p ...

hari ni bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar tahun 3 kuliyyah of nursing .. nak kata bersemangat x jgk sbb lama sgt cuti sem hari tu .. 3 bulan kot .. x pernah aku merasa cuti sem yang panjang sepanjang aku bergelar student ni .. maklum la jadi budak nursing kene byk berkorban .. time org lain x der claz , kitaorg ada kls .. time diaorg x der short sem kitaorg ada posting .. x kira la di hospital atau di klinik kesihatan .. bkn 2 minggu , 3 minggu tp sebulan kene posting .. time 2 mcm2 perasaan ada .. penat , letih , gembira , nak marah semua ada .. kene ikhlaskan hati .. dah ni yang terbaik utk saya ..

Mcm sem2 sebelum ni .. aku ke JHC menaiki bus bersama kwn2 .. nak naik kete ayh aku x bagi .. dia ckp tggu aku final year baru dia akn belikan aku kereta .. oh .. cpt2 la final year .. x sabar nak hbs ni .. Tp bila fikirkan alam pekerjaan aku jadi risau .. risau takut x dpt keje .. sbb 2 aku dah ada plan B kalau x dpt jadi nus ni ... bkn senang nak dpt kerja sekarang .. Ramai jer lulusan dgree jadi penggangur ..

Kls aku hari ni dr jam 8.15-10.30 .. belajar pasal obstetric .. hari first day dah strt belajar dah .. review pasal anatomy .. maklum la dah 2 tahun tinggal anatomy ni .. best gak subject ni walaupun aku x der la minat nak jd midwife pun .. lepas claz tamat , aku ikut rmte aku aka izat p ecm , mydin , giant nak beli barang2 .. maklum la ddk bilik baru .. ada la yang x der .. byk gak barang2 yang nak kene beli .. rasanya dah bw dr umh dah byk tp byk lg brng2 x cukup .. ke sbb sikap perempuan yang nakkn kesempurnaan ?? janji bilik kemas n selesa nak study ..

Kul 2 kitaorg ada briefing kuliyyah .. mcm2 nasihat keluar dr mulut DDSA, DDAA .. aku dgr je la .. lps hbs briefing dah blh balik dah .. tp kene tggu bus dtg kul 4.30 .. aku sekali lg balik dgn rmte aku sbb nak snggah kedai beli makanan utk berbuka .. xder la lauk aym goreng, tomyam , ikan mcm kat umh just ada nasi goreng kg yang aku order .. Alhmdllah aku kenyang dan seronok dpt berbuka dgn kwn .. maklum la pose thun ni x bersama2 kwn tp berpeluang berpuasa sebulan bersama2 dgn family .. =)

Sunday, August 14, 2011

sambungan

sem 2 tahun 2 ni banyak aktiviti berjalan-jalan2 .. antaranya :-

1. baktisiswa yang mmg diwajibkan utk bdk nursing uia ni .. kalau x join x leh grad.. kali ni kitaorg berkerjasama dgn bdk KAED dr gombak .. best jugak dpt kenal dgn diaorg .. banyak masalah utk menjayakan program ni .. dgn kene cr tempat program lagi .. tp aku tabik la kat kwn2 aku yg bersungguh-sungguh dlm menjayakan program ni .. ni aku lampirkan gambar2 program ni ..




ni saat nak g dewan .. kene jalan kaki ..


ke dewan ..


ni antara bdk2 laki yg bakal menjadi staff nurse .. mcm x percaya sgt aku .. 3 dr mereka adalah wardmate aku dr mula2 posting hingga la sekarang .. nsb la bila nama diapit oleh bdk laki.. tp ok la sbb blh jd bodyguard kitaorg ;p


ana n fadilah .. dua2 org terengganu


barang2 baktisiswa..



kenangan tahun 2

kali ni aku dah mls nak menulis .. nak upload gambar jer sbb rindu dgn kawan2 dah .. dah 2 bulan x jumpa .. =)

sem 1



gambar ni diambil kat lab la .. kadang2 lab dijadikan tempat mengambil gambar setelah puas membuat procedure ;p


gambar ni pun sama ..


5 sekawan yang baik hati .. muni, k.naimah ,ah , solehah .. solehah je x available sbb dah kawin bln 6 thn ni .. yang lain akan mengikut jejak langkah dia bila tiba masanya =)



time balik merayau-rayau kat KP .. mengidam nak mkn mc flurry


kedai kasut vern's menjadi mangsa tempat utk mengambil gambar .. bkn nak beli pun kasut pun tp nak hilangkan rasa bosan menunggu bus balik mahallah .. maklum la kelas kat jln hospital

Saturday, August 13, 2011

Nikah awal Vs Maksiat

Setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, para remaja di "bomb" dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu. Biasalah bila dah baligh, umur pun sudah meningkat, tanpa godaan pun keinginan tersebut akan timbul juga secara automatik. Apatah lagi sekiranya terdapat banyak godaan daripada suasana sekeliling. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berlipat kali ganda malah, kadang kala ia turut berlaku pada belia yang baru menginjak ke usia remaja lagi.

Berita baru-baru ni mendedahkan kes remaja berumur 14 tahun secara senyap-senyap menjadikan hubungan seks sebagai hobi, dan ibu bapa remaja terbabit tidak tahu menahu langsung akan hal tersebut. Perkara ini mungkin mengejutkan masyarakat yang membacanya tetapi sebenarnya perkara sebegini sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ini kerana semuanya tidak mustahil apabila terdapat godaan dan rangsangan yang terlalu banyak di media massa dan elektronik. Maka inilah akibatnya apabila segala-galanya tidak dibendung dan segala perkara yang haram dihalalkan. Penyebab utama yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral para remaja Islam.

Bayangkan jika sekarang ini sudah bermacam-macam perkara buruk terjadi terhadap generasi muda ini bagaimana pula nasib generasi muda pada masa akan datang? Berkemungkinan besar moral anak-anak muda akan lebih hancur, masyarakat menjadi punah ranah, dan negara akan jatuh kerana penuh dengan belia yang sudah rosak akhlaknya

Maka apakah diantara jalan yang terbaik utk selesaikan masalah ini? Adakah jalan utk selamatkan spiritual remaja-remaja ini?

Setelah dirujuk pelbagai risalah dan buku-buku Islamik, yang membahaskan isu-isu semasa, dan cara-cara terbaik utk menyelamatkan masyarakat dan anak-anak muda, kebanyakkannya mencadangkan nikah awal sebagai satu cara untuk menghindarkan remaja daripada berterusan melakukan maksiat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya menggalakkan anak-anak muda supaya kahwin awal disamping menyediakan jalan untuk mereka agar dapat bernikah dengan sah tanpa syarat-syarat yang membebankan.

Islam amat menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal. Kerana Islam melihat jiwa remaja pasti akan terancam lebih2 lagi dengan pelbagai godaan yg datang. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)

Memang benar Islam mengajar kita untuk berpuasa dan menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi harus diingat, bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, lebih-lebih lagi nafsu remaja. Oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka agar menghindarkan diri mereka daripada nafsu.

Namun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan, seterusnya memiliki kerjaya yang stabil dan sebagainya. Sudah tentu ibu bapa berfikir bahawa sekiranya mereka membenarkan anak-anak mereka bernikah awal sudah tentu jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan tidak terkira banyaknya. Untuk perkahwinan sahaja mungkin akan mencecah tiga puluh ribu ringgit itu belum termasuk kewangan untuk menyara kehidupan mereka selepas berkahwin. Maka disebabkan hal-hal ini ramai yang beranggapan bahawa kahwin awal itu seolah-olah membebankan dan menyusahkan.

Namun, sebagai ibu bapa relakah anda melihat anak-anak remaja anda menghampiri maksiat dan seterusnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak diingini? Nauzubillah.. Bukankah lebih baik sekiranya anda mempermudahkan anak-anak anda untuk bernikah seandainya mereka dan pasangan mereka sudah terlalu sayang akan satu sama lain? Mungkin perbuatan tidak semudah kata-kata tetapi kita perlu teliti semua aspek dan kesan-kesan yang bakal anak-anak anda hadapi seandainya dibiarkan berterusan bercinta tanpa sebarang ikatan.

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa cara untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:

1."Sokongan kewangan" daripada ibu bapa yang berkemampuan.

Ibu bapa yg berkemampuan digalakkan supaya memberi sokongan kewangan kepada para remaja-remaja ini agar mereka dapat berkahwin awal dan bantu mereka menyelesaikan apa-apa yang patut. Islam menggalakkan kita untuk menolong manusia lain yang berada dalam kesusahan sebagai contohnya membantu orang-orang miskin dan orang sakit, oleh itu, sudah tentu sekiranya kita membantu anak sendiri membina masjid iaitu mendirikan rumah tangga ganjarannya pasti lebih besar bukan?

2. Sokongan Masyarakat.

Masyarakat sewajarnya mewujudkan sebuah organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak remaja ini berkahwin awal. Mengikut sejarah, pernah sekali, seorang lelaki ditangkap dan dibawa menghadap Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali menjalankan hukuman yg sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara.

3. Nikah Gantung.

Iaitu si teruna dan dara tersebut bernikah untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Majlis perkahwinan tersebut ditangguh selepas satu ketika dimana pasangan tersebut telah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kebiasaannya mereka akan tinggal berasingan untuk memfokuskan diri terhadap pelajaran dan sebagainya. Tetapi mereka ini dihalalkan untuk berjumpa dan berpegangan tangan, berdating dan sebagainya ini kerana hubungan antara mereka telahpun halal jika mengikut syarak. Oleh itu andainya mereka bercinta sakan umpama sepasang kekasih yang selalu kita lihat berpeleseran di shopping-shopping complex sekalipun mereka tidak akan mendapat dosa kerana mereka tidak melakukan maksiat. Malah, seandainya mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama dan melakukan hubungan suami isteri juga tidak salah malah di galakkan didalam Islam.

4. Bernikah seperti biasa tetapi..

Cara yang terakhir adalah pasangan remaja ini bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan seperti biasa namun, bijak merancang kekeluargaan agar tidak menimang cahaya mata sehingga mempunyai pekerjaan yang tetap dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Ya,begitulah antara kaedah-kaedah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan perkahwinan antara remaja agar dapat mengelak fitnah dan maksiat. Namun, perlu diingatkan ibu bapa perlulah bersikap terbuka sekiranya anak mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin walaupun dikala usia masih muda. Selaku ibu bapa anda juga perlu menasihatkan anak bahawa mereka perlu serius dan komited sekiranya benar-benar ingin berkahwin. Ini kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Onak duri kehidupan itu pasti akan lebih terasa selepas berada di dalam alam perkahwinan. Sabar, tabah dan keimanan yang tinggi perlu di terapkan dalam jiwa agar perkahwinan yang dibina itu tidak berakhir dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas berkahwin, pasangan perlulah membimbing antara satu sama lain agar dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T.

Apabila kita memahami perspektif Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka insya-Allah kita akan bersikap lebih terbuka untuk membenarkan remaja-remaja ini berkahwin awal. Andainya ada antara mereka yang belum sempurna pendidikan agamanya, adalah baik seandainya ibu bapa mendidik mereka dengan ilmu agama samada sebelum dan selepas berkahwin. Usahlah anda menghalang para remaja yang ingin mendirikan rumah tangga seandainya mereka masih belajar di Universiti atau Kolej. Yakinlah, dengan bantuan Allah sudah tentu mereka masih boleh menamatkan pengajian masing-masing walaupun bernikah ketika masih belajar.

Bukanlah, niat saya hendak memaksa para ibu bapa mengahwinkan anak-anak anda diwaktu usia muda. Namun, ini adalah antara jalan terbaik yang diajarkan oleh Islam itu sendiri. Terpulang pada anda untuk menentukan yang mana yang lebih baik untuk anak-anak anda kerana sudah tentu anda lebih mengenali mereka. Cuma, seandainya anda mendapati anak remaja anda sudah terlalu sayang dan cintakan kekasihnya bukankah lebih baik untuk menghalalkan hubungan tersebut?



Sama-sama kita merebut kejayaan !

sumber : -

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3083-nikah-awal-vs-maksiat.html


Tp bukan semua orang dapat kawin muda .. mcm aku nak kawin tp mak aku ckp tggu 3rd year dulu br ckp hal ni .. biasa la parents nak yang terbaik utk ank dia .. apa pun aku berdoa agar dilembutkan hati mak aku tu .. si dia tgh berusaha .. chayok2 awk .. sy tau awk blh punya =)

puasa

Tahun ni aku dpt berbuka n bersahur dgn family selama 1 bulan .. lama tu .. seingat aku thun ni la aku dpt puasa bersama family .. bkn senang .. ada jgk kelebihan cuti lama ni .. biasa bersahur n berbuka dgn kawan2 jer .. walaupun dgn kwn2 , aku hepi jer sebab kwn2 aku jns yang x skema .. kecoh jer ... entri aku kali aku nak tulis pasal perbezaan puasa aku kat umh dgn mahallah ...

RUMAH

MAHALLAH

biasa kat umh , mak aku yang masak ..

beli jer kat cafe .. kadang2 je masak kalau rajin ;p


sahur , ayh aku yang kejutkan .. bila bgn pg2 , mknan dah terhidang kat ats meja .. tggu mkn jer ...=)

bgun sendri .. sedia mkanan sendri .. tetap kene bersahur walaupun malas .. biasa mkn roti dgn telur msk separuh jer ..


tak pernah berbuka kat luar ..

Ada ketika berbuka kat padang MPK bersama2 dgn clazmate .. best jgk tgk gelagat kwn2 time nak beli makanan..


Setakat ni x pernah lagi g bazar ramadhan .. ramai sgt org .. x suka g tempat2 ramai org ni .. serabut .. lagi pun kalau g , x tau nak beli apa sbb rasa mcm nak beli semua .. ;p


Selalu jgk la p sbb dah puas mkan mkanan kat cafe .. lauk sama ..

Selalu krm kat abah nak mkan apa .. abh yang tukang p beli .. nak harap aku mmg x pergi la jwbnya .. kesian la kat husband aku lps ni .. nsb baik la dia pndai masak .. kata dia order je apa aku nak mkn ...


biasa p sendri sbb nak x tau nak mkn apa .. lgpun nak hlngkan rasa bosan ddk mahallah ..


Apa2 pun , berbuka n bersahur di rumah atau mahallah masing2 ada kelebihan sendri .. semuanya aku suka ..

Thursday, August 04, 2011

keliru


" berminat dgn nursing "

" senang ke nak dapat kerja bila ambik dgree nursing ?? "

" kenapa x ambik medic je ?? "

" senang ke belajar nursing ni ?? "

ni lah antara soalan2 yang selalu ditnya oleh orang kalau pasal nursing ... meh aku jawab tp ni jawapan aku la .. org lain aku x tau ..

nak kata minat nursing , aku minat la jgk .. cos ni pun mak aku yang pilih n dapat .. rezeki aku kat sini la ... Mula2 aku x minat sgt pun bidang ni.. x pernah terlintas pun kat fikiran aku nak ambik bidang ni .. ye la sapa yang suka cuci BO org , mandikan org .. tp bila lama2 minat aku makin bertambah .. byk aku dapat dlm bidang ni .. sekarang ni pun aku dah x kekok kalau setakat nak cuci BO cousin aku yang kecik ... lgpun senang la skit kalau family aku jath sakit aku blh jaga .. Tp org selalu memandang rendah bidang nursing ni .. x tau la kenapa .. ssh sgt nak terima dgree nursing ni ..

peluang kerja ????

x banyak sgt pun .. hospital goverment pun x ramai lagi ambik dgree nursing ni .. kalau ada pun berapa kerat jer .. yang ramai diploma KKM .. kalau kerja dgn gverment diaorg kene lalui mcm HO.. kejap kat medical wad , kejap kat surgical wad.. ok la 2 .. byk pengalaman diaorg dapat .. tp Alhamdllah setakat ni senior2 aku semua dapat kerja .. rezeki diaorg .. ada yang jadi staff nurse , ada yang jd lecturer .. walaupun diaorg lectrer diaorng still kene attachment dengan hspital sbb nak ambik penglaman .. mak aku harap aku kerja dgn hspital uia .. alahai .. x nak la aku ddk kuantan .. nak balik ddk kb la pulak .. tp apa yang aku pegang rezeki ni ada dimana2 .. yang penting kita tawakkal selepas berusaha .. lambt lagi aku nak kerja .. 2 thun lg tempoh utk aku hbskan pengajian ni .. buat masa sekarang aku nak fkir pasal stdy dulu .. kerja2 tu nanti la .. kalau x dpt kerja , aku buka bisness la dgn "dia" .. buka restaurant ke .. blh jgk tampung kehidupan kami lps ni .. =)

kenapa x ambik medic ??

jwpn aku senang jer .. rezeki aku kat sini .. lgpun aku x suka stress 2 ni .. ada oncol lagi .. biar la aku kerja shift mcm si dia ..

senang ke x belajar nursing ???

ada ke cos yang senang belajar ?? x yah stdy dah blh lulus exam ??? aku rasa semua ssh tp atas kita utk rajin atau x .. x senang pun ambik nursing .. byk kot subject 1 sem .. dgn university requirement subject lagi .. OSPE lg .. =)


gambar time lepas OSPE .. semua ceria sbb x der remedial




Monday, August 01, 2011

bibik =)


tugas aku ke KL cukup mudah .. tolong2 apa yang patut .. tp yang mainnya hantar cousin aku ni ke sekolah .. bapa sadara aku aka ayh joe x sempat nak hntar diaorng ni .. tp kadang2 dia hntr jgk ank2 dia ni .. ambik dr sekolah aku yang ambik .. tugas aku bermula jam 8pg .. sediakan atikah punya breakfast .. breakfast ni penting kawan2 .. pembekal tenaga kita utk belajar .. breakfast dia paling senang .. mkn koko crunch dgn susu segar .. tuang jer dlm mangkuk .. ayh joe dah beli stok susu segar ni kat umh sebelum dia p kursus kat labuan selama seminggu .. lama 2 tinggal ank isteri kat umah .. dah la isteri br bersalin .. kalau aku la , cnfrm sedih punya .. suami aku 6ti mcm mana la kalau aku kene p kursus jauh2 gak ;p ... dalam pukul 8.30 aku hntr bdk comel ni kat tadika dia , genius aulad .. dekat jer dgn rmh ayh joe ni .. tp aku still bw kereta umi dia .. nsb baik kete auto .. n aku x pernah parking kete besar2 ni .. kete myvi .. biasa bw viva n kelisa jer .. nak bw xder mslah sbb aku dah byk kali bw kereta ayh aku , citra tp x pernah msk parking sbb aku x pndai .. ni nak xnak mmg aku kene parking kete ni sbb aku kene trun hntr dia naik ke ats .. lepas hntr atikah , aku terus pulang ke rmh .. breakfast bersama atok nenek aku .. biasa kitaorng mkn nasi la ... org kelantan pg2 cr nasi .. mcm kat umh aku la .. tp aku jenis yang x kisah sbb dah biasa ddk asrama mana nak cr nasi pg2 .. x sempat la .. tp aku mmg akn breakfast dulu sebelum msk kls .. x kish la , nestum ke , oat ke , roti , atau biskuit janji perut aku terisi .. lepas tu aku tolong la apa yang patut sambil2 nak tggu cousin aku balik kul 11.30 pulak .. hari2 itulah rutin hidupku di KL .. x keluar pun jalan2 ... x sempat .. walaupun si dia ada msg ajak keluar tp maaf la awk mmg x sempat .. kita jumpa lain kali .. raya ni masih ada =)




Tugas rutin aku yang kedua adalah hntar arfah ke sekolah .. arfah sekolah petang .. sekolah dia pun dekat jer dgn rmh .. jalan kaki 5 min dah sampai ... dalam kul 11.50 aku sampai umh lepas ambik atikah ... time2 aku sampai umi D dah strt suap nasi kat ank dia ni .. sayang betul umi kat arfah ae .. makan pun bersuap ... aku hntr dia dlm kul 12.45 n ambik dlm kul 6.15 dah sampai kat sekolah dia walaupun dia hbs skolah dlm kul 6.25 ptg .. so time2 ptg aku biasa rehatkan diri jer la . x buat keje sgt pun .. juz layan cousin aku ni main2 ...


Sunday, July 31, 2011

baby

baby ni nama dia azhad .. ni cousin aku yang paling latest buat masa sekarang .. anak kepada ayh joe n umi di.. cuti aku bulan 7 ni penuh mkna sebab aku g berkhidmat kat bapa n mak sadra aku ni .. aku x pernah pun terlintas di hati ni nak g KL teman bah tok dgn nenek aku sbb aku dah ada agenda lain di kepala iaitu nak gi terangganu tgk ank clazmate aku yang baru lahir ni .. tp itu lah org ckp kita merancang ALLAH yang tentukan segala2nya .. nenek aku col aku tnya aku nak ikut pergi KL atau x .. aku serba salah nak jwb .. last2 aku srh nenek aku tnya mak aku sendri .. so confrm la bila nenek aku tnya mak aku , aku kene p .. minggu tu jgk parents aku booking tiket .. nenek n atok aku cnfrm la dah lama book .. tp alhmdllah , tiket aku d spport oleh nenek aku , uncle aku yang keje kat KB ni dgn mak aku .. x der la beban sgt mak aku nak bayar .. kitaorng bertolak ke Kl pada 23 julai kul 11.35 pg .. punyalah ramai org kat airport .. aku ingt time2 x cuti sekolah x ramai org .. rupa2nya penuh .. sampai kitaorng kene ddk seat yang hmpir2 last dah .. tp ok gak sbb senang sikit atok aku nak g toilet .. tp yang malangnya flight delay .. kul 12.15 baru bertolak .. x sangka pulak service MAS pun mcm ni .. =) .. sampai di KLIA dlm kul 1 tp mak2 sadara aku dah lama tggu kat sana ..


ini adik beradik azhad .. semua perempuan .. yang kat depan ni nama dia auni .. yang kat belakang atikah .. semua family aku akn strt nama ank2 dgn huruf A .. xtau la aku kenapa .. dah jadi adat kot.. lepas ni aku pun nak letak nama anak aku dgn huruf A gak la;p Auni ni perwatakan dia ssh skit nak bermesra dgn org .. tp bila lama2 ok la dia .. x mcm kakak dia yang semua ok tp sensitif skit .. biasa la bdk2 .. jgn bdk2 aku sendiri pun kdng2 sensitif jgk .. tgk time la..



ni time baby 21 hari .. azhad , k.yong dah rndukan azhad .. nak syg2 .. peluk2 .. suka bau baby .. sedap je =)

Thursday, June 30, 2011

hepi time



Sebenarnya dah la dah nak buat perjumpaan ni .. dr dulu lagi.. tp x pernah pun menjadi .. al maklum la semua busy .. kadang2 cuti x sama .. semalam baru sempat berjumpa .. ni pun nurleen yang tolong handle .. nak harap aku mmg x dpt la .. org lain cuti aku berposting kat HOSHAS selama sebulan + 2 minggu kat klinik kesihatan .. harap kat nurleen je la sbb dia lama dah strt cuti .. mula –mula ingt nak jumpa hari rabu tp di sebabkan ada pblm buat la hari isnin .. nsb baik la aku dpt kete dr mak aku kalau x mmg x dpt jgk join .. aku ingt nak tumpang engku musfirah aka mussy .. dia ni bdk uia jgk tp ambik kos dentistry .. nak jumpa kat uia pun x semudah yg di sangka .. kalau jumpa pun kat café je .. dlm sebulan blh kira la berapa kali kitaorg jumpa .. last2 aku decide bw kete n ambik mussy kat umh dia .. nsb baik la otak aku ni msh ingt umh dia kat mana .. kitaorg cadang berkumpul kat kb mall .. kb mall lagi .. mmg x der tempat lain la nak jumpa .. tp sebosan2 aku kat kb ni msh byk shpping complex kat sini berbanding dgn kuantan yang hnya ada berapa jer .. tu pun aku selalu g ecm jer .. mega aku jarang pergi coz tmpat dia x menarik perhatian aku .. hahaha ..

Kul 10.30 aku dah sampai kb mall .. janji kul 11 .. sajer dating awal sbb aku mls nak tempuh jem .. kb ni jem jgk .. tambah2 akhir bulan … gaji masuk .. lagi la ramai .. bdk u pun tgh cuti sekarang .. ramai la jgk yang dtg utk dating , berjumpa kwn lama .. tggu punya tunggu last2 aku dgn mussy ambik keputusan g round2 dulu .. masuk popular , muda osman .. sampai x tau nak g mana dah .. ikut jer kaki p mana pun .. dlm pukul 11 , nmpak ashyikin aka kay dtg .. wah lain benar dia sekarang .. dah matured sikit .. tp peragai still ttp sama … lepas tu , nurleen dgn wawa dtg .. kecoh la kejap .. biasa la dah lebih 4 tahun x jumpa .. mcm 2 la citer yang keluar .. aku pun msg halwani aka wani .. dia tgh praktikal sekarang tp still nak join kitaorg jgk .. aku dah bgtau lps ni kitaorg nak jumpa balik time raya sbb ainaa n izyani kitaorg x jumpa lagi ..



Lepas wani dtg , dia terus ajak kitaorg mkn kat noodle station level 3 dekat dgn tempat bowling .. aku first time makan kat sini .. aku order mango apa entah .. punya lah besar bekas dia .. minum 5 org br hbs .. kenyang dgn air jer .. nsb baik la x tempah mknan kat sana .. kalau x confrm la xhbs aku mkn .. nsb la saper dpt aku .. kene hbs kn mknan aku la jwbnya lps ni .. masa mkn ni keluar la semua citer .. dr a smpai z.. x hbs – habis bdk2 ni ddk tnya aku saper si dia itu .. xper kwn2 6ti sy kenalkan kat kwn2 semua ae.. bdk2 nursing pun bkn semua yg knl .. ada sesetengah jer .. tu pun sbb terserempak kat ecm .. ki2..



Dalam kul 1.30 br la kitaorg keluar dr tempat mkn .. 2 pun sbb wani nak kene masuk office kul 2.. tp selamba jer dia .. smpat lg singgah menyinggah kat kedai baju .. lps masuk kedai msuk kedai lain pulak .. bkn nak beli pun tp nak cuci mata .. nak beli x mampu lg sbb xder duit .. tggu la kerja dulu .. sekarang msh d bwh tanggungan mak ayh lagi .. dekat kul 2 lbh kitaorg pun undur diri nak balik .. harap2 lps ni dpt jumpa korng lagi ..



*akibat lari dr kerja , kereta wani kene kunci tayar .. kesian kat dia *

Monday, June 27, 2011

Bila lelaki kehilangan tulang rusuknya

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

alt

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??



http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2813-bila-lelaki-kehilangan-tulang-rusuknya.html