Wednesday, February 16, 2011

:: bercerita tentang jodoh ::


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.

"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"

"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"Maksud abang?"

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."

"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

Wasilah Memilih Jodoh

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."

"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."

"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"

"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.

"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."

"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

- Artikel iluvislam.com

di peti dr http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1683-bercerita-tentang-jodoh.html

:: visit old folk home ::





hari ini dalam kenangan .. kami bdk2 second year mengadakan lawatan ke rumah ehsan .. rumah ni terletak di dungun, terengganu yg mengambil masa lebih kurang 2jam dr uia kuantan ni .. sebenarnya lawatan ini utk subjek gerontology nursing .. belajar pasal org tua.. maklum la kita pun akan lalui saat2 ni jgk n sebagai persediaan utk clinical posting yg x sampai 2 minggu lg .. aish.. aku masih x bersedia pun lg utk posting kali ini ... mari kita lihat tentatif program hari ini ...


7.30 pg - berkumpul di CF SIS .. aku dah bersiap awal2 coz kene angkut brng2 utk diberi kat org2 tua disana..

8.30 pg - bertolak dr IMC ke rumah ehsan.. perjalanan memakan masa lbh kurang 2 jam.. penat kot ddk dlm bus .. rasa mcm nak balik kota bharu jer =)


10.30 pg - sampai di rmh ehsan .. pak cik bus tnggal bus kat umh ehsan sementara mereka berjalan2 sekitar dungun sambil menanti saat kami pulang .. kedatangan kami disambut oleh en faizal ismail .. bkn FBI ae.. nama jer sama .. kami di beri briefing tentang umh ehsan..


11.30 pg - kami menikmati jamuan rngkas dr umh ehsan .. mkn mihun cina + keropok + air tea.. best gak mihun dia .. rasa nak tmbah xp segan la pulak ..


12.00 pm - Kami melawat sekitar umh ehsan .. sambil2 tu kami melawat wad yang ada kat umh ehsan .. kat sini ada 4 wad.. 2 wad ppuan n 2 wad laki .. disana kami share pengalaman dgn diaorng .. ada yg menangis bila kami bersalam .. ada yg suka senang bg kerjasama.. sedih bila tgk mereka .. ada yg ank2 x ambil tau mak ayh diaorg ..


1.30 pm - kami mkn tgah hari .. rmh ehsan jgk sediakan lunch kami .. mkn nasi aym dgn air sirap ...

2.30 pm - kami kembali ke wad tadi xp ikut group.. aku kene wad D wad laki .. pada masa yg sama , aku kene uruskan souvenir utk warga rmh ehsan .. dlm beg 2 ada pamplet, biskuit n sapu tgn.. di kesempatan ini kami sekali lg berkongsi pengalaman dgn diaorg .. belajar cara2 utk berinteraksi dgn diaorng ..


3.00 pm - kami kembali ke cafe utk mkn .. mkn lagi .. mmg gemuk la aku kalau ddk kat umh ehsan .. oh , lupa nak bagitau yang warga kat sini diberi mkn 6 kali sehari n setiap 6bln sekali akn di tukar menu mknan .. aish .. aku mkn pun x sampai 6 kali ..


3.15 pm - ucpan penutup dr sis anis merangkap penasihat program n memberian cenderamata utk umh ehsan ..


4.00 pm - kami bertolak pulang ke kuantan .. singgah sekejap di masjid utk solat zohor dan asar ..


5.00 pm - sampai di balok .. ada org nak mkn keropok lekor .. so pak cik bus pun berhenti .. pak cik bus kitaorg sporting .. blh di buat kwn.. maklum la dah hari2 naik bus ke jhc.. ini lah kelebihan jadi bdk nursing .. hari2 berpeluang naik bus uia .. xyah ssh2 jalan kaki ..


6.30 pm - kami sampai di mahallah ..kepenatan xp kegembiraan mengatasi segala2nya (^_^)


apa yang aku dapat dr pgram ni adalah kita kene jaga parents kita baik2.. xsanggup aku nak letak mak ayh aku kat pusat jagaan org tua .. mak ayh dah penat membesarkan aku .. kini tiba masa aku mbls jasa mereka (^_^)


Tuesday, February 15, 2011

:: jalan2 settle old folk ::

belum hilang penat settle prgam 2 dimension hari ini , aku perlu settlekan bahagian special task old folk yg akn berlangsung esk di rumah ehsan, dungun .... aku srh naim merangkap asstnt aku utk teman aku p phostat pamplet utk bg kat org2 tua n staff2 di sana .. pada mulanya aku nak srh pquix drive kereta izat .. xp d sebabkan dia ada kerja , aku pun terpaksa la drive.. kene beranikan diri .. destinasi pertama kami adalah tempat phostat... nsb baik la ada jgk kedai yg buka hari ni.. maklum la hari ni merupakan hari cuti umum semperna hari kelahiran Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w .. Sebelum ni aku takut jgk kedai x buka .. back up plan aku kalau x buka kene print kat library pg2 esk sebelum bertolak .. kami tinggal jer kat kedai tu coz naim ajak aku p survey phone sbb phne dia dah rosak ..

maka destinasi kedua kami adalah KP .. aish .. xder tempat lain ke nak p ??? dr tingkat 3 kami trn ke tingkat bwh .. dr satu kedai kami jelajah ke kdai lain .. rasanya semua kedai phne kami singgah .. tnya harga, bandingkan harga ... ada jenis penjual yg ok .. ada yg x ok .. moody semcm jer .. hello.. kami datang bkn nak cr gaduh xp nak tnya jer .. jgn sbb kamu nak marah kat customer lain kami jd mangsa.. kalau mcm ni la sikap kamu sebagai penjual cnfrm la org xnk dtg kedai kamu ..

lepas penat meround2 kami singgah di sebuah kedai phne kat bwh .. waaa.. ada sebuah phne yg sgt comel .. dr china katanya ... dah la jenema dia jenama alat mekap .. blh percaya ke ?? kalau aku , aku akn fkir byk kali seblm membelinya .. maklum la bkn utk guna sehari dua .. xp utk jangka masa yg pnjng .. walaupun dia comel xp kalau x tahan bt pe jgk .. membazir duit jer.. so sebelum membeli sesuatu brng fkir faedah2nya dahulu...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Alhmdllah naim nak tolong msukkn brng2 yg nak bg kat org tua.. dah rngan kerja aku .. thnx syg sbb tlng .. sy btl2 penat .. x larat dah rasa .. minggu ni la paling bz.. dgn x cukup tdo + mkn terabai .. aish .. mcm mana la seorg nurse xp x jaga kesihatan ?? kalau nasihat org pndai jer.. wahai diriku jaga la mkn ae.. mkn ni penting .. lepas tu , ang, ana, fizah, sol dtg tolong naim.. so berkumpul la kami d bilik aku yg kecil ni .. aku just tukang tgk jer.. sori kawan2 ... Alhmddlah kerja aku menjadi lbh mudah dgn ada kalian semua .. thnx kawan2 .. aku x blh kerja seorg2 (^_^)



15 feb



kul 5 pg ,aku mendapat sekeping msg dr mufi

" slam .. kita berlima - mirah, kasma, muni, mufi , n seorg lagi dah lupa nama akn naik kereta dgn kak jihan . bekumpul di cf sis kul 6.45pg "..

tanggal 15 feb merupakan acara 2 deminsion .. bagi sesiapa yg tidak mengetahuinya , program ni ajuran welfare .. pgram bersih kubur di perkuburan bukit sekilau .. aku bersiap2 awal coz aku x suka org tggu aku .. aku dapat memahami perasaan yg akn timbul bila kita lambat .. nasib baik la assist aku, tengku shakirah aka kirah jenis yg cepat jgk .. sehari sebelum tu, aku n kirah p beli n settle benda2 yg perlu d bwa bila pgram 6ti .. bekas air, senduk air, baldi, tikar, surat khabar semua ni sy n kirah perlu sediakan .. alhamdulillah .. ALLAH permudahkan segala urusan kami ..

kul 7++ : aku, kasma, muni, n seorg lg bertolak ke masjid dgn kereta kak jihan .. sampai2 di sana ternampak dgn seorg pak cik siap berbaju melayu n bersamping .. pak cik tu tgur kitaorg tnya bdk uia yang akan bt pgram tu ke ?? kak jihan mewakili kita org menjawab yea.. terfikir dlm fikiran kitaorg nak pgl pak cik ni ae ?? pak cik mcm x sesuai .. mana tau kot2 YB ke , bkn blh main pgl jer .. * tu la x fokos sgt bila time bm *

kul 8.15- hujan renyai2 turun .. kami dah gelisah kerana xder backup plan .. tak terlintas d fikiran kami hjan akan turun memandangkan seminggu ni pns terik .. hnya doa sahaja yg mampu kami bt .. Berdoa smga hari cerah utk memudahkan kerja kami ..

kul 8.30 - ceramah maulidur Rasul bermula .......

kul 9.30 - kami sampai di tanah perkuburan bukit sekilau .. agak jauh jgk dgn masjid .. nsb baik bus uia ada .. blh la angkut kami ni .. majlis bermula dgn ucapan aluan dr ketua kg .. baik jer ketua kampung tu .. sanggup turun padang join kitaorg .. kemudian pembahagian kumpulan bermula .. satu kumpulan ada 6 org .. tp rasanya x ikut pun .. apa yang aku nampak semua org bersemangat n excited utk bt kerja amal ni .. moga2 kerja2 amal kalian mendapat keredhaan di sisiNYA .. *senangkn nak dpt pahala free*

kul 11.30 - " kak mirah , plastik x cukup " kata kasma selaku pengurus prgam .. aku kata xper2 nanti kak mirah p beli .. mufi pun dah bg duit ke kak mirah .. aku terpaksa mengajak kak intan utk teman .. pada mulanya kitaorg nak naik motor jer .. xp malangnya xder helmet pulak .. Ilyas selaku PM bertanya kepada ketua kg .. Nak tau apa ketua kg tu jwb ????






" nah pinjam kereta pak cik je la .. " lps tu dia hulur kunci kat aku n bgtau no plat.. terkejut aku sbb ada insan yg sudi pnjmkn kereta kpd org yg br kenali .. Ilyas plak berapa kali bgtau hati2 .. ha3.. dia xyakin kot .. xp aku yakin dgn k.intan .. k.intan blh bw kereta manual dan auto.. x mcm aku .. manual fail .. =)

Aku n k.intan bergegas2 ke Eng Hong nak beli plastic .. nsb baik la perjalanan x jauh .. lps beli kami trus balik .. aku masih lihat semua org bertungkus lumus membersih .. sekali lg ucapan terima kasih bt semua yg terlibat ...

majlis berakhir pada jam 12.30 lps semua mkn nasi tgh hari d tanah perkuburan .. kami bersiap2 utk pulang ke imc dgn keadaan yg penat tp hepi sbb dapat bt kerja amal (^_^)



Sunday, February 13, 2011

12 FEB 2011


hari ini aku plan nak settle kn barang- barang special task old folk .. maklum la kene jadi head com .. br rasa penatnya .. anak2 buah ku yang lain aku dah bahagikan kerja masing2 .. aku x blh bt seorng x larat kot ..

ang- edit gambar
nurul - bt pamplet
enah+kirah - settle sijil
afiqah - teman aku p beli barang
naim - assistant aku

so aku msg la izat bgtau nak pjam kete dia.. jnji dgn dia nak isi minyak.. Alhmdllah izat bg pinjam.. thank syg .. syg kamu sgt2..

dlm kul 10.15 pg aku dgn afiqah pun bertolak la kuar .. mula2 g ambik zaid.. sblm 2 aku awl2 lg dah msg zaid ingtkan dia nak kuar beli barang ..maklum la bdk laki ni ssh nak bgun awl.. tmbh2 weekend .. lagi laa.. aku plak yg jenis x suka tggu org.. zaid ni pm kitaorng utk old folk home..

1st destination - MYDIN kuantan.. time kitaorg sampai x ramai pun org .. kat sini kitaorg beli sapu tgn utk penghuni old folk home .. xleh beli yg berbulu .. nak kain cotton.. itulah ciri2 yg sis anis nak.. kitaorg pun beli la 2 pcket .. 1 packet ada 60 helai .. harga satu packet rm24 .. mmg jimat la.. sedangkan budget yg diberi rm2/person..

2nd destination- Cowboy .. kat sini kitaorg paper beg.. dah duit byk lbh so kitaorg decide utk beli paper beg + reben kat sini .. belanja yg d hbskan kat sini rm48...

3rd destination - ECM , kuantan .. kat sini nak beli frame utk letak gmbr2 bdk2 claz sy yg telah d edit oleh ang .. cari punya cari x jumpa.. last2 piqah suggest srh p KP .. aish .. KP jgk last2..

4th destination - KP .. kami p kdai2 gambr .. last2 jumpa.. hrga frame rm18 cuci gmbr rm10.. xp kerje ni x settle lg .. hr isnin ni insyaALLAH akn settle.. kami ambik keputusan utk mkn tgh hr kat sini jer.. maklum la dah kul 1 ptg ..

" piq, sy lupa nak beli kertas utk bt sijil "

cari la kat kp xp x jumpa pun.. last2 p mydin balik .. nsb x baik , kat mydin pun xder jgk .. xper la ,, xdop rzeki ..

lps tu kitaorg g franky .. ingat nak ambik dolah sbb zaid n dolah nak p beli hadiah kawin kunji .. ksian la kat diaorg nak bw brng2 kalu nk motor.. ssh nak bwa.. tgu la dolah siap solat n bersiap .. last2 dia nk p dgn motor.. aish dolah ni nak kene .. penat kitaorng tggu kamu .. lps 2 , p CIMB sbb zaid nak kuarkan duit utk beli peti ais utk kiosk ..

City mega menjadi pilihan slps draw duit .. p sana utk beli hadiah kunji .. byk btl duit bdk laki.. untung kunji dpt hadiah .. 3 hadiah plak 2.. dah la mahal satu2 .. xp yg jd hairankan aku , kunji ddk asrama bila masa nak guna ??? ke korng nak guna jgk ?? ki2..

lps siap plh n byr p plak beli peti ais .. lps 2 singgah masjid negeri utk solat zohor ..

destinasi seterusnya p sekolah teknik kuantan .. kat sini tempat adk angkat piq belajar .. piq nak jumpa adk angkat dia .. first time tgk adk angkat fiq.. mcm bdk form 1..

lps 2 kami kembali ke ecm sbb ada org mengidam nak mkn sushi .. sape kah dia ?? cuba teka..
lps siap2 semua, ada seorg bdk ni mengadu dahaga n ajak p minum.. so sblm p minum , kami singgah dlu kat kdai buku utk beli kertas bt sijil .. satu helai dpt 45sen..

kedai suzana menjadi pilihan kami utk minum .. siap2 minum kami pulang dgn hati yang riang .. dlm kul 6.30ptg kami sampai mhllah ....






Thursday, February 10, 2011

:: aktiviti bln feb ::

5/2 - balik uia bersama rmte tsyang

7/2 - submit assgment geron *kalut2 bt maklum la ddk umh mana nak jln assgment*

8/2 - meeting welfare utk prgm bersih kubur

9/2- kls parenting waktu malam * siang2 hr Bro x free so kene bt mlm* > best gak belajar parenting ni .. blh bersedia awl ;p <
- presentation Bro Kamil (pancreatic cancer)

10/2 - submit assgmnet RKUD .. > berkejar2 p kls dgn solehah, ah, n k.nemo ... samapai kls kul 4.30 ptg gara2 bt assgment RKUD jgk .. nsb baik la ustaz x marah .. sori yer ustaz.. kami x sengaja dtg lmbt <

- lps kls RKUD ada sesi bergambr .. gambr ni utk d beri ms visit old folk home

11/2 - Extra claz RKUD kul 9am -12pm .. > mcm mana la nak focus 3 jam ni ??? rasanya mcm x blh jer .. <
- meeting welfare

12/2 - outing utk settle barang2 utk pergi visit.. nak p beli tuala, frame, cuci gambar

13/2 - meeting old folk home..

15/2 - cuti maulidur Rasul
- program bersih kubur kat Bukit Sekilau.. *WAJIB pergi *

16/2 - visit old folk home kat dungun

19/2- Family Day NURSS

25-27/2 - BAKSIS

28/2 - posting begin
- birthday assistant claz rep, TIQAH (^_^)

Friday, January 28, 2011

why nurse ??


kenapa sesetengah org memandang rndh kerja nurse ?? hina sgtkah kerje ni ?? kalu xder nurse , DR pun xleh berkerja .. " We go n touch not like DR touch n go ".. Ni nak citer sikit ttng kelebihan jadi nurse ni.. semua ni mengikut pengalaman sepanjang dah 2 thun jd stdent nurse.. Bkn semua org terpilih .. We are choosen .. so y kita nak malu mengaku yg kita ni stdent nurse.. Kenapa sy pilih untuk masuk nurse ..

1. Kerja nurse ni senang nak dapat pahala sbb kita tolong org yg memerlukan pertolongan.. xp dgn syarat kita ikhlas melakukannya..

2. Kalau ada family kita yg sakit, kita blh bantu jaga diaorng .. bg nasihat kat diaorng .. kalau diaorg nak BO pun , kitaorg blh cucikan .. dah xder perasaan geli ni .. x mcm sestgh org .. bila ayh/ibu/saper2 jer yg BO sibuk pgl nurse srh tlng cucikn .. Hello , itukan tgs ank/menantu /family..

3. Dapat belajar tentang ubt2 .. *lps ni fkr 2x kalau nak mkn ubt*

4. Belajar communication skill.. xder la nak marah2 kt pt kalau pt ada bt slh ..

5. Rakan2 sekelas yg begitu baik sekali .. dah mcm adk beradik .. maklumla sekls juz 51 org jer.. hari2 jumpa muka yg sama ..

6. Lectrer yg sporting .. lctrer nus semua muda2 lg .. blh d bt kawan , bergurau senda...

7. Posting

8. dpat tgk peragai manusia d sekeliling kita .. yg baik kita amalkan ..

9. bila posting x d akui mmg penat sgt bila balik.. tp bila kita x mbw mslh ke rmh ..

10. byk aktiviti yg nuss jalankan ..

so , bila d fkir2 balik , x rugi aku masuk nursing walaupun pd mulanya aku x minat pun .. bak kata aunty aku minat blh d pupuk walaupun ambil masa yg lama