











Aku budak homesick .. so sambil-sambil aku menghabiskan sisa-sisa cuti sem aku ni , aku pun menulis la blog … biar la aku ni x berapa pandai nak olah ayat yang penting aku faham.. org lain x fhm pun xpe .. aku x kisah .. dah blog ni aku punya suka hati aku la nak tulis apa pun .. tajuk enti aku kali ni RUMAH VS MAHALLAH … aku nak tulis perbezaan antara ddk kat umh dgn ddk kat mahallah .. (MAHALLAH= HOSTEL)
| RUMAH | MAHALLAH | |
| Lepas subuh dah x leh tido.. mmg kene turun bawah kemas dapur | Kadang-kadang tertidur jgk lps subuh .. | |
| Breakfast makan nasi berlauk … abh p beli kat kedai .. breakfast seawall pukul 7.30pg .. paling lewat makan pun kul 8pg | Breakfast kadang-kadang kul 9pg .. 2pun makan roti .. kalau x der roti mkn oat/nestum .. xboleh x breakfast 6ti parents marah .. umi abh dah pesan srh breakfast tiap2 hari (^_^) | |
| Makan tgh hari kul 12 | Mkn tgh hari kul 12.30 .. kadang2 mkn .. kadang tak mkn pun sbb kenyang .. | |
| Kalau lapar jer boleh masak .. itu yang menjadi faktor2 pertambahan berat badan kalau ddk umh .. tp yang menjadi masalah time kat umh lebih sedikit berbanding time kat mahallah =( | Kalau lapar p bilik ah atau fizah .. diaorg bagi mkn .. xpun ah buat air .. mkn bersama2 .. mkn jer apa yang ada .. fizah biasa bg buah .. | |
| Time shopping dgn family kejap jer kot .. x sampai 2 jam .. beli apa yang patut .. | Time shopping dgn kwn2 kadang2 blh lebih dari 3 jam .. maklum la banyak tempat nak pergi .. kalau blh semua kedai nak masuk .. biar juz tgk jer.. x beli pun ;p | |
| Jd driver utk adk2 .. pergi ambik n hantar adk2 tuisyen sekolah .. kadang2 p umh nenek .. puas2 ddk umh p umh nenek .. jarang keluar bandar kalau ddk umh | Jd driver utk kawan-kawan rapat .. nasib baik izat bw keter auto .. nak harap aku bw manual mmg x dpt laa.. | |
| Boleh beli apa saje coz mkanan kat Kelantan murah n sedap .. puas hati kalau membeli kat sini | Kalau kat kuantan kene fikir byk kali gak laa.. makanan dah la mahal .. kadang2 sdp kdng2 x berapa .. tp bila dah beli mkn jer apa di dpn mata | |
| Kalau bosan boleh p umh nenek main dgn cousin .. xpun boleh p mkn kat umh nenek .. mkn lagi .. mmg ddk umh x dpt lari dr mkn | Kalau bosan p bilik ah dgn fizah .. kesian kat diaorng dpt rmte mcm sy ni .. | |
| Time tido selalu awal .. paling lewat kul 11 mlm.. nak tgk tv mlm parents x bagi .. diaorg srh tidor awal n bgun awal | Paling lewat kul 2pg .. tu pun sebab nak siapkan assignment yang bertimbun byknya .. satu subject at least 1 individual assgment .. x msk group assgmnent lg .. | |
“ SEBOSAN – BOSAN AKU KAT RMH BOSAN LG BILA DDK MAHALLAH “
lepas tgk entri http://lightofheedful.blogspot.com/ aka rmteku sendri aku rasa macam nak post gak pasal OSPE ni .. syukur sgt2 coz aku berjaya kali ni.. sem lepas aku gagal .. fail dekat dressing ..aish .. walaupun lulus markah tp sbb fail satu stesen akn fail la semuanya .. OSPE kali ni aku kene petang kul 2.30ptg .. biasa aku menjadi group yang pertama masuk OSPE sbb nama aku start huruf "A" .. tp sekarang dah mula ikut matrix no ... penat gak la menunggu .. berdebar mcm- macam ada .. tp yang untungnya bila OSPE petang , kitaorng ada byk masa utk pratice. . . so pg tu , aku, ah , k.nemo, k.jie pun berlatih la sbb nak lulus ni.. kalau kene remedial terpaksa la dtg pulak 20hb ni .. aku dah serik kene remedial ni.. sekali ckup laa..
kul 11.30 ........................................................................................
kitaorg bertolak ke JHC dgn van bersama2 baju posting ..sebelum tu singgah jap kat cafe nak beli mkanan lunch tp x berapa nak lalu.. berdebar lbh .. tp aku paksa gak mkan sbb mak aku dah pesan sblm tu makan dulu sebelum p exam ..
kul 2.20ptg .....................................................................................................
kitaorg strt dibawa naik ke lab .. aku kene station no 1 .. dapat examiner PROF MAUNG dgn BRO KAMIL dan helper sis JUDY .. syukur sgt2 sbb examiner yang baik .. darah gemuruh aku dapat d kurangkan .. first soalan dapat pasal growth development .. kene bgtau n chart weight of the babies kat father .. punyalah gelebah , aku tak ddk masa bg explaination kat father .. kerusi sblh aku pun aku x nmpk .. nasib baik la sis judy srh aku ddk .. second pasal stump bandaging .. alhmdllah dpt jgk buat .. soalan ketiga ni la paling aku risau .. kene bg injection kat patient .. bukan patient pun tp patung je... dgn penuh hati2 aku buat .. time ni juz prof maung yg tgk aku.. bro kamil entah kemana xtau laa.. lepas tu pasal preparation abdominal paracentasis .. yg ni juz kene oprepare barang .. bak kata bro kamil , bdk2 ni hbt dalam memorizing benda .. al maklumla nak ke xnak mmg kene hafal.. kalau x cnfrm la x dpt jwb .. last sekali psl stoma care .. yg ni pun aku tawakkal je laa..
kul 3.00 ptg .................................................................................................
berakhirla OSPE .. masuk la LH1 utk tggu briefing dr lecture .. ni merupakan saat2 paling genting utk kitaorng .. semua nak balik awl bercuti dgn family .. maklumla ada yg dah 2 bulan x balik umh .. aku ??? nsb baik parents aku dtg kuantan time cuti sekolah hr 2.. nak hrp aku balik mmg x dpt la... bz jer memanjang .. dgn assgment n posting ...
kul 4 ptg ………………………………………………………………………………………….
ok skarang kita umumkan pelajar yang kene remedial … sis nani juz sebut angka giliran .. aku ternanti-nanti jgk kalau – kalau aku kene remedial .. alhmdllah .. aku dan geng aku semua berjaya .. syukur kepadaMU .. kepada yang kene remedial .. semua yg berlaku ada hikmahnya .. semoga berjaya 6ti …
Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.
http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/2064-untuk-adam.html

